Jika Anda Seorang Pelabur, Anda Pasti Setuju Dengan Surat Jeff Bezos Ini!

Siapakah Jeff Bezos?

Jeff Bezos merupakan CEO dan pengasas syarikat Amazon, pemilik Amazon.com. Jeff Bezos memegang hampir 17% saham dalam Amazon dan saham Amazon dilihat sedang mendaki naik dengan cepat disebabkan produk terbaru mereka, Amazon Web Services mendapat sambutan yang sangat baik.

Pada tahun 2016 semasa mesyuarat pemegang saham, Jeff Bezos memberitahu para pelabur bahawa Amazon ialah syarikat yang paling laju mencapai jumlah jualan sebanyak $100 billion pada tahun 2015.

Jeff Bezos merupakan anak kepada imigran Cuba. Jeff Bezos meletakkan jawatan kerjanya yang sangat tinggi gajinya untuk menjual buku. Bermula dengan buku, hari ini Amazon menjual hampir semua produk yang digunakan oleh orang awam.

Amazon, salah satu syarikat terbesar di Amerika Syarikat sebenarnya tidak meraih keuntungan yang besar sepanjang berdirinya syarikat yang diasaskan oleh Jeff Bezos.

Ya, apa yang anda baca adalah fakta berdasarkan carta tetapi tidak dinafikan, Jeff Bezos bermula dari garaj kereta mengasaskan Amazon adalah seorang yang brilliant.

Minggu lalu, Jeff Bezos berjaya mengiktiraf dirinya sebagai orang terkaya di dunia dengan net worth berjumlah $90 billiom, menewaskan Bill Gates. Bayangkan Amazon, syarikat 20 tahun menjadi salah satu syarikat terbesar di Amerika Syarikat tanpa keuntungan yang positif. Menghairankan bukan?

Amazon

Pengguna Amazon telah mencecah 110 juta pelanggan aktif dan jumlah jualan Amazon tidak menurun dan dilihat sebagai mesin keuntungan yang akan meningkat keuntungan bersih mereka.

Jumlah jualan setahun syarikat Amazon mencecah $100 billion tetapi keuntungan bersih hanyalah $2.371 billion (data 2015) namun masih tidak menggentarkan pelabur-pelabur besar.

Jadi macam mana sebenarnya Jeff Bezos lakukannya dan masih lagi mampu bertahan sehingga sekarang, malah para pelabur tidak sekali gentar untuk terus melabur dalam syarikat ini?

Surat Kepada Pelabur

Dalam temuramah bersama Jeff semasa 2011, Jeff bercerita tentang surat pertama kepada pemegang saham syarikat pada tahun 1997 yang bertajuk, “Semuanya tentang jangka masa panjang”.

Isi surat tersebut adalah seperti berikut :

Jika apa yang anda lakukan adalah untuk tempoh tiga tahu, maka anda akan bersaing dengan jumlah pesaing yang ramai. Tetapi jika anda mahu melabur untuk jangka masa panjang, lebih kurang 7 tahun, maka anda hanya akan bersaing dengan sebilangan sahaja daripada pesaing-pesaing tadi. Dan percayalah, tidak banyak syarikat yang mahu menuju ke arah yang sama. Dengan memanjangkan tempoh masa kita, pesaing kita tidak ramai, dan kita boleh berada di hadapan. Di Amazon, pilihan projection kami adalah lima hingg tujuh tahun. Bayangkan pokok besar yang kami mahukan, kami sedang tanam benih tersebut dan kami akan usahakan sehingga pokok itu membesar dengan baik.

Jadikan Masa Kawan Baik Anda

Strategi Jeff Bezos ini boleh digunapakai oleh semua pelabur dan hampir dalam semua portfolio. Sebagai pelabur, ketahuilah yang masa merupakan salah satu faktor yang menentukan kejayaan anda.

Semakin anda sabar dengan pelaburan yang dipilih, semakin tinggi peluang anda untuk melihat pelaburan itu berjaya. Tidak ramai pelabur yang sanggup melabur selama 5 hingga 7 tahun. Pada permulaan mungkin ada yang mula melihat peluang ini, namun tidak sedikit yang berhenti pada tahun ketiga atau keempat.

Wall Street

Penting untuk anda, sama ada pelabur baru atau lama, untuk belajar dan faham bagaimana pelabur-pelabur besar Amerika Syarikat berada dalam game ini dengan jumlah keuntungan yang sangat tinggi. Pemilihan syarikat penting dan projection syarikat juga sangat penting. Bayangkan anda memiliki syarikat tersebut, adakah anda mahu syarikat tersebut semakin berkembang atau menguncup?

Simpan jawapan anda dan jadikannya sebagai benchmark ketika anda mahu melabur dalam mana-mana syarikat. Jadilah pelabur bijak!

Baca: 5 POINT PENTING DALAM BELAJAR SAHAM

[sociallocker id=”1520″][/sociallocker]

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram