Kisah Lagenda Sir John Templeton Membuat Untung 4 kali Ganda Pada Waktu Great Depression Dengan Pelaburan Serendah $10,400

Jika anda seorang pelabur, sudah lali kita dengar nama Warren Buffet. Tetapi pada masa yang sama tak ramai bercerita tentang seorang bargain hunter yang berasal dari Tennessee iaitu John Templeton. Sir John dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin tetapi beliau mempunyai kepintaran yang luar biasa. Ditawarkan ke Yale University dan menamatkan ijazah dalam ekonomi dengan cemerlang pada tahun 1934.

Kemudian Sir John Templeton menyambung sarjana dalam undang undang di Oxford dan tamat pada 1936, bekerja sebagai trainee di Fenner & Beane terletak di New York City. Tak lupa juga, Sir John merupakan seorang salah seorang pemegang CFA (Chartered Financial Analyst) di dunia.

john templeton
Credit: Templeton Foundation

Beliau percaya yang Value Investing adalah lifestyle yang patut diamalkan. Sewaktu mula mula berkeluarga dengan isteri iaitu Judith Folk, pasangan ini menyimpan 50% daripada pendapatan setiap bulan dan membeli di pasaraya ketika diskaun yang betul betul menguntungkan sahaja. Pada tahun 1954, beliau menubuhkan Templeton Fund dan menjual fund management tersebut kepada Franklin Group. Menjelang usia 80tahun, Sir John disenaraikan sebagai ‘Rich List’ yang melabur dalam sector chemical, nuclear, electronic.

Prinsip Pelaburan Sir John Templeton, Greatest Global Investor All The Time.

Sewaktu Great Depression menimpa dunia, John Templeton melakukan bold move yang dilihat seakan gila tetapi sangat bijak. Beliau mencari semua saham yang didagangkan bawah nilai $1 dan terdapat 104 saham yang telah disenarapendek. Kemudian membeli kesemua 104 saham tersebut dengan bahagian sama rata iaitu $100 setiap syarikat. Jumlah pelaburan John Templeton waktu itu $10,400 dan tiba tiba 37 dari 104 saham itu bankrap.

John Templeton masih tenang dan 4 tahun kemudian $10,400 telah pun membawa keuntungan 4 kali ganda. Di sini, apa yang kita boleh belajar ialah semuanya berkaitan timing dan diversifikasi.

john templeton
Credit: Az Quote

Apakah Strategi Yang Digunakan Oleh Sir John Templeton

#1 – Kaji Dulu Saham Yang Ingin Dibeli

Ada beberapa metric pelaburan yang digunakan oleh Sir John Templeton yang diakui sangat berkesan dan relevan hingga hari ini. Contohnya, beliau cuma membeli saham yang mempunyai Price Earning (PE) bawah 10 sahaja. Mungkin jika anda baru tahu mengenai Price Earning (PE), ia adalah metric pelaburan di mana nilai saham syarikat dibahagi dengan jumlah perolehan setiap saham.

Selain PE ratio, Sir John melihat aspek yang lain seperti Price-CashFlow, EV metric, Price-Book untuk mendapatkan insight yang lebih mendalam tentang nilai sesebuah syarikat.

#2 – Beli Pada Harga Diskaun

John Templeton adalah seorang Value Investor yang menolak penuh Teknikal Analysis dan hanya menggunakan Fundamental Analysis. Beliau mencari nilai harga yang murah sebagaimana beliau lakukan sewaktu Great Depression dahulu. Walaupun begitu, bukan semua perkara yang dilakukan John Templeton wajib kita ikut, ianya hanyalah idealogi beliau sahaja. Ada orang selesa dengan teknikal analysis, ada orang selesa dengan fundamental analysis. Mana mana pun okay asalkan pelabur itu sendiri selesa.

#3 – Invest secara global

Mata John Templeton tidak tertumpu hanya kepada pasaran tempatan, beliau menerokai pasaran lain yang. Apa yang penting bagi beliau adalah valuation. Sebab itu, beliau juga melabur di pasaran Jepun yang dilihat ketika itu sangatlah berpotensi. Hasilnya pencapaian rekod Templeton Fund Group sangat memuaskan dan terbaik dalam abad ini. Secara purata, CAGR adalah 15-16% setahun dan pada kadar risiko yang terendah.

Semoga dengan sedikit kupasan mengenai Sir John Templeton ini mampu memberikan kita idea bagaimana menguruskan portfolio pelaburan. Jika artikel ini memberikan manfaat kepada anda, kongsikan dengan rakan rakan yang lain.

Baca: Mungkinkah Salah Seorang Keluarga Kardashians Akan Memecahkan Rekod Mark Zukerberg.

 

 

 

 

(Visited 85 times, 1 visits today)
DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA
TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA

TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

Isi Maklumat Di Sini dan Anda Akan Menerima Emel Balas Automatik Sebentar Lagi

You have Successfully Subscribed!