Kaji Selidik Dari Ray Dalio Terhadap Elon Musk, Bill Gates & Reed Hastings Yang Sangat Mengejutkan

Ray Dalio merupakan seorang billionaire pemilik Bridgewater Associates yang menguruskan pelaburan bernilai billion dollar. Beliau telah mengeluarkan beberapa buah buku yang boleh dikatakan sangat berkualiti dan bagus kerana kandungan yang realistik.

Baru baru ini, Ray Dalio telah menjalankan sebuah kaji selidik mengenai persamaan pemikiran antara kapten dalam industry masing masing.

Pada tahun 2011, Dalio telah memulakan penyerahan kuasa memimpin kepada anak buah beliau dalam 7 tahun. Bridgewater kini menguruskan $150 Billion AUM (Asset Under Management) . Namun begitu, Ray Dalio mengatakan beliau amat risau jika suatu hari nanti tiada pengganti berkaliber yang mampu menggantikan kepimpinan beliau.

Secara amnya, semua calon sampel ini adalah seorang yang visionary, pemikir yang kendiri dan passionate dalam bidang masing masing. Yang jelas, mereka tidak akan membenarkan mana mana orang memberikan impak negatif terhadap visi mereka.

Ray Dalio menjalankan 1-hour personality test kepada beberapa kapten industri teknologi seperti Reed Hastings, Elon Musk dan Bill Gates.

Hasil dari kaji selidik akan digunakan beliau untuk melantik bakat baru dalam syarikat. Menurut Dalio, Bridgewater harus dipimpin oleh mereka yang mempunyai pemikiran yang meluas dan tidak tertumpu dalam satu satu perkara sahaja.

Dalio menggelarkan mereka ini adalah pembentuk sesebuah organisasi atau pun dipanggil ‘shapers’. Shapers pula mempunyai 2 jenis iaitu managers dan inventors.

Managers akan mengambil idea yang menarik kemudian memastikan ianya dijalankan dengan sempurna. Bagi inventors pula, mereka lebih memikirkan visi sendiri berbanding menukarkan idea tadi kepada perniagaan. Contohnya, Albert Einstein adalah inventors manakala Jack Welch dari General Electric adalah manager-type. Bill Gates, Elon Musk, Steve Jobs pula mempunyai DNA kedua-duanya.

Hasil daripada ujikaji terhadap Elon Musk, Bill Gates, Jack Dorsey dan Reed Hastings, apabila mereka diberi pilihan untuk menyenangkan hati orang lain atau mencapai matlamat sendiri, jawapan mereka adalah 100% mencapai matlamat sendiri.

Ini bermakna majoriti mereka tidak kisah apa yang berlaku terhadap orang sekeliling. Akan tetapi, mereka didapati mampu memberikan fokus maksima terhadap sesuati perkara pada satu masa hingga tiada perkara lain boleh menjejaskan visi mereka sendiri.

Jelas, kaji selidik ini memberikan kita informasi bahawasanya penting bagi kita menyerahkan kuasa kepada mereka yang lebih kompeten seperti mana dilakukan oleh Ray Dalio. Malangnya bukan semua orang mampu berfikir seperti Ray Dalio.

Jika anda mahu mendapatkan penjelasan lebih lanjut, kami amat menggalakkan kalian semua membaca buku Ray Dalio iaitu Principles.

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram