Untitled design (7)

El Salvador Iktiraf Mata Wang Kripto dalam Nilai Transaksi Perniagaan

Asal usul El Salvador

Negara El Salvador merupakan sebuah negara terkecil di benua Amerika yang bersempadan dengan Honduras dan Guatemala. Ia berkeluasan 21,040 km per segi dan jumlah penduduk sebanyak 6.4 juta orang. Terdapat 15 zon perdagangan bebas di El Salvador yang majoritinya dari industri tekstil. Kemudiannya akan dieksport ke negara Amerika Syarikat. Sebelum pengenalan bitcoin sebagai mata wang rasmi, negara ini menggunakan mata wang “Colon” dan dolar.

Bermulanya mata wang Kripto

Desas-desusnya bertiup kencang apabila negara ni yang di bawah pimpinan Presiden Nayib Bukele berhasrat menjadikan nilai Bitcoin sebagai mata wang rasmi negara. Isu ini hangat diperkatakan di laman sesawang internet semenjak bulan Jun 2021.

Akhirnya, isu ini menjadi kenyataan apabila pada 7 September melalui satu siri Tweet kepunyaan Presiden Nayib Bukele. Beliau menyatakan bahawa negara El Salvador telah membeli sebanyak 400 bitcoin.

Jika dilihat pada masa Tweet diumumkan berdasarkan harga bitcoin semasa, jumlah duit syilling digital Bitcoin yang dibeli sekitar USD 20.9 juta. Kesannya, El Salvandor menjadi negara pertama di dunia yang menerima mata wang Bitcoin sebagai nilai transaksi perniagaan dan mata wang rasmi, selain nilai mata wang dolar USD.

Gambar: twitter

Kelebihan dan keburukan

Namun, dasar ini telah mendapat tentangan serta kritikan daripada penduduk El Salvandor sendiri. Berdasarkan maklum balas yang dijalankan oleh Universiti Amerika Tengah, hampir 70% penduduk El Salvandor kurang bersetuju terhadap keputusan pihak pemerintah melaksanakan bitcoin sebagai mata wang rasmi secara sah. Hal ini disebabkan, ramai penduduk tidak pasti bagaimana menggunakan mata wang digital. Ada yang beranggapan juga, mata wang digital hanya untuk golongan kaya tidak sesuai untuk golongan miskin.

Gambar: bbc.com

Berbeza pula pandangan dari pihak kerajaan yang beranggapan langkah ini dilaksanakan untuk memudahkan penduduk El Salavador menghantar semula kiriman wang ke dalam negara pada kadar yang lebih rendah. Menurut Bank Dunia, kiriman wang telah menyumbang 24% daripada jumlah GDP negara. Selain itu, ia akan memudahkan penduduk dan meningkatkan akses transaski kewangan negara. Sebelum ni, terdapat 70% penduduk tidak memiliki akaun bank.

El Salvador juga telah melancarkan wallet yang dikenali sebagai Chivo membolehkan penduduk El Salvandor mendaftar menggunakan id negara kerakyatan untuk melaksanakan transaksi bitcoin. Pengguna akan mendapat USD 30 apabila memuat naik wallet Chivo ni.

Gambar: tendenciasv.com

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram