2019-07-24

Event Hi Homes Khas Untuk Mereka Yang Ingin Mengetahui Info Terkini Dalam Bidang Hartanah


Ramai yang ingin menerokai bidang hartanah tetapi ada ramai juga yang tidak mengetahui perkembangan semasa dan masa depan bidang hartanah itu sendiri.

Jadi, kami di InvestorMY mengesyorkan anda mengkaji dengan lebih mendalam mengenai sebuah event anjuran HartaBumi dan kerjasama pelbagai pihak, termasuklah Kementeri Perumahan Kerajaan Tempatan.

Fokus event Hi Homes adalah menampilkan pakar hartanah untuk berkongsi perkara baru dan penting serta mengemukakan idea mengenai pasaran.

Ini merupakan perkara teras yang dibincangkan dalam event yang mungkin membantu anda sedikit sebanyak.

  • Affordablitiy
  • Market & Policy
  • Data & Technology 
  • Future 

Ramai nama besar dalam industri akan turut serta berkongsi pandangan serta input. Penganjur menjangkakan perkongsian ini sahaja akan mengambil masa lebih dari 600 minit oleh 15 speaker. Bayangkan berapa banyak input yang anda bakal terima dan hadam.

 

Kalau tuan puan biasa menghadiri seminar atau pun majlis yang dibarisi oleh speaker berkelas A sebegini, pastinya harga tiket sedikit tinggi padanlah dengan kualiti input dalam event tersebut.

Namun, setakat hari ini kita dimaklumkan tiket Hi Homes dikenakan hanyalah serendah RM250 sahaja

Jadi tepuk dada tanya selera  akan tetapi jika anda berminat untuk hadir boleh terus klik di sini.