Jim Rogers, Adventure Capitalist Yang Merentas Dunia Menaiki Motorsikal Hingga Pecah Book of World Record

Selain Druckenmiller, Jim Rogers atau nama sebenar beliau James Beeland Rogers merupakan rakan kongsi George Soros dalam Quantum Fund selaku Co-Founder. Bagi sesiapa yang tidak mengenali Jim Rogers, beliau juga merupakan ahli perniagaan (Pengerusi Rogers Holding dan Beeland Interests Inc) yang beroperasi dari Singapore.

Jim Rogers memulakan kerjaya dalam bidang kewangan sekitar tahun 1964, tahun pertama beliau belajar mengenai saham dan bond. Dari tahun 1966 ke 1968, Rogers menyertai servis sebagai askar sewaktu Perang Vietnam.

Pada tahun 1970, Roger menyertai Bank pelaburan Arnhold & S.Bleichroder di mana bermulalah pertemuan dan persahabatan beliau dengan George Soros. 3 tahun kemudian, mereka berdua menubuhkan Quantum Fund dan rekod selama 10 tahun, Quantum Fund untung 4200% berbanding S&P yang hanya gain 47%.

Credit: Investing

Rogers mencari masa rehat beliau selepas 1980, dengan menumpukan kepada minat iaitu menunggang motorsikal seluruh dunia. Waktu yang sama, Rogers dilantik sebagai professor di Colombia Business School.

Tahun 1989-1990 : Rogers merupakan celebrity televisyen dalam rancangan Profit Motive with Jim Rogers. 2 tahun selepas itu, Jim Rogers sekali lagi menunggang motorsikal ke China sejauh 160,000 kilometer seterusnya tercatat dalam Guiness Book of World Records. Beliau menceritakan hal perjalanannya dalam buku “Investment Biker”. Tahun 2002, Rogers memecahkan rekod apabila merentas 116 negara, 245,000 kilometer menaiki Mercedes yang telah dicustom-made. Hal ini ditulis dalam buku “Adventure Capitalist”.

Kini, Rogers menetap di Singapore kerana pada hemat beliau pasaran Asia sangat berpotensi untuk membangun. Oleh kerana itu, Rogers menjual mansion di New York City pada harga $16juta dan berpindah ke Singapore. Sewaktu Rogers melawat China, beliau nampak yang warga di sana sangat bermotivasi dan ingin melihat situasi ini berlaku di America dan Eropah. Malangnya beliau tidak berpindah ke China berikutan kualiti udara di tahap yang kurang memberangsangkan, risau nanti berpotensi dijangkiti penyakit.

jim rogers
Credit: Wealth Record

Apa Pesanan Beliau Pada Anak Muda

Jim Rogers selalu menyampaikan ucapan di universiti terkemuka dunia antaranya Oxford. Beliau berpesan,

#1- Focus Pada Sektor Komoditi Pertanian.

Rogers sangat menggesa supaya generasi akan datang mendalami ilmu pertanian dan perlombongan. Bagi beliau, tumpuan dunia sudah pun beralih ke industry tersebut bukan lagi bidang kewangan.

Dalam temubual bersama Forbes, Rogers mengatakan orang yang menguasai sektor ini akan kaya satu hari nanti. Jadi jangan pandang rendah kepada mereka yang memandu traktor dan sebagainya.

#2- Bidang Kewangan Bukanlah Bidang Terbaik

Jim Rogers dalam temubualnya yang lain menyebut suatu hari nanti, brokers kan memandu teksi akibat distruption oleh dunia. Pada waktu yang sama, Rogers berpendapat selepas ini, “Bear Market’ akan kembali dan menjadi igaun ngeri buat masyakat dunia.

Walaupun pendapat ini datang dari seorang yang mempunyai networth $300juta, namun kita lihat dari sudut yang berbeza, yang baik patut dicontohi, yang was-was kita boleh abaikan. Jadi jika anda seorang yang kaya, pergilah mengembara seperti seorang Jim Rogers.

Baca: SideKick George Soros DruckenMiller Yang Gila

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram