Bagaimana Lelaki Ini Bermula Sebagai Graduan Tidur Atas Lantai Apartment Bersama Rakannya Tetapi Kini Berstatus Billionaire.

Ramai usahawan hari ini yang mengidamkan kejayaan yang luar biasa. Malangnya tidak semua orang cekal seperti mana kelompok sukses yang sangat kecil. Mungkin ramai yang kenal dengan sosok tubuh billionaire terkemuka di US iaitu Mark Cuban. Mark seorang graduan dari Universiti of Pittsburgh dan kini memiliki kekayaan peribadi sekitar $3.9Billion.

Bagaimana Mark Cuban Bermula Menurut Buku Beliau berjudul “How to Win at the Sport of Business”

mark cuban

 

Sewaktu kecil lagi, Mark Cuban telah melatih dirinya dalam perniagaan dengan menjual besbol kad seawal usia 12 tahun., Mark bersama Mark rakan university beliau membuka bar malangnya ada kes di mana ada seorang perempuan bawah umur disabitkan dengan issue under-age prostitute. Ada ketika beliau mengambil upah mengajar orang menari dan tak dinafikan Mark memang berbakat dalam bidang entertainment.

Selepas graduate dari universiti, beliau bekerja di sebuah syarikat IT dan pada waktu ini beliau menceritakan bagaimana pada usia muda, kita ‘nothing lo lose’ untuk mengambil risiko, boleh bekerja keras dan pada sama yang sama hidup seperti seorang pelajar dengan kos yang rendah.

Tak dinafikan beliau memang hustle dalam hidup, di awal kerjaya beliau menyewa apartment dan berkongsi dengan 5 orang rakannya sehingga padat segala ruang dalam rumah tersebut.Pada suatu ketika, beliau fed-up dengan boss beliau atas satu sebab yang dirasakan tidak munasabah. Kemudian beliau team up dengan seorang rakan memulakan IT based company.

mark cuban
Credit: CNBC

Harus diingatkan, Mark Cuban bukanlah orang yang pakar dalam programming atau software engineering. Beliau belajar secara gigih mengenai PC software dan akhirnya beliau memulakan Micro-solution. Tak lama selepas itu, jualan Micro-Solution melonjak naik kepada $30Million dan akhirnya Micro-Solution dijual kepada ComputerServe dengan nilai $6Million pada tahun 1990.Dikatakan selepas ditolak cukai, beliau mendapat bersih keuntungan $2Million.

Kekayaan beliau seterusnya apabila Mark mencipta Broadcast.com untuk mendapatkan streaming. Pada waktu itu, Yahoo sebuah gergasi carian engine berminat dan mengambilalih Broadcast.com dengan nilai harga $6 Billion seterusnya menjadikan Mark Cuban dan rakannya, Todd Wagner berstatus Billionaire. Perkara wajib yang beliau lakukan ialah mengambil alih Dallas Maverick kerana itu adalah minat yang tak dapat dinafikan lagi selaku pemain basketball.

Mark Cuban pernah mengatakan, “Untuk jadi jutawan atau multi-jutawan, ia memerlukan skill tetapi untuk jadi Billionaire, kita memerlukan luck.” Dan siapa sangka di waktu DotCom bubble di US mengakibatkan banyak syarikat teknologi lingkup tetapi Mark Cuban berjaya exit dengan acquisition bernilai billion dollar.

mark cuban
Credit: INC

Dengan nilai kekayaan setinggi itu, Mark telah membeli sebuah private jet secara online dan pembelian tersebut dikatakan single commerce transaction yang terbesar di dunia setakat ini. Gila kan?

Ramai yang mengenali Mark Cuban melalui rancangan Shark Tank. Seorang shark yang brutal tetapi membantu ramai usahawan sebagai seorang Venture Capitalist (VC). Ini antara deal terbesar beliau dalam Shark Tank.

Nasihat dari Mark Cuban.

  • Sales Cures All

Tiada jalan singkat untuk berjaya dalam perniagaan. Di hujung cerita, kita berbalik kepada berapa banyak sales dan berapa jumlah bersih dalam syarikat. Dari situ barulah kita boleh menilai sama ada syarikat tersebut bagus atau tidak.

  • Carilah passion yang boleh mendatangkan hasil.

Ramai yang mengatakan ‘doing what ever you love’ tetapi bagi Mark, agak sukar untuk kita buat apa yang kita suka tapi tidak mendatangkan hasil. Lebih baik kita cari satu perkara yang kita bagus kemudian kembangkan sehingga berjaya.

  • Jadi realistik

Bagi mereka yang memulakan perniagaan, dalam benak fikiran sudah pasti kita obsess dengan idea sendiri. Kita akan mengatakan ini “The Next Big Thing” walhal kita yang tidak pernah melakukan kajian dengan lebih mendalam. Seeloknya cari syarikat yang sama niche seperti kita dalam tempoh 5 tahun kebelakang dan fahami kenapa mereka gagal. Ingat, bila kita mempunyai idea kita gembira tetapi bila kita mendapat result bukan semua orang mampu terima.

Ini video nasihat dari beliau.yang boleh kita tonton.

 

Semoga tulisan ini memberikan kebaikan kepada semua, jangan lupa untuk sebarkan kepada rakan rakan di luar sana. Teruskan membaca artikel dari kami INVESTORMY selaku blog kewangan dan perniagaan di Malaysia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

(Visited 147 times, 1 visits today)
DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA
TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA

TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

Isi Maklumat Di Sini dan Anda Akan Menerima Emel Balas Automatik Sebentar Lagi

You have Successfully Subscribed!