Apa Pelabur Patut Tahu Tentang Inflasi

Inflasi adalah satu fenomena yang sering dibahaskan dalam ekonomi. Ia membawa konteks yang berbeza dalam situasi yang berbeza. Bagi ahli ekonomi dan ahli perniagaan terutamanya, ia diperlukan bagi meningkatkan kepenggunaan bagi memacu pertumbuhan ekonomi.

Ia berperanan untuk meningkatkan keuntungan syarikat dan mengelakkan pengguna untuk menunggu bagi harga yang lebih rendah. Ini kerana pengguna akan terus membeli kerana pengguna tahu bahawa harga barangan akan terus meningkat jika tidak dibeli sekarang. Sebaliknya, jika tiada inflasi, pengguna akan menunggu harga barangan jatuh dan menyebabkan jualan berkurang dan merosakkan ekonomi negara. Situasi ini disebut sebagai deflasi.

Maksud

Selalunya orang akan menerangkan inflasi dengan menggunakan contoh nasi lemak. Pada tahun 2000 kita mampu membeli sebungkus nasi lemak bilis telur pada harga RM0.50 tetapi pada tahun 2017 sebungkus nasi lemak berharga RM1.50. Hal ini berlaku kerana berlaku peningkatan harga pada barang mentah seterusnya menyebabkan peningkatan harga pada produk nasi lemak tersebut.

Ahli ekonomi cuba menjelaskan inflasi dari segi penawaran dan permintaan. Ini bermaksud, apabila pihak kerajaan mencetak lebih banyak ringgit, nilai ringgit semakin berkurang seterusnya menyebabkan kenaikkan harga barang. Hal yang sama berlaku apabila kenaikkan gaji dalam kalangan pekerja. Apabila pekerja mempunyai gaji yang lebih tinggi, ini bermaksud mereka mampu untuk berbelanja lebih. Ini juga salah satu faktor menyebabkan inflasi berlaku.

Kebaikkan

Apabila keadaan ekonomi tidak begitu mengujakan, iaitu satu keadaan di mana berlakunya lebihan tenaga buruh dan bahan mentah. Secara teorinya, inflasi akan membantu meningkatkan permintaan.

Sebagai contoh, pekerja mempunyai kenaikkan gaji setiap tahun. Apabila gaji lebih besar bermaksud lebih banyak untuk dibelanjakan. Seterusnya ini akan menyebabkan permintaan terhadap bahan mentah akan meningkat. Apabila permintaan meningkat akan menyebabkan lebih banyak tenaga buruh dan bahan mentah yang akan digunakan. Akhirnya ia akan menyebabkan ekonomi kembali stabil.

Seorang ahli ekonomi British,  John Maynard Keynes mengutarakan bahawa inflasi pada kadar yang sederhana penting. Jika harga barangan pengguna terus turun kerana berlaku lebihan bekalan, pengguna tidak akan membeli barangan tersebut. Mereka akan terus menunggu harga barangan tersebut untuk terus jatuh. Hal ini akan menyebabkan perniagaan akan mengalami kerugian dan ramai yang akan hilang pekerjaan dan akan berlaku keadaan kelembapan ekonomi pada sesebuah negara.

Inflasi juga akan menyebabkan keuntungan pada para penghutang. Mereka perlu membayar pinjaman mereka dengan wang yang kurang nilainya berbanding dengan wang yang mereka pinjam. Ini akan menggalakkan peminjam untuk meminjam seterusnya meningkatkan perbelanjaan. Hal ini akan menyebabkan berlakunya peningkatan permintaan dalam pasaran da dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.

inflasi

Inflasi dalam konteks negara Malaysia

Kadar inflasi di Malaysia secara puratanya adalah pada kadar 3.64% dari tahun 1973 hingga 2017. Nilai tertinggi dicatatkan pada Mac 1974 iaitu pada 23.90%. Kadar terendah pula adalah pada Julai 2009 pada kadar -2.90%.

inflasiKesimpulan

Inflasi pada kadar yang betul boleh membantu untuk terus merancakkan ekonomi. Jika terlalu tinggi, ia akan menyebabkan nilai ringgit menyusut dengan terlalu banyak dan menyebabkan ringgit tidak lagi bernilai. Sebagai pelabur, anda harus memastikan pelaburan anda dapat mengatasi kadar inflasi semasa.

Klik sini jika nak tahu 7 Sumber Rujukan Pelabur