thumbnail-kripto-2

Kehangatan Semula Pasaran Kripto

Fenomena pasaran kripto semakin hangat dibincangkan di laman sosial ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Peningkatan mendadak nilai kripto telah menarik ramai para pelabur untuk menceburi pasaran ini. Nilai kripto ada pelbagai seperti, bitcoin, cardano, ethereum, litecoin dan lain-lain. Persoalannya bagaimana nilai mata wang kripto telah mendapat sambutan semula, walhal begitu suram pada awal tahun lepas?

Mencapai paras tertinggi

Berdasarkan kajian teknikal nilai mata wang Kripto telah meningkat berlipat ganda berbanding pada tahun 2020. Peningkatan ini menyebabkan nilai Bitcoin mencapai ATH (all time high) dan mencapai nilai tertinggi USD 64,854 (RM 265,647). Selepas konsisten mencapai paras tertinggi pada bulan April, nilai bitcoin telah menjunam 50% dengan mencatatkan USD 30,002.

Tweet Elon Musk mempengaruhi

Selain terkenal dalam dunia industri automotif melalui syarikatnya Tesla, Elon Musk juga dikenali dalam dunia pasaran kripto. Setiap kali beliau tweet mengenai pasaran kripto di twitternya akan memberi kesan terhadap pergerakan nilai kripto. Misalnya, pada penghujung Januari Ketua Pegawai Eksekutif Tesla iaitu Elon Musk membuat tweet #bitcoin di twitter peribadinya. Kesannya nilai mata wang kripto Bitcoin telah meningkat sebanyak lebih 20 peratus kepada AS$38,566 (RM155,903). Elon Musk juga telah membeli AS$1.5 billion (RM6.09 billion) nilai bitcoin dan berhasrat menerima nilai mata wang tersebut sebagai pembelian kereta Tesla. Secara langsung, Tesla akan menjadi pemain industri pertama automotif menerima bitcoin sebagai kaedah pembayaran.

Selain itu, tanpa diduga nilai Bitcoin merosot sebanyak 14 peratus pada 23/2/2021. Penyusutan dikatakan disebabkan tweet yang dilakukan oleh Elon Musk pada 20/2/2021. Jika dilihat hampir ke setiap bulan, pastinya ada tweet Elon Musk mengenai kripto dalam twitter peribadinya.

Namun, pada bulan Mei Tesla telah memberhentikan penerimaan bayaran melalui nilai Bitcoin sebagai transaksi jual beli kenderaan. Pemberhentian ini disebabkan Bitcoin didapati akan meningkatkan penggunaan tenaga elektrik. Tesla tidak akan menjual pegangan Bitcoin, sebaliknya akan mencari wang kripto lain yang menggunakan tenaga kurang daripada 1%.

Masalah di Malaysia

Disebalik kerancakan peningkatan nilai kripto, lain pulak berlakunya di Malaysia. Isu kecurian elektrik bagi kegiatan melombong mata wang kripto bitcoin semakin berleluasa serta menyebabkan Tenaga Nasional Berhad mengalami kerugian berjuta-juta ringgit setiap tahun. Apa yang musykilnya salah satu kes yang berlaku, suspek hanya membayar duit elektrik sebanyak RM10 sebulan selepas membuat penyambungan haram.

Demi menjadi “jutawan kripto” segera, golongan ni sanggup mencuri untuk memastikan mesin perlombongan digital beroperasi 24 jam. Adakah tindakan ini berbaloi?. Secara teorinya semakih banyak mesin melombong bitcoin digunapakai, semakin tinggi ganjaran diperolehi dan lebih tinggi kos bekalan elektrik yang diperlukan.

Gambar: hmetro.com

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram