Kronologi Jeff Bezos Menjadi Lelaki Terkaya Di Dunia & 4 Nasihat Mahal Beliau Bagi Pemilik Perniagaan

Jeff Bezos atau nama penuhnya Jeffrey Preston Bezos memulakan bisnes pada usia 30 tahun. Sebelum bermula dari garaj, beliau memulakan kerjaya di Wall Street selepas keluar dari kolej. Setelah keluar dari dunia kewangan, beliau bermula dengan impian beliau sendiri di United States.

Bagaimana Amazon Bermula

Jeff Bezos Amazon
Credit: CBNC

Idea memulakan perniagaan dalam talian menjadi pilihan setelah mendapat laporan mendapati penggunaan web mengalami kadar pertumbuhan yang ketara pada waktu itu sekitar 2300%. Dari itu bermula hasrat beliau membina kedai buku online dengan mengandungi jutaan naskhah buku di dalamnya

Ditambah pula dengan pendirian Bezos yang berkata, “Saya tidak mahu pada usia 80tahun nanti saya menyesali apa yang tidak saya lakukan pada masa muda.” Peringkat permulaan pada tahun 1994, Amazon cuma mampu mencatat jualan $20,000 seminggu kemudian Amazon berkembang secara agresif dengan melakukan pelbagai acquisition pada 3 tahun berikutnya.

Jika kita katakan Bezos bermula secara minimal, itu benar. Sebab itu, orang terawal yang melaburkan wang dalam bisnes ini adalah keluarga Bezos sendiri. Beliau telah mengingatkan kepada keluarganya yang wang pelaburan ini boleh hangus bila bila masa sahaja memandangkan bisnes mempunyai risiko tersendiri.

Kemudian Bezos mendapat dana $8M daripada Kleiner Perkins Caufield & Byers pada tahun 1997. Secara kasar, kita boleh katakana pelaburan mereka yang terawal ini sudah pun memberikan pulangan lebih dari 5000%. Tahun berikutnya, Amazon telah pun disenaraikan di Nasdaq pada harga $18 per unit dan semakin berkembang hingga namanya terkenal pada hari ini.

Berikut adalah senarai syarikat yang telah diambil alih oleh Amazon:

amazon jeff bezos
Credit: Medium

1998: PlanetAll, Junglee, Bookpages.co.uk (later became Amazon UK).1999: Internet Movie Database (IMDb), Alexa, Accept.com, and Exchange.com

2003: CDNow Defunct

2004: Joyo.com, an e-commerce site in China.

2005: BookSurge, Mobipocket.com, and CreateSpace.com.

2006: Shopbop, a women’s luxury retailer.

2007: DPReview.com and Brilliance Audio.

2008: Audible.com, Fabric.com, Box Office Mojo, AbeBooks, Shelfari, and Reflexive Entertainment.

2009: Zappos,  Lexcycle, SnapTell,  Stanza (Kindle Rival).

2010: Touchco., Woot, Quidsi, BuyVIP, and Amie Street.

2010: Toby Press

2011: LoveFilm, The Book Depository, Pushbutton, and Yap

2012: Kiva Systems, Teachstreet, and Evi

2013: IVONA Software, GoodReads, and Liquavista

2014: Double Helix Games, comiXology & Twitch

2015: Annapurna Labs, 2lemetry, ClusterK, Cloud Technology, Shoefitr, Safaba Translation Systems, Elemental Technologies, Oregon, AppThwack.

2016: NICE, Curse, Inc. Biba Systems, Cloud9 IDE, Emvantage Payments Pvt. Ltd.

2017: Harvest.ai, Thinkbox Software, Do.com, Souq.com, Whole Foods Market, GameSparks, Graphiq, Wing.ae, Body Labs, Goo Technologies, Blink Home

2018: Ring, PillPack, Tapzo, Sqrrl, OpenSCG

4 NASIHAT DARI ORANG TERKAYA DI DUNIA

Ini beberapa nasihat dari orang yang terkaya di dunia yang boleh kita pelajari. Walaupun perjalanan kehidupan setiap orang pasti berbeza tetapi nilai yang baik wajar kita ambil sebagai pedoman.

jeff bezos
Credit: The Verge

#1 Lakukan kajian yang mendalam mengenai sesuatu pasaran

Pada awal terbinanya Amazon, Bezos telah melakukan kajian terperinci mengenai pasaran. Berdasarkan laporan penggunaan internet, beliau memang yakin dan pasti,kekayaan dunia terletak di internet. Dari situ bermulanya Amazon.

Pada hari ini, Bezos melihat masa depan dunia lebih tertumpu ke arah Artificial Intelligence(AI), Blockchain, Cloud Computing dan eksplorasi ke angkasa lepas, beliau telah meneroka bidang masa depan ini dengan menubuhkan syarikat baru atau acquire terus syarikat yang berpotensi.

#2 Percaya kepada diri sendiri

Ramai orang yang mengadu hidup susah dan sebagainya. Jika ianya dijadikan alasan, maka tiadalah Amazon pada hari ini. Perniagaan Amazon sangat tidak seksi pada awalnya kerana bermula dari garaj. Akan tetapi dengan nekad dan keyakinan yang tinggi, akhirnya hari ini Bezos mempunyai nilai kekayaan bersih US$137.6 billion

#3 Mempunyai visi masa depan yang jelas

“Seorang usahawan harus degil dan tidak berputus asa dengan visi nya sendiri. Jika kita give up, segala eksperimen dan kerja kita hanyalah sia sia. Dengan degil sahaja kita boleh menawan dunia.”

Dari ucapan Bezos, tidak hairan mengapa beliau mampu menjadi manusia terkaya di Bumi ketika ini. Mungkin dari sini, kita boleh belajar untuk bulatkan tekad dan terus berusaha gigih dalam kehidupan.

#4 Berikan Value Terbaik Untuk Pelanggan

Kaedah pemasaran mouth to mouth sangatlah berkesan, dengan cara menjaga customer kita, mereka akan bercakap di mana sahaja dan akan mencadangkan bisnes kita kepada orang lain.

Benar. Sebenarnya kita bergerak atas suggestion atau referral orang lain. Sebagai contoh, jika kita mahu kahwin, kita akan tanya kawan terdekat “Siapa ya photographer kahwin yang bagus?” Dari situ kita membuat penilaian, kemudian barulah kita cari di Google. Kesimpulannya, jagalah pelanggan anda sebaik mungkin.

Oh ya persoalan yang timbul nanti, siapa yang akan mendominasi dunia?

A)Amazon

B) Alibaba

Semoga artikel mengenai Amazon dan Nasihat Bezos ini memberikan kita sedikit input dan boleh digunapakai dalam perniagaan masing masing.

Terus menyokong kami dengan kongsikan artikel di INVESTORMY.

(Visited 227 times, 1 visits today)
DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA
TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA

TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

Isi Maklumat Di Sini dan Anda Akan Menerima Emel Balas Automatik Sebentar Lagi

You have Successfully Subscribed!