Linda Raschke Fund Manager Wanita Yang Dikagumi Dunia Pelaburan

Setiap kali menyebut mengenai tokoh dalam industri pelaburan, majoritinya lelaki tetapi bukan artikel ini. Setiap pelabur patut mengenal sosok tubuh Linda Bradford Raschke, pelabur komoditi dan pasaran hadapan.

Kini menjadi Presiden LBR Group Inc. berdaftar dengan CTA (Commodity Trading Advisor), tetapi bagaimana Raschke memulakan kerjaya beliau. Tahun 1981, bekerja sebagai market-maker di Pacific Coast Stock Exchange kemudian berpindah ke Phildalphia Stock Exchange. 20 tahun kemudian, barulah beliau menubuhkan hedge fund sendiri.

Pada masa yang sama, Linda Raschke seorang personality TV, penulis dan pengarah di beberapa buah badan pelaburan. Ini senarai buku yang pernah Linda Raschke tulis dan featured in:

1. The New Market Wizards

2. Women Of The Street: Making It On Wall Street

3. Street Smarts-High Probability Short Term Trading Strategies

Apa Yang Membuatkan Linda Raschke Dikagumi Oleh Pelabur Dunia

#1- Menjadikan Pelaburan Sebagai Passion

Dalam temubual beliau bersama media, ditanya mengapa beliau begitu cekal walhal kewangan merupakan kerjaya yang sangat tough. Beliau menjawab, tidak pernah sepanjang hayat menyebut perkataan ‘career’, beliau lebih suka menggunakan perkataan minat.

Dari minatlah beliau bertahan dan tabah dalam industry walaupun risikonya sangat tinggi nak dibandingkan dengan sektor lain.

#2- Beranggapan beliau selalu salah dalam pelaburan

Menurut Racshke, menjadi fund manager bukanlah kerja yang mudah dan setiap kali beliau membeli saham, beliau beranggapan positition tadi salah. Mindset begini dapat mengurangkan risiko dengan menggunakan risk management yang betul.

Tambahan, Raschke berkongsi bagaimana beliau menguruskan dana menggunakan Robo Advisor yang dibina menggunakan Artificial Intelligence. Secara asasnya, Raschke akan menulis SOP parameter trading strategy kemudian menggunakan neutral network untuk memantapkan lagi data robo tersebut.

Baca: Bagaimana Robo Advisor Boleh Membantu Dunia

#3- Belajar Benda Baru Secara Konsisten

Walaupun sudah berjaya secara mutlak, Linda Raschke dilihat sangat rendah diri. Ketika ditemubual oleh media sekitar 1-2 tahun lalu, beliau memberitahu kepada wartawan setiap hujung minggu beliau akan gunakan untuk mempelajari sesuatu. 70-80 jam akan digunakan beliau untuk bekerja dan merancang strategi syarikat dan dana pelaburan.

Kesimpulannya, untuk menjadi seorang pelabur yang baik, kita harus menambah ilmu dan memahirkan diri sebaik mungkin. Ketika kita menganggap diri sudah penuh dengan ilmu, maka kita mungkin akan menutup pintu kejahilan dalam diri.

Baca: 7 Krisis Ekonomi Yang Pernah Melanda Dunia

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram