2019-08-15

Devaluation Matawang China, 18 Billionaire Terpaksa Menanggung Kerugian Besar


Bulan Ogos memberi tamparan hebat buat pemain pasaran saham. Kepada mereka yang biasa dalam jual beli saham, kita sudah maklum pasaran saham penuh dengan ‘greed and fear’.

Dilaporkan oleh Forbes, 18 billionaire ini telah mengalami kerugian lebih dari $1 billion kerana pasaran saham menjunam. Hal ini disebabkan China telah ‘devalued’ matawang mereka berbanding Dollar pada kadar terendah sejak 2008. 

Puncanya ialah Donald Trump yang mengumumkan beliau akan meneruskan agenda tariff pada barangan import dari China. Orang yang paling teruk menerima kesan ini adalah Bernard Arnault,mengalami kerugian $4 billion. 

 

Dari sudut pengguna, penyusutan nilai matawang China memberikan impak bagus kerana barangan mahal akan menjadi lebih murah.

Selain Bernard Arnault, orang yang mengalami igauan ngeri adalah Mark Zukerberg dan Larry Ellison kehilangan $2.7 billion dan $2.7 masing masing.

Di China, pelabur sangat merasai kesan trade war. Figura terkenal seperti pengerusi TenCent iaitu Ma Huateng rugi sebanyak $1.6 billion. Pada waktu yang sama, pemilik Alibaba kehilangan $966 juta.

 

Berikut adalah nama billionaire lain yang merasai kesan devaluation matawang China.

1. Bernard Arnault

Kerugian : $4 billion

Kekayaan Peribadi Terkini: $91.7 billion

2. Mark Zukerberg

Kerugian: $2.7 billion

Kekayaan peribadi terkini: $67.6 billion

3. Larry Ellison

Kerugian: $2.5 billion

Kekayaan Peribadi Terkini: $65.4 billion

4. Warren Buffet

Kerugian: $2.1 billion

Kekayaan Peribadi Terkini: $78.3 billion

5. Larry Page

Kerugian: $1.7 billion

Kekayaan Peribadi Terkini: $53 billion

6. Sergey Brin

Kerugian: $1.6 billion

Kekayaan Peribadi Terkini: $51.9 billion

7. Ma Huateng 

Kerugian: $1.6 billion

Kekayaan Peribadi Terkini: $38.3 billion

8. Mukesh Ambani 

Kerugian: $1.6 billion

Kekayaan Peribadi Terkini: $46.2 billion

Francoise Bettencourt Meyers & family

Kerugian: $1.5 billion

Kekayaan Peribadi Terkini: $50.7 billion

Bill Gates

Kerugian: $1.4 billion

Kekayaan Peribadi Terkini: $102 billion

Dengar sahaja angka angka kerugian mereka, kita pula yang kecut perut. Harus diingatkan mereka sudah pasti mempunyai diversified portfolio untuk 'hedge' kerugian yang dialami.

Untuk membaca tentang seorang billionaire yang penulis kagumi boleh terus tekan di sini.