Graduan MIT memulakan Hubspot 12 Tahun Dahulu Kini Mengumumkan Dana Pelaburan $30Million

Kebiasaan hidup sebagai seorang marketer amat lali dan biasa dengan perisian pemasaran dan jualan di bawah Hubspot. Syarikat ini diasaskan oleh beberapa orang graduan MIT yang fokus mereka membantu para usahawan mengurus jualan dan memasarkan produk dengan baik. Bermula dari 2006 hingga kini, pelanggan Hubspot berjumlah 52,000 seluruh dunia. Satu pencapaian yang sangat baik bagi syarikat dari Boston ini.

CTO Hubspot, Dharmesh Shah memuat naik posting mengenai penubuhan Hubspot Venture yang bernilai $30million. Fokus venture ini hanya untuk Series A & B dan pelaburan tempoh jangka masa panjang.  Kini dilaporkan oleh Crunchbase mereka sudah pun melabur dalam 10 startup pada peringkat awal. Selain mengumumkan funding, Hubspot juga mengumumkan 3 tahun collaboration bersama Amazon Web Services untuk membantu perkembangan SME startup.

hubspot

Lindsay mengatakan fokus Hubspot adalah melabur dalam startup ecosystem di Boston. Kriteria utama mereka dalam pelaburan adalah budaya kerja dalam startup.

Bagaimana Hubspot bermula.

Brian Halligan dan Dharmesh Shah memulakan Hubspot tahun 2016, menjana keuntungan $255,000 pada tahun 2010, keuntungan dilaporkan meningkat sebanyak $15.6million. Kemudian Hubspot mengambil alih Oneforty dari Laura Elton.  Menurut sumber, mereka tidak hanya menyediakan servis kepada SME tetapi mempunyai produk juga bagi segment pelanggan yang sudah well established & memiliki pekerja 1000 orang ke atas.

Dilaporkan Hubspot sudah pun menghantar permohonan untuk disenaraikan di pasaran saham dan selepas daripada itu, mereka acquired Kemyvi, sebuah startup AI yang dapat membantu sales teams syarikat.

Jika anda seorang usahawan apa yang anda boleh belajar dari kisah syarikat software ini.

#1- Bermula seawal mungkin

Ketika baru bermula, mereka masih lagi graduan MIT yang sangatgilakan perkara berkaitan digital dan sebagainya. 10 tahun kemudian, mereka sudah pun menjadi pioneer dalam syarikat memasarkan software pemasaran dan jualan di dunia.

Baca : Kisah Kylie Jenner Menjadi Billionaire

#2- Berimpian Besar

Tidak dinafikan mana mana orang yang memulakan perniagaan pasti berasa putus asa, adakalanya sedih melihatkan bisnes sendiri. Tetapi yakinlah, suatu hari nanti akan tiba masa impian kita tertunai.

Semoga dengan pelaburan yang dilakukan mampu membuka mata SME untuk terus memajukan perniagaan. Jika Hubspot bermula 2004 secara lean boleh sukses pada hari ini, mengapa tidak kita.

Baca: Bagaimana Steve Job Membangunkan Apple

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram