Jesse Livermore : Pelabur Saham Terulung 70-an

Jesse Livermore tidak dinafikan lagi merupakan salah seorang daripada pelabur saham Amerika Syarikat yang tidak akan dilupakan. Semasa abad ke-20, Livermore telah mengaut keuntungan dan mengalami kerugian berjuta-juta dalam pasaran saham.

Sebuah buku bertajuk “Reminiscences of a Stock Operator” ditulis oleh Edwin Lefevre, yang ditulis dalam bentuk fiskyen diadaptasi daripada perjalanan hidup Livermore yang bermula daripada seorang bucketeer kecil sehingga menjadi seorang trader saham yang sangat dikenali dalam dunia pelaburan dan trading di sana. Tidak pernah lekang namanya daripada individu-individu Wall Street.

reminiscences of a stock operator
Reminiscences of a Stock Operator

Dalam buku tersebut, pada cetakan terbaru, Willim O’neil, pengasas Investor’s Business Daily menulis “Pengalaman saya sepanjang 45 tahun dalam bisnes dan pelaburan, hanya 10 hingga 12 buku sahaja yang mempunyai nilai pelabur dan trader sebenar dan buku Reminiscences of Stock Operator adalah salah satu daripadanya”.

Hari ini, di laman Twitter terdapat 1 akaun yang menggunakan nama Livermore sebagai username dengan memberi ilmu pengetahuan dan nasihat ke atas pasaran yang baik dan bernas.

Pun begitu, Livermore sendiri juga telah memberi nasihat ke atas pasaran, yang masih relevan sehingga hari ini. Pada tahun 2013, Raymod James yang merupakan strategist kepada Jeff Saut menulis “Beberapa tahun dahulu saya mengkaji taktik Jesse Livermore bersama beberapa orang operator pasaran saham dan mendapati strategi yang digunakan olehnya masih lagi berguna walaupun sudah berlalu berdekad lalu.”

Dalam penulisan tersebut, ditulis sebanyak 21 trading rules yang dinyatakan pada tahun 1940 namun artikel ini memudahkannya menjadi 19.

Setelah 70 tahun berlalu, rules yang dikatakan masih berkesan adalah seperti berikut :

  1. Tiada benda baru dalam bisnes pelaburan dan ia adalah 1 bisnes evergreen.
  2. Keuntungan tidak dibuat setiap hari atau setiap minggu pada setiap tahun, ia adalah subjektif.
  3. Jangan percayakan pendapat sendiri melainkan jika disokong oleh analisa dan pergerakan pasaran.
  4. Market tidak pernah salah – yang salah hanyalah pendapat/analisa.
  5. Real Money dibuat dengan petunjuk yang berat kepada keuntungan pada awal lagi.
  6. Selagi pasaran masih pada fasa yang menguntungkan, jangan gelabah untuk take profit.
  7. Jangan jadikan spekulasi sebagai pelaburan.
  8. Kerugian yang dialami oleh pelabur sebenar tidak terlalu besar berbanding mereka yang acah-acah pelabur.
  9. Hati-hati ketika membeli saham yang mengalami penurunan mendadak.
  10. Jangan terlalu gopoh menjual saham kerana ia sudah berada pada paras tertinggi.
  11. Saham biasanya dibeli pada harga melepas tinggi sebelum dengan pergerakan yang normal, bukan mengejut.
  12. Naluri manusia seseorang adalah musuh utama seorang pelabur mahupun trader.
  13. Berhenti berharap dengan keuntungan.
  14. Pergerakan besar memerlukan masa yang panjang untuk berlaku.
  15. Elakkan daripada terlalu rasa ingin tahu sebab di setiap sebalik pergerakan harga.
  16. Lebih mudah untuk melihat sedikit daripada banyak kaunter saham.
  17. Pemimpin hari ini mungkin bukan lagi pemimpin 2 tahun akan datang
  18. Jangan terlalu cepat membuat andaian bullish / bearish sepernuhnya pada pasaran hanya kerana beberapa saham bergerak ke arah tersebut.
  19. Jauhi tips / signal kerana ramai yang tidak meraih keuntungan sebenar daripda tips mahupun signal. Jika semudah itu untuk dapatkan keuntungan, pasti ramai yang sudah kaya.
Livermore dan keluarga
Livermore dan keluarga

Daripada 19 trading rules Livermore ini, kita boleh lihat ada rules yang bertentangan antara satu sama lain dan ada rules yang seakan mengulangi. Tipsnya adalah, lihat trading ini sebagai satu perkara yang subjektif, dan kita wajib menjadi seorang pelabur atau trader yang fleksibel untuk berada lama dalam dunia pelaburan dan trading ini.

Cuba: [QUIZ]BUKU APA YANG SESUAI UNTUK ANDA

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram