2021-08-22
Grab disenaraikan melalui SPAC di NASDAQ
Pernahkah anda mendengar sebuah aplikasi yang dikenali sebagai Grab. Pasti antara kita pernah menggunakan aplikasi ini sama ada untuk memesan makanan ataupun membawa pengguna ke destinasi yang ingin ditujui. Pada awal bulan April yang lalu, Syarikat Grab telah menyatakan hasrat untuk disenaraikan di pasaran Nasdaq. Penyenaraian ini bakal menyaksikan syarikat dari rantau Asia Tenggara memasuki pasaran saham global.
Disenaraikan di pasaran Nasdaq
Selepas beroperasi selama 9 tahun di beberapa buah negara, Grab Holdings Inc mengorak langkah dengan bekerjasama dengan Altimeter Growth Corporation untuk disenaraikan di pasaran saham Nasdaq. Kerjasama ini akan menyebabkan nilai pasaran Grab dijangka mencecah USD 39.6 bilion bersamaan RM 163.7 bilion.
Penyenaraian ini akan melalui Special Purpose Acquisition Company (SPAC) iaitu salah satu kaedah yang digunakan oleh sesebuah syarikat yang ingin memasuki pasaran saham. Kaedah ini akan melalui proses tanpa melibatkan Initial Public Offering (IPO). Penggunaan SPAC lebih memudahkan dari segi masa, kos yang perlu dibelanjakan lebih murah dan proses penyenaraian hanya sekitar dua hingga tiga bulan berbanding penyenaraian melalui IPO mengambil masa sekitar setahun. Tidak hairanlah Grab memilih kaedah SPAC berbanding IPO.
Gambar: Altimeter
Siapa sebenarnya Grab?
Grab mula diasaskan oleh Anthony Tan dan Hooi-Ling Tan pada tahun 2012 yang menumpukan pasaran Malaysia pada ketika itu. Pada mulanya syarikat ini bukan dikenali sebagai Grab tetapi menggunakan nama MYTEKSI. Anthony mendapat ilham penubuhan MYTEKSI untuk mewujudkan dan memudahkan pengguna yang menggunakan perkhidmatan teksi. MYTEKSI menggunakan platform digital untuk memberi kemudahan kepada pengguna dengan hanya menggunakan telefon pintar dan menjana pendapatan tambahan kepada pemandu teksi.
Gambar : Grab
Ingin fokus pasaran Asia Tenggara
Pada tahun 2019, menurut KPMG syarikat Grab telah menyumbang kepada ekonomi di Asia Tenggara dengan anggaran USD 5.8 bilion dalam tempoh setahun. Pengambilalihan operasi Uber di rantau Asia Tenggara telah memberi serampang dua mata dengan memperkukuhkan segmen dan platform pasaran Grab serta mengurangkan persaingan.
Segmen pasaran Grab di negara Asia Tenggara. Gambar : Grab
Segmen pasaran dan perniagaan Grab
Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Grab di negara Asia Tenggara.
Penghantaran :
Mobilitiy :
Perkhidmatan kewangan :
Lain-lain :
Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Grab dalam platform App digital. Gambar : Grab
Kesimpulannya, penyenaraian di pasaran saham Nasdaq ini bakal memberi peluang kepada Grab untuk mengembangkan segmen pasaran perniagaan. Malahan itu, dapat meningkatkan imej serta prestasi syarikat di mata para pelabur dengan membeli saham Grab di Nasdaq. Grab perlu membuktikan kepada para pelabur dari segi prestasi syarikat selepas penyenaraian ini berlaku.
Apa yang menariknya, Grab merupakan peneraju utama dalam industri ini di rantau Asia Tenggara serta menjangkakan akan terus berkembang luas pada masa hadapan. Pada tahun 2020, Grab telah mencatatkan jumlah transaksi sebanyak 1.9 bilion pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini.