Dr Nazri Khan

Jika kita bicara mengenai satu nama yang tidak asing lagi iaitu sosok tokoh negara iaitu Dato Dr Nazri Khan, pasti ramai yang akan mengenali beliau. Dato’ Dr. Nazri Khan merupakan pemegang Ijazah Ekonomi dan Kewangan daripada Universiti Manchester, United Kingdom. Meskipun dikenali sebagai figura ekonomi dalam dunia pasaran modal, beliau tidak lokek berkongsi pengalamannya, malahan sentiasa menyantuni sesiapa sahaja yang ingin menjadi pelabur profesional.

Beliau merupakan seorang penganalisis ekonomi dan ekuiti berlesen yang berpengalaman selama 20 tahun sehingga peringkat antarabangsa. Beliau berpengalaman mengendalikan lebih 1000 seminar pelaburan di Malaysia dan luar negara seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Sudan dan Mesir.

Pada masa ini, Dato’ Dr. Nazri Khan memegang jawatan Naib Presiden Pertama dan Ketua Penyelidik Runcit Affin Hwang Investment Bank Berhad dan merupakan Ahli Persatuan Penganalisis Teknikal (UK). Sebelum itu, beliau merupakan Ketua Penyelidikan MIMB Investment Bank dan pernah menjawat jawatan penting di Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia.Di samping itu, Dr. Nazri Khan sering menjadi pilihan media utama untuk memberikan komentar tentang pasaran saham seperti TV3, Astro Awani, Bloomberg, CNBC, The Star, The Edge dan Bernama. Antara tanggungjawab utama beliau sebagai Ketua Penyelidik Runcit termasuklah memberikan nasihat terutamanya yang berkaitan dengan tawaran awam awal (IPO) dan tawaran persendirian (Private Placement).

Dato’ Dr. Nazri Khan merupakan pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti Multimedia Malaysia dan salah seorang pakar analisis teknikal yang diiktiraf dunia. Baru-baru ini, beliau pernah dijemput untuk memberikan ucapan pada sidang International Federation of Technical Analysis di Tokyo. Penulisan beliau dalam majalah Mingguan Wanita menerusi ruangan “Jom Buat Duit” sentiasa ditunggu-tunggu oleh pembaca dan dijadikan wadah serta rujukan mereka untuk menganalisis pasaran saham, secara tidak langsung dapat membantu pembaca mendapatkan info untuk pelaburan mereka.

Salah satu organisasi yang giat dikembangkan oleh beliau adalah MATA. Berperanan sebagai Non-Government Organization, MATA diteraju oleh sekelompok mereka yang sememangnya pakar dalam bidang masing masing. Dr Nazri merupakan penasihat bagi MATA manakala Presiden MATA pula adalah Nik Ihsan, pakar chartist di Maybank.

Selain dari MATA, Dr Nazri adalah seorang trainer bagi ribuan manusia yang ingin mempelajari pelaburan global. Sebelum itu, harus kita fahami apakah yang dimaksudnya dengan pelaburan global yang dikelolakan beliau. Beliau mendedahkan pada audience cara untuk melabur di Nasdaq dan beberapa pasaran lain yang berpotensi untuk kita meraih keuntungan.

BACA : TIPS MENCARI GURU PELABURAN

Dr Nazri KhanCredit : Pelabur Global

Untuk mempelajari teknik dan pendedahan dari Dr Nazri Khan, dipersilakan ke kelas beliau dan jika tak silap ada juga Dr Nazri Khan memberikan kelas preview percuma. Walaupun percuma tetapi ilmunya tetap premium dan sukar didapati di tempat lain. Penerangan yang menyeluruh ini lebih berharga dari kita membaca buku pelaburan asing kerana peneranganya ringkas dan mudah difahami berbanding buku buku di luar sana.

Semoga Dr Nazri Khan terus maju dan cekal mendidik anak bangsa di Malaysia mengenai pelaburan. Dengan cara ini, inshaAllah akan muncul pula anak didik beliau yang mampu menyebarkan ilmu ke serata pelusuk negara.

Sebelum itu, kami nak bertanya, ada tak yang berminat untuk belajar asas trading dengan percuma? Kami nak dedahkan anda port belajar trading yang mantap iaitu PELABURAN FOREX & PELABURAN SAHAM. Jika anda benar benar dahagakan ilmu, silakan follow Dato Dr Nazri Khan & 2 sumber bacaan yang kami nyatakan di atas.

CUBA : [QUIZ] BERAPA TAHUN LAGI NAK JADI FULL TIME INVESTOR?