Forex Malaysia

Bagi seorang trader Forex Malaysia, penting untuk mereka tahu bahawasanya apa yang kita tekan buy dan sell itu adalah contract matawang. Jangan ada pula yang ingat Forex adalah sekadar tekan tekan sahaja. Jika anda seorang yang tegar dalam forex di Malaysia, artikel ini menjelaskan pemahaman sebahagian dari proses perdagangan matawang .

Dalam spot forex trading, apa yang kita niagakan adalah dalam bentuk pair. EURUSD contohnya EURO sebagai Base, atau produk, manakala USD sebagai quote atau harga. Dimudahkan cerita, Chart EURUSD, itu adalah harga1 EURO dalam USD. Penilaian kepada pair berkenaan adalah relatif. Maknanya, tidak semestinya apabila kita katakan USD kuat, ia kuat berlawanan semua Currency. Kita kena katakan satu-satu matawang tu kukuh against currency apa.

forex malaysia eurusd

Jadi, bagaimana penilaian dibuat?

Price discovery atau price itu sendiri dalam Spot forex berlaku di Interbank level. Secara amnya, struktur Spot forex market terbahagi kepada:

1. Interbank players: huge banks and central banks

2. Commercials: commercial banks, multi national companies, funds, brokers, small speculators etc

Lebih 60% transaksi harian spot forex yang berkadar anggaran USD1. 3 trillion to USD1.8 trillion berlaku di Interbank.

Di sinilah huge volume transaction berlaku dengan offer dan demand yang shape price structure.

Contoh yang mudah, kita balik dari Singapore. Ada SGD10,000 yang kita bawak balik Cash. Dulu kita beli SGD1 pada MYR3.00. Sekarang, kita nak jual balik pada market dengan harga MYR3.15. Harga semasa market MYR3.13. Sekiranya tiada seller lain terdekat dengan harga semasa, dan ada buyer sanggup ambik pada harga kita tadi, transaksi berlaku. Sekarang, best offer price market Dah jadi RM3.15.

Itulah contoh transaksi di Interbank. Bagaimana pun, disebabkan oleh rigidity of Price structure di interbank level (maksudnya dia orang nie degil nak jual beli pada harga dia nak tadi), commercials bertindak sebagai Liquidity providers kepada pasaran. Market making concept Dalam dealer’s market, smaller volume transactions Di commercials menyediakan depth of market untuk price efficiency, market liquidity.

Konsep market liquidity dan price efficiency nie lebih kurang begini.

Kita ada sebuah rumah nak jual pada harga RM500,000. Ada buyer nak beli Best price dapat pun RM450,000. Kita tak dapat tunggu sebab perlu duit. Kita jual pada RM450,000. Maksudnya spread harga kita RM50,000. Price tak efficient sebab tak de Liquidity.

Katalah kita ada 10 rumah nak jual. Pelbagai harga. Buyer nak rumah harga RM500,000. Kita bagi rumah nilai sekitar RM500,000. Efficient market & High Quality.

Apabila kita menyentuh mengenai Value Investing, apa yang kita cuba cari adalah potensi untuk nilai sesuatu sekuriti meningkat. Konsep ini mudah digunakan dalam dagangan saham disebabkan oleh bias untuk kenaikan nilai ekuiti. Inilah sifat sesebuah syarikat di mana sumber yang ada digunakan untuk meningkatkan nilai dengan tumpuan kepada potensi growth syarikat.

Dalam spot Forex trading, penilaian sesuatu matawang adalah relatif. Maknanya, satu matawang adalah lebih kukuh berbanding dengan satu kumpulan matawang, dan lemah berbanding kumpulan matawang yang lain. Dan terdapat faktor-faktor seperti liquidity, kerjasama ekonomi, kaitan penggunaan/pengeluaran sumber, hubungan dagang dan sebagainya yang mempengaruhi penilaian berkenaan.

Selain daripada kesukaran penilaian disebabkan oleh faktor relativiti, pergerakan penilaian spot forex dipengaruhi oleh usaha bank pusat mengekalkan kestabilan ekonomi. Bias pergerakan dalam spot forex mempunyai dua arah disebabkan oleh polisi monetari bank pusat yang memanipulasi bekalan matawang untuk mengemudi indikator ekonomi ke arah tahap optimum.

Jadi, bagaimana nak mencari nilai intrinsik, satu faktor penting dalam analisa fundamental, satu konsep integral dalam value investing, kepada spot forex trading?

