Kesilapan Pelabur Saham Ini Yang Anda Wajib Elak!

Kesilapan Pelabur Mengerikan!

Dalam perjalanan menuju seorang pelabur saham berjaya, akan ada kesilapan yang bakal dilakukan. Mungkin kesilapan itu hanya sekali, mungkin kesilapan itu dibuat berkali-kali.

Kesilapan sekali itu bermaksud, pelabur saham terus belajar daripada kesilapan tersebut dan sedaya upaya tidak akan mengulanginya. Manakala kesilapan berkali-kali itu bukan lagi kesilapan tetapi sikap tidak mahu menambahbaik menghantui.

Kesilapan pelabur saham biasanya akan membawa kerugian yang besar, lebih besar daripada risiko yang ditelakkan pada awalnya.

Contohnya sebelum melabur dalam sesuatu saham, risiko yang dijangka adalah sebanyak 10% untuk dapatkan keuntungan 20% daripada modal. Sebaliknya kerana tamak atau takut, ditambah dengan teknik harapan, 10% kerugian mula menjadi 20% kemudian meningkat kepada 40% dan tidak mustahil kerugian 100% boleh dialami dalam sekelip mata kerana kesilapan sendiri menguruskan emosi.

Dalam pelaburan saham, matawang, pasaran hadapan, emosi takut akan lawan dengan tamak dan sebaliknya. Sememangnya 2 emosi inilah yang menyebabkan anda melakukan kesilapan.

Kita ambil contoh mudah, hari ini hari isnin, pasaran saham dibuka pada 9 pagi. 8:55 pagi, anda terdengar daripada kawan anda bahawa saham ABC akan naik meroket.

Loceng pasaran berbunyi pada 9 pagi, tanpa sebarang trading plan tanpa melihat fundamental syarikat, dengan lagak seorang bos, anda borong habis unit saham dengan 100% modal anda. Jam 9:01 pagi saham meroket naik, anda seronok tengok keuntungan lebih 10%.

Tak sempat 3 minit seterunya, harga saham tersebut ibarat kena slamdunk, anda rugi teruk, lebih malang, kena slamdunk sampai terduduk, unrealized P/L menjadi -50%. Gundah gulana, dalam hati anda mulalah dialog “Naik balik ni kejap lagi, confirm!”. Tepat jam 5 petang, ding ding din, loceng pasaran saham ditutup. Unrealized P/L terakhir sebelum pasaran ditutup adalah sebanyak -80% daripada modal. Esoknya, tak mustahil anda akan rugi 100%.

Kesilapan Pelabur Memakan Diri

Perkara ini sentiasa berlaku kepada pelabur baru. Kenapa? Kerana anda tamak nak untung meroket dengan “berita baik” yang disebarkan tadi. Fikir balik, silapnya dibuat di mana? 1 dengar khabar angin, 2 tiada trading plan, 3 teknik harapan.

Kalau macam ni lah anda melabur, 1 cadangan daripada kami, pergi cari kedai dengan papan tanda  “Magnum”, belilah 10 tiket dan tunggu 10 tiket tu akan burn atau ada pulangan.

Jadi apakah yang boleh menyelamatkan anda daripada dihantui 2 emosi ini? Kami kupas dengan lebih jelas di bawah untuk fahamkan anda sebenarnya siapakah yang bertanggungjawab ke atas keuntungan dan kerugian anda dalam pelaburan saham.

Kami kupas 5 kesilapan yang selalu dibuat oleh pelabur saham dan daripada situ kami yakin anda boleh faham macam mana cara untuk elakkan daripada 2 emosi itu meratah anda hidup-hidup.

Belajar Pelaburan

#1 Tiada Ilmu

Dalam beberapa artikel sebelum (klik di sini) banyak kali ditekankan supaya anda beri komitmen untuk belajar selok belok sesuatu pelaburan terlebih dahulu. Sama seperti pelaburan saham, anda perlukan ilmu yang betul untuk kenalpasti saham mana yang fundamental-nya bagus, nilai saham, dan membuat trading plan atau jika anda melabur untuk tempoh masa yang panjang, merancang portfolio.

Bagaimana nak kenalpasti saham? Strategi apa yang diperlukan? Analisa apakah yang dimaksudkan? Tools apa yang ada boleh bantu pelabur saham? Semua ini adalah soalan yang patut ada dalam minda anda sekarang dan dengan terjawabnya persoalan ini, sedikit demi sedikit anda mula faham selok belok dunia pelaburan saham.

Jadi, tuntutlah ilmu saham sebetulnya daripada guru yang betul dan buku yang sepatutnya.

Berjudi

#2 Berjudi

Berjudi tanpa sedar. Ini adalah ketakutan seorang pelabur. Ramai yang rasa dirinya sedang melabur, sebenarnya bukan melabur tetapi berjudi.

Seperti contoh di atas, kita cuba fahamkan pula bagaimana orang berjudi. Pernah dengar “ada kereta mengalami kemalangan, kita cepat-cepat tulis nombor plat kereta, pergi kedai TOTO beli nombor tu dan tunggu untung atau rugi”?

Pernah kan? Cuba kaitkan dengan contoh di atas. Bunyi macam sama kan? Baik kita ambil contoh lain.

Pergi ke taman ekuestrian tengok lumba kuda, dalam diam sebelum pergi anda dah google kuda mana akan bertanding dan kuda mana yang jadi sebutan ramai boleh menang, dapat nama kuda, anda beli tiket judi lumba kuda. Siap beli 100 tiket sebab yakin menang judi. Habis lumba kuda, muka anda masam. Kenapa? Kalah judi.

Bunyi macam sama kan? Jadi, janganlah jadikan skrin saham tu tempat tikam nombor ekor, tempat beli tiket judi lumba kuda. Sayangi wang anda, jangan berjudi.

#3 Nak untung cepat

Pukul 9 pagi pasaran saham dibuka, pukul 9:05 dah nak untung 1000%? Jangan terkejut dengan cara fikir macam ni lah, anda boleh kerugian 100%.

Biasanya mereka yang nak untung cepat ni, tiada trading plan yang betul, analisa saham pun tidak dibuat. Jadi perkara ni berbalik kepada #2. Fikirkan kesilapan pelabur ini yang menjadikan tamak itu satu kerugian besar.

 

#4 Jatuh Cinta Pada Saham

Saham tak cintakan kita, jadi jangan kita pula bertepuk sebelah tangan. Ingat, pergerakan saham merupakan emosi manusia yang membeli dan menjual. Jangan pula kita terperangkap di tengah-tengah antara 2 kumpulan manusia itu.

Terdapat pelabur yang meraih keuntungan daripada saham XYZ jatuh cinta dengan saham tersebut sehingga emosinya kabur. Ya lah, cinta itu membutakan kan?

Diakibatkan overconfidence dengan saham XYZ, value saham dah terlalu tinggi tak dihiraukan, trading plan mula letak tepi. Ini boleh menyebabkan pelabur tersebut kemurungan kerana terlalu mengharapkan pada saham XYZ. Ingat, harga yang naik akan turun, harga yang turun akan naik. Beli murah, jual mahal untuk dapatkan keuntungan.

Jangan sesekali jatuh cinta dengan pilihan saham, takut jiwa merana nanti melihatkan pasaran berdarah merah.

trading plan

#5 Tiada Trading Plan

Sebelum klik butang “beli”, tidak sedikit juga yang tiada trading plan langsung. Agak-agak saja nak untung berapa, agak-agak saja kerugian bakal dialami berapa. Apabila dah naik sikit harga saham, seronok. Apabila harga saham turun, gelabah.

Dan daripada sini 2 emosi yang disebut tadi datang bisik-bisik manja di telinga sehingga keliru dan akhirnya jadilah perkara #2 semula.

Dengan adanya trading plan, atau portfolio plan anda tidak akan sentiasa melekat di monitor dan anda boleh jadi seorang pelabur separuh masa dengan tenang.

Kesimpulan

5 kesilapan ini saling berkait yang akan menjurus kepada berada di bawah pengaruh 2 emosi yang berlawan. Tamak atau takut sentiasa akan bersama anda namun anda boleh jadikan diri anda kalis 2 emosi ini dengan ilmu yang betul, strategi yang disusun oleh anda sendiri.

Kami tekankan sekali lagi, jangan berjudi dalam pasaran saham, sayangilah wang anda. Jadikan kesilapan pelabur lain pengajaran bagi anda.

Baca : 6 Langkah Mula Trade Forex, Saham & Komoditi

[sociallocker id=”1520″][/sociallocker]

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram