Isu hukum Forex, selalu menjadi topik hangat antara pelabur hinggakan kita lihat masing masing berhujah di wall facebook . Ada yang memaki hamun , ada yang playing victim dan sebagainya. Ini merupakan kupasan pandangan mengenai isu Forex ini.
Jika artikel ini mengguris hati pembaca , terlebih dahulu kami mohon maaf . Sebelum itu , kita harus mengenali dahulu setiap instrumen yang kita dagangkan . Dalam hal ini, kita sentuh mengenai FOREX iaitu tukaran matawang asing.
Para pedagang Forex mengambil keuntungan dari hasil jual beli matawang di pasaran. Ada (2) golongan yang selalu bertelagah mengenai isu hukum Forex ini, kita mulakan dengan mereka yang mengatakan Forex ini hukumnya halal terlebih dahulu.
Majoriti mereka mereka akan berhujah:
#1- Hukum haram jika trade secara sembrono atau membabi buta sahaja.
#2- Haram jika menggunakan akaun ada fungsi swap
#3- Bank pun menggunakan FOREX untuk urusan bisnes dan pelaburan.
Ini video yang menjadi hujah mereka apabila ditohmah.
Tonton Video Rujukan Di Youtube : Hukum Forex Dari Pakar & Ulama’
Pada masa yang sama, ada satu lagi golongan yang dilihat terlalu anti kepada FOREX trading. Selalunya mereka akan menampilkan hujah di bawah. Menurut hukum, akad urus niaga haruslah:
a- Ditukar (serah dan terima) dalam waktu yang sama ia disebut dalam hadis sebagai “yadan bi yadin”. Dalam bahasa Inggerisnya adalah “on the spot basis”. Ia datang banyak hadis antara yang paling utama adalah :’
الذهب بالذهب , والفضة بالفضة , والبر بالبر , والشعير بالشعير , والتمر بالتمر , والملح بالملح , مثلاً بمثل , سواء بسواء , يداً بيد , فإذا اختلفت هذه الأصناف فبيعوا كيف شئتم
Ertinya : Emas dengan Emas ( ditukar atau diniagakan) , perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus ( pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual-belilah kamu sebagaimana yang disukai” ( Riwayat Muslim, no 4039 no hadith , 11/9 ) .
b- Nabi bersabda :-
فإن رَسُولَ اللَّهِ قال الْوَرِقُ بِالذَّهَبِ رِبًا إلا هَاءَ وَهَاءَ
Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berkata : Pertukaran antara perak dan emas adalah riba kecuali jika ia dilakukan secara serentak (serah terima dalam satu masa)” (Riwayat Muslim, no 1586, 3/1209)
c- Manakala pembelian secara hutang dari salah satu antara dua pihak adalah haram berdasarkan hadis :-
نهى رسول اللَّهِ عن بَيْعِ الذَّهَبِ بِالْوَرِقِ دَيْنًا
Ertinya : “Rasulullah s.a.w melarang dari menjual emas dan perak secara berhutang”( Riwayat Al-Bukhari, no 2070, 2/762)
Hadis-hadis di atas menyebut perihal displin Islam dalam pertukaran emas dan perak. Untuk informasi, ulama bersepakat bahawa matawang (bank note) juga adalah sama displinnya dengan emas dan perak disebabkankan nilai dan fungsinya sebagai ‘medium of exchange’. Justeru setiap displin dan syarat transaksi yang melibatkan emas dan perak juga TERPAKAI pada urusan transaksi matwang. Demikian keputusan Majlis Fiqh Antrabangsa dan juga Majlis Kewangan Islam Antarabangsa di bawah AAOIFI.
FOREX dalam matawang yang diuruskan oleh syarikat konvensional sudah pasti tidak akan menjaga syarat ini kerana kebanyakan FOREX yang dijalankan oleh institusi Konvensional adalah ‘Forward FOREX’ atau Forex yang menggunakan ‘Value forward’ (nilai masa hadapan) yang tergolong dalam Riba Nasiah. Mereka juga kerap menggunakan SWAP, Options dan lain-lain instrument yang tidak halal di sisi Shariah.
Instrumen-instrumen tadi tidak memenuhi syarat Islam iaitu serah terima atau disebut “qabadh” dalam Islam secara benar “hakiki” atau “hukmi” pada waktu yang sama. Masalah dalam implementasi FOREX adalah bertangguh dalam penyerahan dari kedua-dua pihak. Tatkala itu aqad menjadi batal (Radd al-Muhtar ala ad-durr, 4/531).
Pada masa yang sama terdapat beberapa rujukan video yang boleh kita rujuk berkaitan hukum.
#1- Hukum Forex Dari Ustaz Zaharuddin
#3- Hukum Forex Dari Wakil Maybank.
Semoga dengan diskusi ringkas ini mampu memberikan anda pencerahan tentang FOREX trading. Terima atau tidak, terpulang kepada anda. Tepuk dadah sudah tentu tanya iman, keputusan di tangan anda.
Baca: Bagaimana Jim Rogers Membina Kekayaan Sambil Mengembara Dunia Menaiki Motorsikal
Sumber Asal:
1. HalalMoney
3. MajalahLabur