Capture

J&T Express- Perubahan Pasaran IPO dari Bursa Amerika ke Bursa Hong Kong

Pasaran rantau Asia Tenggara telah munculnya pelbagai syarikat penghantaran logistik dan perkhidmatan disebabkan berlakunya perningkatan permintaan pengguna terhadap barangan dalam talian (e-dagang). Pada bulan April yang lalu, J&T Express telah mempertimbangkan hasrat tawaran awam permulaan (IPO) di Amerika Syarikat. Namun pada penghujung bulan Ogos, J&T telah menukar hasrat menukar tawaran IPO dari Amerika Syarikat ke Hong Kong. Penyenaraian ini dijangka menghasilkan kira-kira Usd 1 bilion.

Perubahan berlaku

Menurut sumber dari Bloomberg, syarikat yang berpusat di Jakarta ini bakal menjalinkan kerjasama dengan Bank of America Corp, China International Capital Corp dan Morgan Stanley untuk membincangkan potensi penjualan saham pertama yang dijangka pada tahun hadapan.

J&T sebelum ini telah merancang untuk penyenaraian IPO di Amerika Syarikat pada suku keempat tahun ini, menurut Bloomberg yang melaporkan pada bulan April yang lalu. Pertukaran lokasi berkemungkinan disebabkan pihak berkuasa China telah menetapkan satu polisi untuk menjalankan pemantauan ketat terhadap syarikat dari China yang disenaraikan di Luar negara.

Perkhidmatan J&T yang ditawarkan di Vietnam

Walaupun J&T dimiliki dan diasakan dari Indonesia, namun majoriti pelabur mereka berpusat dari negara China. Malah J&T juga menjalankan pengoperasian syarikat logistik terbesar di sana. Tidak hairanlah, ia telah mencetus kebimbangan bagi pihak J&T disebabkan faktor kawalan dari Beijing.

Segala persediaan terperinci bagi penyenaraian di Hong Kong masih berada fasa permulaan. Butiran serta maklumat rancangan IPO syarikat J&T dari segi saiz syarikat dan tempoh masa masih belum ditetapkan. J&T juga menyatakan hasrat untuk penyenaraian semula di Amerika Syarikat selepas penyenaraian di Hong Kong berjaya.

Siapa sebenarnya J&T?

J&T merupakan syarikat logistik yang diasaskan pada tahun 2015 di Indonesia oleh Jet Lee dan Tony Chen ( bekas CEO syarikat telefon Oppo). Kemudian syarikat ini mula mengembangkan pasaran di negara rantau Asia Tenggara seperti Kemboja, China, Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand, Singapura dan Vietnam. Pengoperasian ini di beberapa buah negara melibatkan 350,000 jumlah pekerja.

Pengasas J&T Jet Lee

Pasaran perniagaan

Di negara China, J&T dikenali disebabkan polisi harga dan perluasan pasaran yang agresif yang telah memberikan cabaran kepada pesaing terdekat seperti SF Holding Co dan Ali Baba Group yang disokong oleh YTO Express Group Co. Menurut Bloomberg, pada bulan April yang lalu J&T telah dikenakan denda oleh pihak berkuasa di sebuah kawasan Zhenjiang disebabkan menjual pada bawah paras harga ditetapkan dan perlu menetapkan semula harga jualan tersebut.

Disebalik perang dagang antara Amerika Syarikat dan China telah memberi keraguan kepada J&T Express untuk bergabung dengan sejumlah syarikat yang pada awalnya disenaraikan di New York. Situasi ini bukan sahaja melibatkan syarikat J&T, malah beberapa buah syarikat yang lain. Syarikat Lalamove juga terpaksa menukar rancangan untuk disenaraikan di Amerika Syarikat ke Hong Kong pada bulan Julai. Selain itu, laman web e-dagang Xiaohongshu atau Little Red Book telah menangguhkan sementara untuk penyenaraian IPO di Amerika Syarikat.

Bloomberg juga menyatakan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat telah menetapkan syarat dengan meminta syarikat dari China yang ingin menyenaraikan IPO di luar negara China perlu mempunyai maklumat terperinci struktur korporat syarikat (variable interest entity corporate structures) yang digunakan syarikat tersebut.

Rujukan

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram