thumbnail

Elon Musk: SpaceX Menghantar 100,000 Rangkaian Jaringan Terminal Internet Starlink

Pada era globalisasi ini, perningkatan dalam dunia teknologi telah menyebabkan berlakunya evolusi dalam rangkaian telekomunikasi sebagai medium penyampaian maklumat. Penyampaian ini memerlukan jaringan internet yang berkualiti. Tidak hairanlah, wujudnya beberapa buah syarikat penyedia perkhidmatan internet di dunia ini yang berusaha memenuhi permintaan pengguna dalam meningkatkan kadar trafik internet.

Starlink

Starlink merupakan syarikat yang menawarkan perkhidmatan internet dengan menggunakan satelit oleh SpaceX. Syarikat yang dimiliki Elon Musk ini pada mulanya diwujudkan untuk menyediakan perkhidmatan internet ke kawasan terpencil yang tidak mempunyai jaringan internet.

Setelah menjalankan pelbagai percubaan dan kajian beberapa tahun, pada bulan Oktober 2020 Starlink telah membuat penampilan dengan menguji percubaan beta pertama di Kanada dan Amerika Syarikat. Kemudian diperluaskan di 14 buah negara seperti Australia, United Kingdom, Jerman dan lain-lain negara.

Tweet Elon Musk

Baru-baru ni, Elon Musk melalui twitternya menyatakan bahawa sebanyak 100,000 terminal internet Starlink telah dihantar sebelum jaringan internet global secara rasmi dilancarkan. Beliau juga telah menyenaraikan beberapa buah negara yang bersedia menerima perkhidmatan ini yang masih dalam permohonan lesen. Menurut CNBC, pada akhir bulan Julai Starlink mengatakan mempunyai sekitar 90,000 pengguna yang sudah berdaftar dan jumlah ini telah meningkat sekitar 10,000 pengguna lagi dalam masa beberapa minggu.

Gambar: Twitter Elon Musk

Perkhidmatan internet Satelit beta yang dilancarkan oleh SpaceX pada akhir tahun 2020 dengan menjalankan program yang membolehkan pengguna mencubanya dengan kos USD 99 sebulan. Pencubaan ini tidak termasuk kos penghantaran, cukai, upah pemasangan dan peralatan tambahan. Satelit Kit ini meliputi piring antena satelit, power supply serta WiFi router. Pesanan akan dipenuhi berdasarkan urutan tempahan oleh pengguna. Penempahan kit ini boleh dilakukan melalui laman web Starlink.

Starlink mengatakan bahawa pada peringkat awal beta ini, kelajuan data internet akan meningkat dari 50 Mbps sehingga 150 Mbps dan latency dari 20 mili per saat kepada 40 mili per saat. Peningkatan ini dijangka berlaku dalam masa beberapa bulan disebabkan pihak Starlink akan menambah jumlah satelit secara berperingkat. Jumlah ini melibatkan 42,000 satelit internet kecil yang akan dilancarkan pada masa hadapan.

Model terminal Starlink. Gambar: tesmanian,com

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram