2019-08-19

Kadar Inflasi Tertinggi Di Dunia Mungkin Dimenangi Oleh Negara Ini


Jika sebelum ini, penulis kami pernah mencerita mengenai inflasi di artikel bertajuk Kenali Maksud Inflasi, kali ini penulis akan berkongsi tentang statistik negara yang mengalami masalah dengan kadar inflasi.

Kadar inflasi yang tinggi boleh menjejaskan prestasi ekonomi mana mana negara. Menurut laporan dari Statista, ada 3 buah negara yang kini mengalami kadar inflasi yang tinggi dan berpotensi memberikan impak kepada harga makanan dan kos sara hidup seharian.

Negara yang dimaksudkan adalah Iran, Turkey dan Nigeria.

Manakala negara yang mempunyai kadar inflasi rendah pula mempunyai masalah ekonomi yang lain pula. Inflasi yang rendah akan menyebabkan syarikat perniagaan kurang mengambil pekerja baru dan economic cycle tidak berlaku dengan baik. 

Kesan kadar inflasi yang rendah sama sahaja natijahnya dengan kadar inflasi yang tinggi.

Menurut World Bank, negara negara yang kini mengalami deflasi adalah Ecuador, Maldives, Rwanda, Burundi. Pada masa yang sama, inflasi di Venezuela sudah pun berada pada tahap yang sangat extreme (hyperinflasi).

Jadi apa pandangan anda mengenai inflasi? Jika anda ingin mengetahui kisah negara yang mengalami krisis ekonomi, boleh terus baca artikel di sini