EasyParcel Menerima Dana Pelaburan RM43.8 Juta Daripada Teleport Anak Syarikat AirAsia.

Teleport merupakan platform kargo dan logistik Air Asia. Dilaporkan oleh The Star, syarikat ini yang merupakan co-investor dalam Gobi Partners, sebuah Venture Capital melaburkan RM43.8 juta ke dalam syarikat penghantaran parcel terkemuka iaitu EasyParcel.

Pelaburan ini bertujuan untuk mengembangkan lagi operasi syarikat. CEO Air Asia Group Berhad pula berkata, Teleport berpotensi menjadi syarikat logistik yang membuka ruang kepada startup social e-commerce.

Lantas, ini menunjukkan AirAsia merupakan sebuah syarikat digital. Sementara itu, CEO Teleport sendiri menerangkan peranan logistik itu sendiri adalah membantu SME menghantar barang dari poin A ke poin B.

teleport

Walau bagaimanapun, dengan funding series B ini, Easy Parcel mampu menyediakan servis yang lebih kondusif dan berdaya saing kepada pelanggan. Pada masa yang sama, Teleport pula menggalakan kolaborasi di antara mereka dan startup lain.

Kini, Teleport mempunyai kemudahan infrastruktur lebih dari 100 bandar, 10,000 penerbangan AirAsia setiap minggu dan 1 tan kapasiti kargo.