investor-isaham-frontpage-mockup-1

iSaham – One-Stop Tool untuk Melabur Saham Bursa Malaysia

Saham adalah satu alat pelaburan yang boleh membawa pulangan yang menguntungkan. Sebagai perbandingan, kita boleh tengok pulangan dalam anggaran 3 hingga 5% setahun. Pelaburan saham pula boleh berikan kita sehingga beribu-ribu peratus pulangan. Namun dah tentu kita taknak lah sebut-sebut kebaikan sampai kelangit.

Bila melabur setahun, ada untung ada rugi, jadi dalam masa setahun tu dapat 20% pun dah cukup bagus, lagi baik dari 5%. Tapi kalau dapat lebih, alhamdulillah. Cuma nak melabur ni kita tak boleh main tekan je saham apa yang nak beli, kenalah ada strategi dan homework. Dekat luar sana ada macam-macam tool yang memudahkan untuk kita melabur. Tapi kalau nak guna macam-macam tool boleh jadi pening kepala. Jadi dalam post kali ni, kita akan lihat tool iSaham. Sebuah tool yang mmepunyai fungsi yang lengkap untuk pelaburan

Simple tapi Function

Dah nama pun i Saham, mestilah tool untuk saham. Tapi, apa yang specialnya dekat iSaham ni? Jom kita tengok.

Sumber: iSaham.my

Mula-mula masuk website, kita boleh nampak saham-saham long term, short term, super short term dan sektor berpotensi. Tudia, dah nampak dah strategi saham ikut jangka masa, dan sektor apa yang tengah hot. Sektor ni penting jugak, sebab dalam dunia ni bila ada satu kejadian, dia bukan effect satu saham je, satu industri yang merasa kesan. Dan kat tempat lain memang tak jumpa sektor trending ni selain dekat iSaham.

Banyak bahan Bacaan Saham

Selain di Investor.my, anda juga boleh cari bahan bacaan saham di iSaham. Ada search function dekat blog, jadi boleh lah cari tajuk apa nak baca. Paling sesuai untuk baca benda yang teknikal, contohnya macam mana nak join AGM secara online, macam mana nak withdraw dari akaun, macam mana nak dapat penyata kewangan, macam mana nak guna trading platform dan sebagainya.

Boleh buat kriteria pemilihan saham

Antara feature lain, ada iScanner yang sebenarnya sangat berguna untuk tapis saham ikut kriteria. Kalau anda beginner, mungkin boleh ikut guideline yang basic seperti ini:

  • profit margin bagus > 10%
  • Market Cap > 1000

Dengan setting ni, at least kita boleh tapis keluar syarikat rugi dan syarikat saiz kecil yang boleh dimanipulasi. Profit margin tu kalau nak lagi bagus, boleh naikkan lagi. Tapi kalau tinggi sangat, takut tak keluar result pulak. Bila dah puas hati dengan setting, tekan Generate. Nanti akan keluar satu list saham ikut kriteria kita.

Dah ada list, boleh tapis lagi sekali untuk tengok position harga, quarter report dan lain-lain. Try fokus 2-3 saham untuk dibeli. Bila market bukak, beli lah saham ikut yang kita shortlist tadi.

Banyak data ditayangkan

Kalau kita tengok pada laman saham, contohnya Bank Islam Malaysia Berhad ni (BIMB), mula-mula kita boleh nampak nama saham, harga saham, skor dan carta harga.

Dari sini, kita boleh dapatkan idea harga saham dekat mana. Position cantik ke tidak. Kalau dah naik banyak tu, biasanya kita takut dia turun balik lah. So dari sini boleh tengok semua benda tu. Kalau ke bawah lagi, ada macam-macam info lagi yang kita boleh jumpa. Antaranya Quarter Report, financial ratio, dan signal teknikal. Untuk beginner, kita kaji apa yang reti saje lah macam QR tu. Ini at least paling asas lah boleh tengok berapa banyak profit dan revenue.

Makin ke bawah lagi, kita boleh jumpa top shareholder untuk saham tu. Kalau company kecik, mungkin dana besar tak berminat lah nak melabur. Tapi kalau company solid, perform, ada lah dana-dana institusi atau pelaburan yang yakin nak masukkan duit ke situ. Jadi segmen ni pun boleh jadi rujukan jugak.

Dah beli, simpan dalam portfolio

Kalau dah beli saham, kita boleh simpan maklumat harga yang kita beli tu dalam feature portfolio. Dan feature ni pun ada akses yang pantas jugak, sebab sentiasa ada dekat navigation bar dalam website. So bila-bila nak check apa jadi dengan saham yang kita beli tu, sekali tekan je dah jumpa portfolio.

Ini portfolio olok-olok sahaja untuk testing

Kelas jenis subscription yang murah

Kalau nak belajar teknik saham, iSaham jugak ada buat kelas dalam bentuk subscription. Harga pun tak mahal. Kalau nak join semua kelas yang dibuat setiap minggu, satu pakej ni harganya RM 799, valid untuk paling kurang 12 bulan. Kalau ikut harga dan duration ni, cuba kita kira sebulan berapa? Baru 66 Ringgit. Biasa dengar kelas beribu-ribu. Yang ni 800 dapat kelas setahun. Sebenarnya macam tak masuk akal jugak kenapa murah macam ni. Kalau ikutkan apa yang dapat, memang dapat banyak jugak la. Boleh tengok list video diorang dekat sini.

Yang dari atas tu ada dalam tajuk FA Advanced, ada macam-macam topik dalam industri yang agak in-depth jugak. Yang bawah tu macam yang boleh dibaca, bertajuk IPO. Dan nampaknya banyak IPO dikaji juga sampai yang latest. Boleh pergi ke link tadi untuk list penuh.

Nak guna tak perlu bayar

Oh, satu benda yang lupa sebut dari awal adalah tool ni boleh digunakan dengan percuma. Ya, free je nak guna. Dan dah jadi standard practice jugak lah, ada yang free, ada yang premium. Tapi yang premium ni pun takde bayar jugak, buat akaun CDS je.

Kesimpulan

iSaham ni boleh dikatakan one-stop tool untuk pelaburan. Ada banyak lagi feature macam harga minyak, harga emas dekat page ni. Cuma tak disebut sebab nanti jadi panjang. Memang recommended sangat guna iSaham ni. So sebagai kesimpulan, iSaham ni tawarkan macam-macam tool untuk pelaburan. Boleh dikatakan complete untuk kegunaan pelaburan harian.

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram