2018-12-11

Bermula Dari Idea Bisnes Internet-Based, Kini Alibaba Group Bernilai Lebih $350Billion Dan Jack Ma Menjadi Lelaki Terkaya di China


Jack Ma dilaporkan memiliki kekayaan $34.5 Billion selaku lelaki yang terkaya di China pada waktu ini. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang sederhana ketika zaman communism.

Tanpa sebarang kenalan dalam perniagaan dan kekayaan, Jack Ma percaya cara untuk maju dalam kehidupan cuma melalui pendidikan malangnya beliau gagal menduduki peperiksaan sebanyak dua kali. Akhirnya kali ke-3 beliau lulus peperiksaan dan melanjutkan pelajaran ke Hangzhou Teachers Institute.

Ditanya kepada beliau dalam satu forum economy, Jack Ma pernah mendedahkan permohonan beliau ke Harvard ditolak sebanyak 10 kali dan sempat beliau kongsikan pengalaman bagaimana sukarnya hidup beliau hinggakan KFC pun pernah menolak beliau bekerja untuk jawatan yang rendah.

Ramai yang tertanya tanya, adakah syarat untuk membangunkan syarikat teknologi ini harus mempunyai pengalaman coding atau tidak. Bergantung atas keadaan sebenarnya, Jack Ma sendiri tidak mempunyai kepakaran coding tetapi beliau mendapat idea mendirikan bisnes internet apabila mencari "beer" di internet tetapi tiada dalam carian.

Sejak itu Jack Ma sangat berminat terhadap bisnes internet-based. Sebelum berjaya dengan Alibaba, Jack Ma telahpun mendirikan 2 bisnes tetapi gagal. 4 tahun kemudian, Jack Ma mengumpulkan semua kenalannya seramai 17 orang untuk pitch idea “Alibaba” di sebuah apartment.

Business Model Alibaba cumalah marketplace dimana pelanggan boleh membeli barangan yang disenaraikan secara online. Dari mana dapat nama Alibaba, kata beliau dari kisah “Alibaba & 40 Penyamun”.

jack ma
Credit : Bajiwoa Studio

Hujung tahun 1999, Alibaba mendapat suntikan dana $5Juta dari Goldman Sachs dan $20juta dari Softbank. Dari situ, Alibaba mula mengembangkan sayap dengan memulakan Taobao untuk menjadi pesaing hebat Ebay. Tahun 2005, Yahoo pula membeli pegangan saham Alibaba 40% bernilai $1Billion.

Baca : Masayoshi Son Pemilik Softbank Yang Memburu Unicorn Startup

9 tahun kemudian, saham Alibaba went public di NYSE dengan harga $68/unit dan pada hari ini saham Alibaba bernilai $168/unit. Market cap Alibaba pula berjumlah $392.53B, lebih tinggi dari nilai Ebay, Twitter dan Linkedin apabila digabungkan.

Dilaporkan pada tahun ini, Jackma telah pun meletakkan jawatan sebagai CEO AliBaba Group dan jawatan tersebut diserahkan kepada mereka yang lebih muda dan berkaliber iaitu Daniel Zhang. Ini membuktikan Jack Ma seorang yang “Walk The Talk”.

Apa Nasihat Jack Ma kepada Orang Muda.

Beliau berkata," Apabila kita berusia 20-30 tahun,ikutlah boss yang betul dan duduk dalam syarikat yang bagus untuk belajar perkara yang betul. Apabila naik ke usia 30-40, jika kita mahu lakukan sesuatu,lakukanlah sebab kita masih boleh bekerja jika gagal.

Umur 40-50 tahun , lakukan perkara yang kita mahir sahaja dan apabila usia lebih 50tahun, kita patut bersama keluarga dan beristirahat dengan cucu serta melabur pada orang muda yang berkebolehan."

Jika dilihat perancangan hari ini, beliau bersama Alibaba meneroka beberapa bidang 'future potential' sebagai contoh Cloud Computing, Fintech, dan banyak lagi. Semoga kisah Jack Ma dan Alibaba Group menjadi inspirasi kepada usahawan internet di Malaysia pada hari ini.

Kongsikan artikel ini kepada rakan rakan anda yang merupakan fans tegar Jack Ma & Alibaba Group.


Baca : 5 Port Pelaburan Terbaik Yang Mungkin Kita Terlepas Pandang