Kisah Huda Kattan Mengembangkan Syarikat Bernilai Lebih $1Billion

Wanita selalu dilihat sebagai simbolik yang lemah, ayu dan tidak berdaya. Persepsi ini sama sekali tidak benar apabila ramai wanita di dunia sudah membuktikan mereka mampu bersaing malah lebih baik daripada lelaki dalam kerjaya. Warren Buffet ada mengatakan, sebaik-baik pelabur adalah melabur seperti perempuan.

Jika di Malaysia sendiri kita lihat bagaimana Yasmin Mahmood, former CEO MDEC membawa perubahan besar dalam dunia digital.Selain itu, Tan Sri Zeti juga antara bekas Gabenor Bank Negara yang sangat berkaliber, ditambah pula Gabenor BNM kini pun seorang wanita.

Benarlah, tangan yang disangka lembut menghayun mampu menggegarkan dunia.

Artikel kali ini menceritakan tentang kisah Huda Kattan iaitu seorang anak immigrant dari Iraq yang berhijrah ke Amerika Syarikat.  Huda dilahirkan pada tanggal 2 Oktober 1983 di Oklahoma City kemudian berpindah ke Boston. Huda menerima pendidikan di Universiti Michigan, majored dalam kewangan.

Kattan berpindah ke Dubai pada tahun 2006 apabila bapanya ditawarkan kerja di sana tetapi beberapa tahun kemudian Kattan berpindah semula ke Los Angeles untuk belajar makeup. Kebanyakkan pelanggan beliau merupakan artis seperti Eva Longoria, Nicole Richie.

Tahun 2013, beliau membina blog youtube channels berkongsi tentang cara make-up dan sebagainya.Produk pertama beliau false eyelashes dijual oleh Sephora. Huda Beauty boleh dilabelkan sebagai jenama yang sukses hingga digunakan oleh Kim Kardashian.

huda beauty

Tidak cukup dengan itu, Huda Kattan juga mengeluarkan beberapa produk lain dan mendapat sambutan memberangsangkan dari 20juta pengikutnya di Instagram. Huda dan 2 lagi adik beradik beliau iaitu Alya dan Mona merupakan orang yang bertanggungjawab membangunkan Huda Beauty.

TSG Consumer Partners sebuah syarikat pelaburan telah membeli pegangan saham dalam Huda Beauty, dan dikatakan dinilai pada price tag lebih $1billio. Huda Kattan sudah pasti bernilai paling kurang $550million seperti dilaporkan oleh Forbes.

huda beauty

Apa yang anda boleh hadamkan.

#1- Sesiapa sahaja mampu membina jenama yang bernilai jutaan dollar dengan strategi yang betul.

Huda Beauty  contohnya, bermula dengan menjadikan Youtube Channel Makeup Tutorial sebagai foundation dan marketing distribution channel utama. Dari situ, Huda mula menjual produk beliau kepada dunia.

2. Pemahaman terhadap nombor dan data dalam perniagaan sangat penting.

Sebelum bercerita hal menjual dan sebagainya, Huda mempunyai pengetahuan khusus dalam kewangan. Tiada syarikat yang berjaya di atas muka bumi yang tidak mengetahui kedudukan kewangan mereka sendiri.

Semoga kisah Huda Beauty mampu memberikan kita inspirasi untuk bermula dengan apa juga skillset yang ada. Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat silakan share kepada rakan yang lain.