1. Fahami Polisi Monetari Bank Pusat
– polisi monetari terbahagi kepada dua: memudahkan kredit dengan meningkatkan liquiditi pasaran (easing) atau mengetatkan kredit dengan mengetatkan liquiditi pasaran (tightening)
– untuk mengenalpasti polisi apa yang sedang dijalankan oleh bank pusat, lihat apa yang dilakukan pada polisi sebelum atau semasa.
– Menurunkan kadar faedah, menjalankan Quantitative Easing (QE), Meningkatkan pembelian sekuriti dalam Operasi Pasaran Terbuka (OMOs), merendahkan keperluan reserves depositories (bank komersial dan lain-lain institusi kredit) adalah langkah semasa dalam easing policy
– meningkatkan kadar faedah, mengurangkan jumlah program QE, menurunkan pembelian sekuriti di OMOs, meningkatkan keperluan reserves depositories adalah langkah dalam tightening policy
– apakah data unjuran dalam perlaksanaan polisi monetari bank pusat serta penilaian yang digunakan unutk penetapan objektif polisi semasa.

Data Unjuran inilah benchmark kepada pencapaian dan penilaian ekonomi semasa sesebuah negara.

2. Bandingkan data semasa kepada data unjuran bank pusat. Asasnya, inilah yang dimaksudkan dengan analisa fundamental sesebuah negara.
– sekiranya data semasa berada pada julat unjuran bank pusat, ini bermakna fundamentals sesebuah negara berkenaan kukuh. Sebaliknya, sekiranya di bawah julat unjuran, fundamentals sesebuah negara adalah lemah.

Matawang negara yang mempunyai fundamentals yang kukuh akan menguat, manakala bagi negara dengan fundamentals yang lemah, akan menurun penilaiannya.

Ia adalah disebabkan oleh tarikan kekukuhan ekonomi kepada pelabur, yang menyaksikan permintaan kepada matawang negara berkenaan meningkat.

Inilah apa yang dimaksudkan dengan analisa fundamental daripada sudut polisi matawang bank pusat.

Terdapat juga polisi fiskal dalam analisa fundamental yang menyentuh polisi ekonomi kerajaan terhadap cukai dan perbelanjaan. Ini mempengaruhi permintaan dan kegiatan ekonomi yang berkait rapat dengan dasar kerajaan.

Gambaran makro ini memberi satu roadmap dalam pemilihan matawang yang didagangkan khas untuk pelabur forex Malaysia. Dalam Bahagian Ketiga nanti, kita akan melihat bagaimana maklumat semasa dan flow pasaran mempengaruhi penilaian sesuatu matawang. Bahagian 1 telah membincangkan mengenai struktur pasaran forex. Peranan Interbank dan komersial, faktor Liquidity pasaran dan dagangan Spot Forex yang melibatkan dua matawang. Bahagian 2 pula membincangkan mengenai valuation untuk Spot forex dan pemahaman nilai intrinsik serta performance benchmarking pencapaian ekonomi menerusi perbandingan data semasa dengan unjuran bank pusat kepada indikator ekonomi.

Kali ini, kita akan melihat bagaimana penilaian matawang dipengaruhi oleh maklumat semasa dan Flow pasaran.

Dalam pasaran saham, antara kaedah memahami pergerakan nilai adalah:
1. Melihat kepada gambaran besar pasaran menerusi ekuiti indeks.
2. Pecahan sektor dengan melihat indeks spesifik, antaranya penggunaan Exchange Traded Fund (ETF) bagi sektor tertentu.
3. Pilih kaunter utama dalam sektor yang performing.

Dalam pasaran Spot forex, kaedah serupa boleh digunakan dalam pemilihan dan pemahaman pergerakan matawang.

1. Gambaran besar
– Lihat kepada pergerakan satu Currency untuk semua pair. Di tradingview.com misalnya, atau di investing.com,kita letak kesemua 7 pair bagi satu currency. Contohnya untuk CAD. Letakkan kesemua pair dengan CAD sebagai base currency.

Objektif:
Adakah kesemua pair bergerak arah yang sama? Jika ya, pergerakan adalah disebabkan matawang CAD. Jika tidak, terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi pasaran.

Kaedah termudah untuk pilihan trade adalah mencari satu matawang dengan common theme mengukuh, dan satu matawang dengan common theme melemah.

Gabungkan dua matawang berkenaan untuk dijadikan pair pilihan, dan gunakan teknikal Strategy untuk mencari level entry serta pengurusan risiko.

Selain daripada kaedah ringkas seperti di atas, pemilihan trade currency boleh dibuat dengan kaedah:

Fundamentals data matawang mengukuh across the board Dengan melihat data semasa berbanding data unjuran bank pusat.

1. Sekiranya terdapat data atau maklumat pasaran bukan melibatkan data fundamentals melemah, pergerakan matawang akan melakukan pembetulan atau retracement.
2. Lihat perkara serupa bagi matawang di mana fundamentals data lemah tetapi terdapat data bukan perhatian bank pusat menyokong pergerakan matawang tersebut.
3. Padankan matawang untuk dijadikan trading pair dan tunggu di support/resistance zone.

Dua kaedah market scanning ini membantu Trader memilih matawang yang lemah dan kuat dalam pasaran.

Dalam Bahagian Ke 4 nanti kita akan melihat faktor teknikal dan Intermarket untuk memahami bagaimana maklumat Flow pasaran serta Intra securities membantu dalam entry timing dan entry filtering.

Dalam bahagian keempat ini, kita akan melihat faktor teknikal dalam memahami pasaran dan pemilihan currency dagangan. Kita juga akan melihat faktor inter market untuk mengenalpasti sama ada pemilihan level entry kita sesuai dengan flow pasaran.

Dalam Image 1, GBP mengukuh dengan kesemua pair major serta cross.

forex malaysia gbpjpy

Jadi kita tahu bahawa pergerakan pasaran adalah disebabkan oleh faktor kekuatan GBP.

Dalam Image 2, Fundamentals GBP adalah kukuh dengan data berada pada unjuran Bank of England.

forex malaysia - gbpjpy

Dalam Image 3, JPY melemah dengan kesemua pair major serta cross.

forex malaysia gbpjpy

Jadi kita tahu bahawa pergerakan pasaran adalah disebabkan oleh faktor kelemahan JPY.

Dalam Image 4, Funbdamentals JPY adalah lemah dengan data berada di bawah unjuran Bank of Japan.

forex malaysia gbpjpyDi sini, pemilihan pair untuk trade adalah jelas di mana kita mencari peluang untuk Long GBPJPY.

Dalam Image 5, GBPJPY berada dalam Normal Bull Market Type (boleh rujuk kepada nota Analisa di link Dropbox: https://www.dropbox.com/…/zvpgl3…/AAB8af6GCwIrhFaXip5rHu-ja…)

forex malaysia

Terdapat satu engulfing pattern dan pada masa yang sama, market sedang memerhatikan perkembangan di Korea Utara.

Di sini kita melihat kesesuaian entry berdasarkan faktor inter market. Rujuk kepada nota di Dropbox Basic tadi untuk memahami apa yang berlaku dalam pasaran.

Kekuatan GBP jelas dilihat di GILT market (Image 6).

Manakala dalam Image 7, sehingga Close New York pada Jumaat (23 September 2017), market belum price in faktor risiko Korea Utara.

Maklumat lain yang kita ada:
25 September 2017: 4th Round of Rundingan Brexit
End of the Month: Bundesbank processing UK’s Euro fee payment.

Apa Trading Plan kita?

Currency Selection
GBP: Long
JPY: Short
Trading Strategy: Swing in Normal Bull Market. Wait for Retracement.

Monitor perkembangan di Korea Utara dan sentimen pasaran.

Setup Long tidak valid sekiranya price retraces ke bawah 145.60 (mid BB di TF D1).

Inilah contoh analisa pasaran dan pemilihan matawang dagangan. Buat kaedah yang sama dengan lain-lain matawang untuk mencari high probability setup. Jadi semoga artikel ini memberikan anda gambaran bagaimana untuk membuat analisa di pasaran Forex.

Artikel ini ditulis oleh Zulle Razak, seorang pelabur global yang berpengalaman lebih dari 10 tahun disunting semula untuk bacaan umum bagi penggiat forex Malaysia khususnya.Jika anda seorang yang passionate mengenai Pelaburan Forex dan nak trade secara profesional, silakan follow rapat rapat PELABURAN FOREX MALAYSIA.

 

(Visited 10 times, 1 visits today)
DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA
TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA

TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

Isi Maklumat Di Sini dan Anda Akan Menerima Emel Balas Automatik Sebentar Lagi

You have Successfully Subscribed!