elon musk

Inspirasi Elon Musk Orang Terkaya Di Dunia Kelahiran Afrika Selatan

Elon Musk, sang Maestro perusahaan syarikat automatis Tesla telah pun direkodkan sebagai individu terkaya di dunia. Buat pertama kalinya Elon Musk berjaya memintas Bezos yang menyandang gelaran itu. Namun, reaksi berbeza diberikan oleh Elon Musk yang sepertinya tidak endah dan terus bekerja. Tidak perlu hairan melihat Elon Musk memberikan respon sebegitu.

Beliau memang terkenal dengan karakter realist dan fokus terhadap visi sendiri iaitu membangunkan ciptaan yang mampu memberi manfaat kepada dunia. Dianggarkan pencapaian ini bermula apabila saham Tesla beliau meningkat 4.8% menjadikan kekayaan peribadi beliau melonjak kepada $186bn menjadi billionaire 47 tahun ini lebih kaya berbanding Bezos.

Tesla pada saat ini memiliki nilai lebih tinggi ($700bn) berbanding kombinasi 4 syarikat gergasi utama automotive seperti Toyota,Volkswagen, Hyundai, GM & Ford. Wajarlah Elon Musk yang memiliki pegangan saham sebanyak 20% menjadi orang terkaya di dunia walhal beliau di tangga ke-35 pada awal tahun 2020. Tidak cukup dengan Tesla, Elon Musk juga memiliki syarikat aeroangkasa iaitu SpaceX di mana setakat ini berjaya memindahkan angkasawan ke planet Marikh. Projek ini dikatakan gila dan tidak mungkin akan terjadi hinggakan disangkal oleh tokoh yang Elon sendiri kagumi.

Menurut majoriti penganalisa di US, saham berkaitan Elon Musk dijangkakan akan terus meningkat memandangkan prestasi saham syarikat tersebut sangat bagus ketika ini. Walaupun begitu, ada sesetengah penganalisa mengambil pendekatan konservertif berikutan sikap Elon yang merbahaya di Twitter. 1 tweet sahaja sudah cukup untuk menurunkan harga saham syarikat beliau Justeru, kita harus jadikan kejayaan beliau ini sebagai sumber inspirasi hidup.

Jika anda merasakan artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan rakan yang mengidolakan Elon Musk.  

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram