Gary Vaynerchuk & Bagaimana Beliau Mencipta Nama Sebagai Business Influencer

Gary Vaynerchuck nama yang tidak asing lagi sebagai seorang media influencer. Seluruh dunia mengenali beliau sebagai sorang yang optimistic dan memberikan nasihat yang realistik. Walaubagaimanapun, ada sebahagian menganggap Gary seorang yang ‘hardcore’ dan menggalakkan ‘hustle porn’ namun sebagai usahawan, pemikiran Gary Vee harus dikongsikan bersama.

Siapa Gary Vaynerchuck.

Gary adalah Belarusian American Entrepeneur yang memulakan bisnes dengan cara menggunakan “content development” di Youtube. Dari situ, Gary mengembangkan bisnes wine keluarga dari nilai $3million kepada $60million. Kini beliau fokus pada VaynerMedia & VaynerX.

Bakat niaga Gary bermula seawal 7 tahun dengan menjual lemonade, baseball card dan mainan. Begitulah cerita ringkas beliau sewaktu zaman persekolahan,tetapi dunia semakin berubah dengan kemajuan teknologi. Bermula aggresif dengan ‘take over’ bisnes wine keluarganya dan aktif dalam channel Youtube iaitu Wine Library. Hampir setiap hari, Gary akan ke udara membina content untuk menarik minat audience mengenai Wine. Tahun ke-5 lima Wine Library beroperasi, penampilan Gary mendapat perhatian pihak stesen televisyen dan ditemubual oleh Ellen Degeneres & Conan O’Brien.

gary vaynerchuk
Credit: Medium

Tahun 2008 merupakan tahun bertuah buat Gary. Buku beliau bertajuk Crush It! Yang bercerita tentang prinsip media, pemasaran dan komunikasi telah menjadi international bestseller. Kemudian, Gary mula melabur dalam beberapa syarikat tech media terkenal seperti Facebook, Twitter, Tumblr, Uber dan Venmo.

Walaupun telah menjadi figura terkenal, Gary Vee tidak suka untuk raise fund bagi bisnes beliau sendiri. Beliau lebih cenderung kepada ‘start small go big’ , sebab itu Vayner Media mengambil masa 9 tahun untuk scaling up menjadi syarikat yang besar.

Lama kan?

Yang terbaru, Gary bersama rakan selebriti yang lain iaitu Gwyneth Paltrow, Jessica Alba & Will.I.am menjadi panel dalam siri Planet of The Apps. Jika ditanya kepada Gary apa cita cita beliau, sudah pasti jawapannya New York Jets. Dari banyak video dan buku beliau yang kami hadamkan, kami dapat kongsikan 3 perkara asas menjadi ‘groundwork’ jika anda seorang usahawan.

gary vaynerchuck
Credit: classycareergirl

#1 – Untuk menyelesaikan masalah, kita perlu pandang dari pelbagai sudut.

Adakala kita tak mampu menyelesaikan sesuatu masalah jika berada dalam satu angle sahaja. Kita perlu melihat dari pelbagai sudut. Contohnya, untuk mengembangkan operasi kita perlu melabur sejumlah wang, dari satu sudut ianya bagus tetapi jika difikir dari segi cash cycle, masa yang diambil adakah ianya berbaloi.

Buat perbandingan, fikir kemudian barulah kita buat keputusan yang rasional.

#2 – Jadilah seorang realist walaupun kebenaran itu adakalanya bertentangan dengan jangkaan kita.

Setiap orang pasti sentimental terhadap sesuatu sampaikan ada perkara yang dilakukan untuk sedapkan hati sendiri. Kesudahannya, kita terpaksa menerima pulangan yang tidak sepatutnya berlaku pun. Contohnya, sebuah startup harus berpegang kepada data-oriented. Jika tidak menggunakan data dan main rasa rasa untuk sedapkan hati pun boleh, tetapi kesudahannya pasti kucar kacir

#3- Syarikat besar atau kecil mesti berfikir seperti startup

Startup merupakan fasa di mana semua partner di dalamnya menjadi kreatif. Semua perkara dilakukan oleh beberapa orang sahaja. Kadangkala, dialah finance, dialah marketing dan dialah HR dan seterusnya. Di sini, setiap orang boleh di’utilized’ potensi dalam syarikat.

Begitulah pandangan GaryVaynerchuck.

Sebelum itu harus diingatkan, bahasa Gary Vee tidak sesuai dengan budaya timur kita yang sopan. Jika anda tonton podcast atau video beliau, pastikan anda tidak terasa hati atau pun ‘get offended’ dengan tuturkata beliau. Yang baik kita jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Moga pembaca dapat manfaat !

Baca : Kisah Robert Herjavec Anak Immigrant Yang Lari Dari Penjara

 

(Visited 26 times, 1 visits today)
DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA
TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA

TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

Isi Maklumat Di Sini dan Anda Akan Menerima Emel Balas Automatik Sebentar Lagi

You have Successfully Subscribed!