Gaji Tak Cukup?

Pernah tak belum sampai hujung bulan tetapi anda sudah rasa duit gaji tak cukup? Bagi kebanyakkan orang mengalami masalah ini tidak kira orang berpendapatan rendah, sederhana atau mempunyai pendapatan yang masyuk memang menghadapi masalah gaji tak cukup. Hal ini kerana kebanyakkan orang tidak merancang ke mana duit gaji hendak disalurkan. Kegagalan merancang duit gaji menyebabkan kita selalu rasa duit gaji tak cukup, jadi bagaimana urus gaji anda?

Kegagalan merancang duti gaji setiap bulan boleh menyebabkan sikap membazir kerana perbelanjaan tidak dirancang dengan teliti menyebabkan kita berbelanja melebihi daripada keperluan sehingga menyebabkan gaji tak cukup. Oleh sebab itu, setiap orang perlu merancang kewangan peribadinya sendiri termasuklah ke mana duit gaji hendak disalurkan setiap bulan supaya tak ada masalah gaji tak cukup.

“Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya”.

Surah al-Isra’ ayat 27

Berikut adalah panduan mengurus gaji supaya anda boleh atasi masalah gaji tak cukup.

Perbelanjaan

Keseluruhan perbelanjaan anda sepatutnya tidak melebihi 40% daripada jumlah pendapatan bulanan anda. Antara perkara asas yang perlu dimasukkan dalam perbelanjaan bulanan anda adalah tempat tinggal, makanan, dan kenderaan. Perkara lain yang termasuk dalam perbelanjaan bulanan anda adalah bil, petrol dan tol.

Pelaburan dan simpanan

Anda perlu peruntukkan sebahagian daripada pendapatan anda untuk pelaburan dan simpanan. Jumlah yang dicadangkan bagi pelaburan adalah 30% daripada jumlah pendapatan bulanan anda. Pelaburan sangat penting bagi mengembangkan aset yang dimiliki oleh kita. Pastikan anda tidak terlepas untuk memperuntukkan sebahagian pendapatan anda untuk ini.

Takaful

Takaful berfungsi sebagai pelindungan kepada kewangan anda. Dalam perancangan kewangan takaful memainkan peranan penting sebagai persediaan menghadapi musibah. Apabila berlaku sesuatu musibah, kita tidak mahu keadaan tersebut mengganggu perancangan kewangan kita. Peruntukkan bagi takaful adalah tidak melebihi 10% daripada pendapatan

Ilmu

Sebagai seorang insan, kita seharusnya terus menuntut ilmu bagi mengembangkan potensi diri. Peruntukkan 5% daripada pendapatan anda untuk membeli buku, menghadiri seminar atau mengahadiri kelas-kelas yang boleh menyumbang kepada perkembangan portfolio berkaitan kerjaya anda. Dengan meningkatkan portfolio anda, sudah pasti dapat meningkatkan potensi diri anda dan siapa tahu anda boleh dapat pekerjaan yang lebih lumayan.

Kebajikan

Peruntukkan sekurang-kurangnya 5% daripada gaji anda untuk memberi kebajikan kepada orang lain. Sebagai muslim, anda tidak terlepas daripada memperuntukkan 2.5% pendapatan anda untuk zakat jika layak. Dengan menambah 2.5% gaji anda sebagai sedekah dapat membuka pintu rezeki anda.

Gaji tak cukup

Hiburan

Sebagai seorang manusia, adalah normal untuk berhibur bagi menghilangkan rasa bosan dan tekanan kerja. Peruntukkan maksimum 5% daripada gaji anda untuk berhibur. Sebenarnya banyak cara untuk anda berhibur secara percuma. Sebagai contoh bersukan di taman rekreasi awam yang tidak memerlukan anda mengeluarkan sebarang bayaran dan mampu menyihatkan tubuh badan anda.

Ibu bapa

Sebagai seorang anak yang sudah bekerja peruntukkan minimum 5% untuk diberikan kepada ibu dan ayah anda. Walaupun 5% tidaklah begitu besar tetapi ini adalah salah satu tanda anda menghargai pengeorbana mereka membesarkan anda selama ini. Jika ibu dan ayah mempunyai tanggungan yang masih banyak, boleh lebihkan peruntukkan untuk bahagian ini.

Kesimpulannya, ini adalah salah satu panduan untuk anda merancang gaji anda supaya anda dapat merancang perbelanjaan anda bukan sahaja untuk masa sekarang malah dapat mengembangkan aset dan potensi diri anda supaya dapat membina kehidupan yang lebih baik di masa hadapan. Mempunyai kehidupan yang lebih baik di masa hadapan adalah impian setiap orang dan pastikan anda dapat mencapai kualiti hidup yang lebih baik dengan mula merancang gaji anda bermula sekarang. Cara untuk mengurus gaji yang power seterusnya akan dikongsikan pada posting akan datang di InvestorMY

Baca: BUAT DUIT TANPA MODAL

[sociallocker id=”1520″][/sociallocker]

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram