dejoria

Kenali John Paul Gelandangan Yang Memiliki Kekayaan Billion Dollar

Siapa sangka seorang gelandangan homeless yang tinggal dalam kereta telah berubah hidupnya menjadi seorang Billionaire. Percaya atau tidak, itulah John Paul DeJoria, pemilik syarikat penjagaan rambut John Paul Mithcell Systems dan Patron Spirit. Lelaki berusia 73 tahun ini dilaporkan Forbes memiliki $3.1 Billion.

John Paul bermula dengan menjadi jurujual salesman menjual syampu bersama Paul Mithcell pada tahun 1980 dan mereka menjadi modal asal $700 menjadi syarikat penjagaan rambut paling untung di dunia buat masa ini. Ketika kecil, John Paul pernah dipesan oleh ibu beliau, ‘seandainya kita berasa susah dan tiada keberuntungan, lihatlah mereka yang lebih susah dari kita’

Sedar atau tidak, hari ini syarikat beliau menjana keuntungan sebanyak $1billion dan perniagaan tequila beliau di Mexico menjana keuntungan billion dollar. Apa yang ibu beliau pesan suatu ketika dulu amat dekat di hati John Paul. Sayangnya, rakan niaga beliau iaitu Mitchell meniaga dunia setahun lepas mereka mencapai segala-galanya. Walaubagaimanapun, Dejoria tidak mengukur kejayaan berdasarkan nilai wang dan harta benda. Sebaliknya, beliau mengatakan bahawasanya mendirikan bisnes bukan semata-mata wang tetapi ianya lebih kepada berapa berapa banyak yang boleh kita sumbangkan kepada masyarakat sekeliling.

Billionaire tersebut salah seorang penyumbang dana untuk Bill Gate & Warren Buffet pledge dimana penderma bersetuju untuk mendermakan separuh kekayaan kepada penerima. Tak cukup dengan itu, John Paul menubuhkan JP Peace Love & Happiness Foundation sebagai tempat beliau memberikan bantuan kepada masyarakat umum. Melalui pertubuhan beliau, jutaan dollar telah disumbangkan ke 160 badan kebajikan di seluruh dunia bagi membela mereka yang tidak bernasib baik.

Ini antara bait pesanan beliau kepada orang ramai di luar sana.

#1- Bersedia untuk menerima penolakan

Masuk sahaja dalam bisnes terutamanya bidang jualan, sudah pasti kita bersahabat karib dengan penolakan. Dejoria menceitakan pengalaman beliau menjadi jurujual pintu ke pintu. Untuk berjaya, kita harus yakin dengan tekan sendiri dan anggaplah pintu ke-59 itu pintu pertama selagi tidak berhasil. Penolakan tidak menjadikan kita teruk bahkan ianya menjadikan kita semakin bagus dan matang.

#2- Berikan servis/produk yang paling baik pernah ada

Antara perkara yang Dejoria titikberatkan dalam syarikat beliau adalah penghasilan produk yang bertaraf dunia dan mempunyai kemungkinan ‘repeat sales’ yang tinggi dari pelanggan. Dengan cara itu sahaja kata beliau, syarikat boleh bersaing dan menghasilkan angka angka jualan yang terbaik.

#3- Tidak cukup dengan hanya lakukan kebaikan untuk diri sendiri.

Jika difikirkan semula, John Paul sudah pun mengecapi kepuasan untuk diri sendiri sendiri. Namun, mengingati pesanan ibu beliau menguatkan tekad John Paul untuk memberikan manfaat kepada orang lain.

Seperti itu jugalah dalam bidang perniagaan, menjadi ‘average’ bukanlah matlamat perniagaan bagi seorang John Paul. Beliau dengan tegas mengatakan, “Dengan membantu orang lain, kita sedang membina bakal pelanggan dan membina kesetiaan pelanggan sedia ada”.Apa yang diucapkan memang benar hinggakan Cuma ada kurang dari 100 orang saja yang keluar dari syarikat beliau sejak ditubuhkan tahun 1980.

Demikianlah 3 pesanan yang boleh kita gunapakai untuk kehidupan seharian. Tanpa mengira fahaman apa pun, manusia hanya bisa kaya dengan membantu orang lain sahaja.

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram