2019-03-29

Hasil Kajian Mengenai Graduan Membimbangkan Dari BNM, Ini Tips Yang Boleh Kami Berikan


Dari zaman dahulu hingga kini, isu yang hangat untuk diperkatakan. Hari ini, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan laporan tahunan untuk 2018 dipetik oleh The Star.

Laporan tersebut menyebut bahawasanya gaji pemegang diploma-ijazah menurun sejak 2010. Gaji graduan ijazah ini pula diletakkan pada nilai RM1993 pada tahun 2010, RM1983 untuk 2018. Penurunan berlaku selari dengan inflation adjustment. 

Graduan Master pula mengalami penyusutan dari RM2923 kepada RM2707 dalam tempoh tersebut. Data ini sepatutnya diambil berat oleh para graduan kerana kita harus maklum yang segala kos pendidikan bermula diploma-ijazah meningkat hari ke hari. Walaubagaimanapun, gaji graduan tidak sepadan dengan peningkatan tersebut. 

Laporan dari BNM ini juga menunjukkan jumlah graduan yang memasuki alam pekerjaan meningkat seramai 173,457 orang. Kita memang sudah cakna dengan hal ini buat sekian lamanya, kerajaan perlulah memainkan peranan mereka pada masa yang sama kita sebagai individu yang bergelar graduan atau sedang belajar perlu bersedia menghadapi kemungkinan pada masa hadapan.

Menyedari hal ini, InvestorMY rangkumkan 6 pesanan buat graduan atau bakal graduan yang mungkin boleh dihadam.

#1- Simpan Dahulu Kemudian Barulah Berbelanja

Ramai di kalangan kita yang mengamalkan tabiat berbelanja dahulu, ada lebihan baru menyimpan. Sebenarnya, jalan yang lebih baik ialah tetapkan peratusan simpanan sama ada mungkin 10% sebulan, 20% sebulan atau bergantung kepada diri sendiri. Apabila memperolehi gaji terus masukkan ke dalam tabung simpanan.

Lebih bagus anda mula membuka akaun Amanah Saham Bumiputera dan Tabung Haji,boleh terus saving ke dalam akaun tersebut.

#2- Invest pada ilmu

Di zaman ini mustahil jika kita tidak mahu melabur untuk ilmu. Bayangkan jika anda menambah ilmu setiap tahun, tidakkah diri kita ini lebih baik berbanding dahulu.

Persoalannya ramai yang tidak sanggup kerana ianya melibatkan wang. Jika anda mahu mendapatkan ilmu premium secara percuma, boleh baca semua artikel di InvestorMY ini. Gratis!

#3- Hit Start Button Awal Dan Bina Portfolio

Selalunya kita mendengar majikan ini jahat, kedekut, underpaid pekerja dan sebagainya. Yang jahat itu kekal jahat, tiada apa boleh diubah, cuma tahukah anda sebenarnya bakal boss anda tidak kisah pun membayar anda lebih mahal asalkan mampu membawa pulangan yang berbaloi.

Jika kita sendiri sebagai majikan, adakah kita mahu menggajikan graduan yang 50-50 dalam pelaksanaan tugasnya, walhal setiap bulan majikan lah orang pertama yang pening kepala memikirkan overhead-kos operasi dan sebagainya.

Soalan yang biasa kita dengar, “kalau tidak mahu diberikan peluang bagaimana hendak menimba pengalaman kerja?”

Jawapannya pula, bina portfolio seawal yang mungkin dan kebiasaannya graduan dengan portfolio industri berjaya meyakinkan bakal majikan. 

#4- Networking & Carilah Mentor

Network is Your Worth, sebuah ungkapan Inggeris menggambarkan kekayaan kita datangnya dari siapa yang kita kenal. Disebabkan itu, berkenalanlah dengan ramai orang terutama bagi anda yang baru sahaja bermula.

Jalan keseorangan amatlah memenatkan, lain keadaannya apabila anda mempunyai seorang mentor yang boleh membantu.

#5- Jangan terikut dengan trend semasa

Dengan adanya sosial media seperti Instagram, agak sukar untuk kita tidak terikut-ikut. Melihat influencer, model memakai pakaian yang cantik, kita pun mahu membelinya. Melihat rakan travel persis orang kaya, kita pun mahu melancong. Tidak salah cuma ukurlah baju di badan sendiri dan sedarlah diri.

Tidak menyindir mana mana pihak, sebenarnya apa yang kita di Instagram kebanyakkannya adalah indah khabar dari rupa sahaja.

#6- Mulakan bisnes pertama dengan apa yang ada di tangan

Perjalanan bisnes tidaklah indah seperti anda lihat di Instagram. Sebaliknya ia memerlukan ketahanan dan ilmu yang mantap. Jika anda berminat dengan perniagaan, kami amat rekemenkan buku Puan Ainon iaitu Panduan Mulakan Bisnes.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua pembaca dan jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan.