spanx

Ini Skillset Yang Para Billionaire Telah Setujui Harus Anda Miliki Jika Mahu Berjaya Dalam Bisnes.

Dalam sebuah wawancara podcast ‘How I Built This’ bersama Sara Blakely, Richard Branson dan Tony Hsieh, kesemua mereka mengupas dengan terperinci faktor kejayaan masing masing. Akan tetapi keempat panel tersebut bersetuju dengan satu nilai yang orang selalu terlepas pandang iaitu ‘kindness’. Dalam syarikat, pemimpin yang baik selalunya akan dihormati pekerja mereka. Dipendekkan cerita, pulangan pelaburan dengan berbuat baik ini amatlah tinggi.

Apabila kita mempunyai kualiti sebegini, syarikat lain akan datang untuk menawarkan kolaborasi. Sementara itu, Mark Cuban seorang billionaire dan juga pemilik Dallas Maverick memberikan sedikit komen dalam rancangan Shark Tank. Beliau menceritakan bagaimana pada peringkat awal beliau membina microsolution. Akhirnya beliau tersedar yang sifat emosional berlebihan menyebabkan sekeliling merasa tidak nyaman untuk berkolaborasi atau pun menjadi pembeli. Dari situ, Mark Cuban menekankan bersikap baik terhadap semua kebiasaannya mempunyai pulangan yang sangat tinggi.

Dipendekkan cerita, ada sebuah kajian berkenaan EQ mereka yang berjaya. Kebiasaannya mereka yang tinggi EQ akan cenderung untuk bersikap baik dan tenang mengawal emosi serta terbuka terhadap situasi apun. Sebaliknya, mereka yang mempunyai emosi yang tidak stabil sukar untuk pergi jauh dalam kerjaya mahupun perniagaan.

Begitulah perkongsian 4 billionaire ini mengenai satu skillset yang mungkin kita lihat biasa tetapi impaknya sangat besar. Jika anda mempunyai pendapat, sila kongsikan dengan kami dengan komen sahaja di bawah.

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram