Kini Anda Boleh Menikmati Kekayaan Seperti Seorang Jho Low

Mungkin ada dikalangan kita yang sering memaparkan kekayaan dan kini sedang hangat pula figura yang mendedahkan ‘kuda’ dan ‘rumah agam’ mereka. Walaubagaimanapun lebih mengejutkan kita sebenarnya kekayaan Jho Low yang sangat luar biasa dilaporkan oleh South China Morning Post.


Tahukah anda yang Tranquility boleh disewa pada tanda harga $1Juta seminggu tidak termasuk krew, minyak dan caj lain lain. Terus terfikir sejenak, pastinya kita benar benar kaya kalau boleh sewa yacht Jho Low.

Kapal ini telah ditahan di perairan Indonesia dan tindakan melelong kapal tersebut dilihat sebagai usahawan kerajaan baru Pakatan Harapan untuk memulihkan kehilangan $4.5billion yang ‘dirompak’ dari 1MDB.

Lelongan telah berlangsung pada bulan Januari lepas namun tiada sesiapa pun yang mahu membida. Sehinggalah April, Genting Malaysia Berhad membeli dengan harga $126 juta.

Kini, dengan sewa bernilai $1 juta seminggu, pelanggan dapat menikmati kehidupan yang luar biasa mewah persis percutian mahal artis Hollywood di atas yacht.

Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir berkata,”Sebenarnya apa yang kita tahu hanya itu sahaja tetapi banyak lagi yang kita tidak nampak. Sebenarnya itu bukan yacht tetapi kapal yang sangat besar.”

Jho Low menghilangkan diri sejak tahun 2015 menidakkan segala tuduhan terhadap beliau. Pertuduhan melibatkan penggubalan transaksi wang serata dunia termasuklah akaun bank di US, Switzerland dan lain lain.

Kapal ini mempunyai enjin 4828 kuasa kuda dan mampu belayar 5000 batu nortika. Untuk kos penyelenggaraan pula, angkanya hampir $500,000 setiap bulan. Kapal ini lengkap dengan akses Jacuzzi, sauna, bilik urut, kolam renang dan gymnasium.

Manakan tidaknya, dekorasi dalaman disediakan oleh Andrew Winch Design yang memang dikenali specialist mereka dalaman jet peribadi, superyachts dan billionaire.

Jelaslah bahawasanya kekayaan yang kita lihat di social media tidak cukup memberangsangkan. Yang lebih mind-blowing adalah kekayaan Jho Low.