Hadamkan Bagaimana 7 Krisis Ekonomi Global Ini Berlaku Hingga Ada Negara Yang Bankrap Dan Rakyat Menderita

Krisis Ekonomi bukanlah perkara yang kita mahukan dalam hidup. Bagi mereka yang berkeluarga, krisis ekonomi boleh menyebabkan mereka putus sumber pendapatan, lantas bagaimana lagi mahu menyara keluarga.

Pada masa yang sama, kerajaan di waktu krisis ekonomi terpaksa berfikir untuk menyelamatkan negara ditambah dengan tekanan dari rakyat dan kadar jenayah yang sudah tentu meningkat disebabkan desakan meneruskan hidup. Ini merupakan senarai krisis ekonomi yang pernah berlaku.

#1- Krisis Minyak Tahun 1979

Krisis berlaku pada tahun 1973 apabila OPEC mengumumkan embargo. Mereka mengenakan embargo pula ke atas negara yang menyokong Israel sewaktu peperangan. Antara negara yang terkena adalah Canada, Japan, Belanda, England dan Amerika Syarikat.

Harga minyak pada waktu itu mengalami kenaikkan $3-$12 per barrel secara purata menyebabkan banyak negara mengalami ‘oil shock’ yang menjejaskan polisi ekonomi negara jangka masa pendek atau pun panjang.

#2- LatAM Sovereign Debt Crisis

Krisis ini berlaku pada tahun 1982 di negara negara Latin America seperti Mexico, Brazil dan Argentina meminjam wang untuk pembangunan infrastructure negara, Sebelum krisis, ekonomi mereka sangat mantap hinggakan mendapat kepercayaan bank dunia.

Malang tidak berbau, jumlah pembayaran bond meningkat dan matawang Latin American menjunam hinggalah Menteri Kewangan Mexico, Jesus Silva Herzog mengatakan negara tidak mampu membayar bills. Akhirnya mereka mengambil pakej pembiayaan dari IMF bagi membantu keluar dari tekanan krisis.

Bagi mereka, waktu sebegini kita perlukan kepimpinan yang jitu dan jangan sesekali over-leverage hutang.

#3- Stock Market Crash Tahun 1987

Krisis ini atau dikenali sebagai Black Monday pasti diingati oleh para pelabur seluruh dunia. Waktu itu, Dow Jones index menurun 508 mata bersamaan 23% nilai dari sebelumnya menyebabkan ramai kehilangan wang dalam pasaran. Demikianlah setiap perkara berkaitan pelaburan pasti ada risiko yang tersendiri.

Yang penting uruskanlah portfolio pelaburan anda dengan cermat.

#4- Tequila crisis Tahun 1994

Apabila Mexican Peso mengalami devaluation, ia menyebabkan interest rate terpaksa dinaikkan dan kesannya adalah pada pembayaran bond. Ada penganalisis ekonomi berpendapat, ia berpunca dari polisi ekonomi apabila president Ernesto Zedillio meembuang currency contral untuk kestabilan pasaran.

Kemudian, US memberikan bantuan kewangan berupa ‘guaranteed loan’ kepada Mexicon untuk membantu pertumbuhan ekonomi. Ingat, walaupun teori ekonomi nampak indah tapi bila dilihat pada kesan, ianya mampu menjejaskan sesiapa sahaja.

#5- Krisis Kewangan Asia Tahun 1997

Krisis ini sangat sinonim dengan kita, negara negara di Asia apabila mengalami masalah kewangan berpunca dari nilai matawang menjunam ketika itu. Natijahnya, Thailand dan Indonesia mengambil pakej bantuan dari IMF tetapi tidak buat Malaysia. Perdana Menteri, Tun Mahathir bersama pasukan beliau menggunakan pendekatan capital control dan mengikat nilai MYR dengan USD. Akhirnya Malaysia keluar dari krisis dan tidak terikat dengan mana mana pihak. Hal ini menyebabkan Tun Mahathir disegani dunia sehinggalah hari ini.

#6- Dotcom Bubble Tahun 2000

Dotcom Bubble merujuk kepada saham syarikat technology dan internet, dan pada waktu itu, semua orang boleh buat duit dengan cepat apabila membeli saham saham berkenaan. Ada yang menjadi jutawan sekelip mata sahaja dengan pembelian saham seperti Amazon, Ebay.

Pada waktu inilah, Mark Cuban menjual syarikat beliau pada Yahoo dengan nilai billion USD. Tetapi ‘easy money’ tidak lama, banyak syarikat tech akhirnya gulung tikar,bungkus dan hingga hari ini itulah jumlah yang terselamat dari dotcom bubble.

Baca: Mark Cuban Bermula Dari Graduan Kini Menjadi Billionaire

#7- Sub-Prime Mortgage  Tahun 2007

Berpunca dari pengurusan kredit debt dengan mudah, US terpaksa menanggung krisis sub-prime mortgage. Krisis kali ini berkait rapat dengan hartanah apabila bank pada waktu itu mudah memberikan leverage debt kepada orang awam.

Impak yang terpaksa mereka terima, interest rate dinaikkan dan ramai yang tidak mampu membayar komitmen hutang kepada bank.

Kesimpulannya, jika kita perhatikan di sini kebanyakkan isu menjurus kearah pengurusan wang terutamanya bahagian hutang. Ketahuilah, hutang ini ibarat pisau, boleh digunakan untuk kebaikkan tetapi bias mendatangkan kemudaratan kepada pemilik.

Baca: Isu Hukum Forex Halal Atau Haram.