Fibonacci Dalam Trading, Anda Perlukannya!

Asal Usul Fibonacci Trading

Fibonacci salah satu kaedah perdagangan yang terkenal di Malaysia malahan seluruh dunia menggunakan fibonacci dalam perdagangan seharian mereka. Tetapi tahukah kita asal usul fibonacci dan implikasinya dalam trading?

Fibonacci dikenalkan oleh Leonardo Pisa, seorang pedagang Italy pada tahun 1175. Kisahnya bermula dari perjalanan beliau Mediterranean dan pada masa itu beliau belajar juga sistem pernomboran Hindu-Arab. Pada tahun 1202, beliau menerbitkan buku yang bertajuk Liber Abaci dan pada akhirnya kerajaan menganugerahkan beliau pangkat dan gaji untuk berkhidmat dalam bidang mathematic sains. Ini serba sedikit background fibonacci dan pengasas dan bidography Leonardo De Pisano.

Jika disingkap kembali, kita dapat melihat keajaiban dan kebesaran Allah swt melalui kesan ciptaan-Nya. Asas kiraan adalah kiraan 1,2,3,5,8,13,21,34 dan seterusnya. Cara pengiraan sama sahaja iaitu dua nombor berturutan ditambah sekali dapatlah nombor seterusnya. Mudah kan? Kalau tak faham juga tak mengapa, anda boleh gunakan kalkulator fibonacci di sini.

Itu asas kiraan dan manakala artikel kali ini akan mengupas dari segi implikasi fibonacci dalam trading. Kebiasaannya ia diguna oleh Pullback Traders. Pullback Traders akan mencari titik entry di mana market membuat retracement. Entry seperti ini akan mengurangkan stoploss range dan saiz lot akan besar sedikit berbanding Breakout Traders.

Contoh seperti US10Y iaitu Bond US Treasury 10-Yield.

Fibonacci US10Y

Lihat price US10Y breakout resistance kemudian membuat struktur pasaran Lower High . Market retrace kemudian terus melonjak ke paras tertinggi sehingga hari ini. Di point 61.8, Pullback traders akan mencari entry di level level seperti golden ratio 61.8%,50%, 38.2%. Kebanyakkan pullback traders akan take profit di zon 161.8% dan 261.8%, ada yang hold sehingga 423 jika cukup syaratnya.

Fibonacci bersifat Universal

Kaedah begini memberikan kita gambaran halatuju pasaran tak kira sama ada kita pelabur saham, forex, comodity dan sebagainya. Fibonacci bersifat universal. Ini dapat dilihat pada kulit siput , telinga kita dan wajah manusia  dan lain lain lagi. Unik kan?

fibonacci

Ada pelbagai cara dalam hal ini. Ada yang guna fibonacci mengikut ikut struktur pasaran, ada yang tarik berdasarkan support resistance. Jangan bertelagah sebaliknya raikan perbezaan bahkan keadaan ini menandakan traders tempatan sudah pun bijak dalam pasaran. Yang penting, traders tahu di mana entry dan exit setiap kali masuk ke dalam pasaran.

Masih keliru? Jangan risau, banyak sumber yang boleh kita gunakan jika ingin belajar mengenai fibonacci. Gunakan Google dan Youtube sebaik mungkin. Taipkan “Fibonacci Trading” untuk mendapatkan penerangan lanjut. Tambahan di Malaysia sendiri, sudah ada anak tempatan yang mencipta fibonacci trading system sendiri. Antaranya ialah Cikgu Zul & Baha yang mengetengahkan “Fibo Musang”. Kini FM sudah pun meluaskan empayar ke Indonesia dan bergabung dengan broker asing.

Jika tuan puan suka membaca, yang kami boleh sarankan ialah Fibonacci Trading: How To Master  by Carolyn Boroden. Buku yang mempunya 11 bab ini sarat dengan ilmu menarik dari asas sehinggalah cara entry menggunakan sistem ini. Satu lagi buku yang menjadi kegemaran ialah Da Vinci Code Application to Stock & Currency tulisan seorang guru technical analysis yang terkenal di Malaysia iaitu Fred Tam.

Walaupun nampak kompleks, sebenarnya ia tidak lah sesusah mana jika diimplikasi ke atas perdagangan kita. Cari guru yang betul dan baca buku yang bagus untuk memastikan trading kita bertambah baik dari sebelum ini. Harus juga diingatkan, trading system yang baik haruslah ringkas dan mudah difahami. Keep It Simple!

Cuba: BERAPA TAHUN LAGI ANDA AKAN JADI FULL TIME TRADERS

(Visited 18 times, 1 visits today)
DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA
TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA

TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

Isi Maklumat Di Sini dan Anda Akan Menerima Emel Balas Automatik Sebentar Lagi

You have Successfully Subscribed!