Cerita ‘Self-Made Billionaire’, Benarkah Salah Seorang Ahli Keluarga Kardashian Bakal Memintas Rekod Mark Zukerberg

Sebut sahaja nama Kylie Jenner, semua pasti kenal selebriti yang datang dari keluarga Kardashian. Majoriti ahli keluarga Kardashian (Chloe, Kendall, Kylie, Cassandra) mempunyai perniagaan mereka sendiri dan memanfaatkan popularity yang mereka ada untuk membina kekayaan.

Ini susur galur keluarga mereka buat mereka yang tidak pernah tahu sebelum ini.

kylie jenner

Kylie Jenner berusia 21 tahun, dikurniakan seorang anak iaitu Stormi bersama pasangan beliau Travis Scoot. Dilihat secara kasar ramai yang meneka kemungkinan besar Kylie mampu memecahkan rekod billionaire termuda di dunia iaitu Mark Zukerberg. Menurut Forbes, Mark Zukerberg menjadi billionaire pada usia 23 tahun.

Idea asal bermula apabila beliau sangat mementingkan penjagaan bibir yang menawan. Dari situ lahirlah Kylie Cosmetics dengan produk signature iaitu Kylie Lip Kits yang dijual secara retail e-commerce.

 

Pada masa yang sama, harus diingatkan cosmetic merupakan niche yang tough dan red ocean tetapi tidak pada Kylie Jenner. Bayangkan dengan business model ringkas sahaja dan hanya menggunakan platform Shopify, beliau mengutip jualan berjumlah $330Juta pada tahun lepas.

Adakah Kylie Jenner seorang yang pakar dalam menguruskan syarikat? Tidak.

Untuk memastikan semuanya bergerak dengan lancar, hal pengurusan Kylie serahkan kepada ibu beliau dengan kos 10% management fee, dan bayaran kepada Shopify pula, beliau membayar $480,000 untuk tahun sebelumnya.

 

kylie jenner
Credit: Forbes

Menurut financial analyst, brand “Kylie Cosmetic” bernilai $900juta atas sebab di’attach’ dengan nama Kylie dan brand dimiliki 100% oleh Kylie tanpa ada perkongsian dengan mana mana pihak. Dari sudut penilaian yang lain pula, mereka menilai Kylie Cosmetic pada nilai $800 Juta berdasarkan $330 juta jualan pada tahun 2017 bersamaan 2.72x.

Antara perkara lain yang dilihat oleh penganalisa ialah nama Kylie yang agak memberikan beliau kelebihan selepas ini untuk membuka perniagaan lain. Akan tetapi valuation masih lagi diletakkan maksima 3x dari nilai jualan.

kylie jenner

 

Kontroversi Beliau “Self Made Billionaire”

Kritikan diberikan terhadap Kylie Jenner yang menggunakan gelaran ‘self made’ billionaire. Majoriti tidak kisah jika Kylie Jenner menjadi billionaire tetapi gelaran self made layak diberikan kepada mereka yang bermula dari bawah kemudian berjaya. Hal ini lebih menginspirasikan lebih ramai orang akan tetapi kita perlu berlapang dada kerana Kylie sudah pun memiliki net worth $930Juta pada waktu ini.

Apa yang kita boleh pelajari.

#1 – Bermula seawal usia dalam perniagaaan

Dalam usia 20an, Kylie sudah pun memulakan perniagaan beliau sendiri dan mengembangkan bisnes dengan strategik. Disebabkan beliau masih muda,segala urusan yang rumit diserahkan kepada ibu beliau dan hanya menggunakan Shopify yang memudahkan urusan bisnes.

#2 – Influencer sangatlah dominan pada hari ini

Influencer sangatlah mendapat tempat di hati masyarakat global, bayangkan dengan satu tweet sahaja, betapa besarnya impak yang akan diberikan kepada nama sesebuah syarikat. Contohnya Rihanna yang tweet mengenai Snapchat dan harga saham Snapchat terus menjunam apabila sesi dagangan saham Amerika Syarikat dibuka.Kasihan kan?

Jadi sebagai pemilik perniagaan, wajiblah anda berdamping atau menggunakan khidmat influencer untuk menaikkan brand anda sendiri. Dunia semakin bergerak pantas, sama ada kita ride the hype atau ketinggalan.

#3 – Content is The King

Kylie Jenner sentiasa memberikan value kepada peminatnya. Perhatikan bagaimana Kylie sentiasa update dan engage bersama influencer atau micro-influencer yang lain. Belajarlah mengenai cara beliau membina tribe kerana akhirnya tribe lah yang akan mengeluarkan wang membeli berkali kali.

Persoalan yang mungkin terjawab beberapa waktu lagi, adakah Kylie Jenner akan memintas rekod Mark Zukerberg selaku billionaire tak lama lagi? Kongsikan pendapat anda di ruangan di bawah.

Baca: Kisah Oprah Winfrey Yang Cekal Menghadapi Sisi Gelap Hidupnya Kini Menjadi Media Mogul

 

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram