Masalah Besar Pelabur Yang Mungkin Anda Hadapi

Masalah besar pelabur adalah dibuai angan-angan

Masalah besar pelabur paling besar adalah dibuai angan-angan tanpa berpijak pada realiti. Pelabur seringkali dimomokkan dengan kekayaan dan kemewahan. Disebabkan itu ramai lah yang terlibat dalam pelaburan saham, pelaburan forex mahupun pasaran hadapan menganggap ianya pelaburan terbaik yang ada buat masa ini.

Sebelum memulakan pelaburan, tetapkan tujuan pelaburan itu dilakukan dan tidak fokus kepada pulangan semata mata. Jika tidak, akan datang masalah besar pelabur yang kami senaraiakan di kemudian hari.

masalah besar pelabur 2

Masalah yang pernah dilalui oleh majoriti pelabur / traders telah kami senaraikan di bawah :

Tidak mengenali diri sendiri

Setiap orang berlain sifat masing masing, sebab itu ada orang tua mengatakan rambut sama hitam, hati lain lain #eh. Dalam trading pun sama, bukan semua orang hatinya kental untuk swing selama berbulan, ada yang jenis kalau floating loss boleh tahan sebulan tapi kalau dah profit sikit terus tutup posisi .

Begitu juga dengan sebahagian rakan kita yang melabur dalam saham, waktu beli mengikut analisa teknikal bila saham floating loss tiba tiba taknak cutloss dan follow exit fundamental pula. Perkara perkara begini agak bahaya dalam pada kita mahu grow sebagai seorang investor yg berjaya .

Mengambil risk reward yang berbaloi

Dalam buku “Trade Like A Casino”, ada disebutkan winning dalam financial market berkait rapat dengan probability. How much we win and how much loss. George Soros seorang pelabur global macro ternama pernah menyebut “Saya menjadi kaya kerana saya tahu di mana silap saya “dan lelaki yang terkenal dengan jolokan “Men That Broke Bank of England” ini juga pernah mengalami kerugian salah satunya ketika US election tetapi beliau telah hedging position dalam Gold futures menyebabkan keuntungan beliau lebih dari loss sewaktu US election.

Walaupun loss dari segi matawang, Soros akhirnya profit kerana beliau tahu berapa yang beliau akan rugi dan berapa potensi keuntungan dari setiap position. Jadi jika tidak berbaloi risk reward, abaikan saja setup tersebut.

Trade dalam keadaan emosi

Sebagai manusia, kita dipengaruhi oleh emosi . Sebarang emosi yang dibawa ke dalam trading kebiasaannya akan membawa kepada situasi yang bercelaru dan berkesudahan dengan tidak baik. Sebagai contoh, kita badmood mungkin bergaduh dengan pasangan dan sebagainya menyebabkan kita tidak tenang berhadapan pasaran ketika itu.

Anton Kreil menyebut ,”Dalam pelaburan, emotion adalah perkara yang kritikal. Sepatutnya trader mempunyai setting “non-human behavior” ketika ingin berdagang. Jadi di sini emosi perlu dikurangkan secara minimal sebelum menghadapi pasaran atau kita tenangkan diri mungkin dengan melancong, berehat mengikut kesesuaian. Selepas ok,  barulah masuk untuk berdagang.

Tidak backtest setup dan dapatkan data

Setiap trading strategy yang kita guna adalah penting untuk memastikan kita boleh survive dalam market. Selain risk reward yang berbaloi, winning rate juga penting dalam menentukan mantapnya satu setup tersebut. Contoh persoalan , adakah setup tersebut benar benar mendatangkan winning rate yang tinggi berbanding loss? Berapa kah losing streak yang mungkin dihadapi jika kita run setup tersebut?

Jadi, jika tuan puan mendapat setup dari sesiapa, backtest lah terlebih dahulu sebelum gunakan ke atas akaun trading. Ini contoh data yang perlu diperlukan :

Tidak memahami underlying thing behind buy sell

Peter Lynch pernah mengutarakan pendapat tentang ramai pelabur yang membeli saham di WallStreet based on price semata mata dan tidak tahu apa disebalik price yang mereka beli. Kadangkala kita tekan buy pada EUR/USD dan tidak tahu kita sebenarnya telah beli EURO dan jual USD. Sama juga seperti dalam pasaran saham, beli sebarang saham bermaksud kita membeli perniagaan tersebut.

Sebagai contoh, kita membeli 100 lot saham Padino.

Soalannya:

  1. Adakah kita tahu bagaimana Padino menjalankan perniagaannya?
  2. Siapa management dan bagaimana krebiliti mereka?
  3. Bagaimana financial health syarikat tersebut?

Inilah antara perkara underlying yang perlu tahu sebelum melakukan pembelian supaya kita dapat memantau prestasi syarikat tersebut secara tidak langsung. Jika sebelum ini, kita main beli saja atau main ikut ikut orang, dah tiba masanya kita mengkaji apa yang kita beli.

Teringat perumpamaan dari seorang rakan value investor, katanya “Jika apply loan rumah kat bank pun ambil masa lama sebab bank nak bagi duit kat kita, kenapa kita dalam financial market main beli saja tanpa ada usul periksa “.

Terikut berita / ‘news’ dari orang

Dalam trading antara biasa yang kita dengar “Buy on News , Sell on Rumours “. Jesse Livermoore ditulis dalam “Reminesces of Stock operator” mengakatakan behavior market tidak pernah berubah, yang berubah cuma manusia “. Jadi di situ kita boleh nampak bagaimana behavior trader yang datang pergi dalam market dan hanya beberapa orang saja yang cekal dan tekad untuk berjaya dalam financial market.

News ini ada sesetengah pihak mendakwa sebagai signal tetapi jika kita berfikir secara reverse pschology, pihak yang ingin membeli perlu menimbulkan panik dalam kalangan pelabur runcit kemudian barulah mereka boleh membeli saham tersebut dengan borong. Tak gitu ? Opss.

Tiada trading plan

Trading plan ibarat map anda dalam trading. Apa yang penting dalam trading plan ialah pandangan anda sebelum trade dan selepas trade. Sebelum trade, apa pandangan dan forecast anda tentang sesuatu instrumen pelaburan tersebut. Jika market berlawanan dengan pandangan dan position anda sekarang, apa tindakan anda untuk pastikan risk dapat dikurangkan?

Di sinilah trading plan ibarat GPS yang banyak membantu anda dalam trading tak kira dalam mana mana market. Tanpa trading plan, kita tiada rekod yang sahih mengenai keseriusan kita dalam trading waima pernah untung berjuta sekali pun. Seminggu sekali, review lah trading plan supaya kita boleh sedar di mana kesilapan yang pernah kita lakukan.

Kesimpulan

Anda pasti akan atau sedang mengalami masalah besar pelabur yang kami senaraikan. Jika bukan 1 mungkin 2 masalah besar pelabur yang dihadapi. Jangan risau, jangan kaget, masalah besar pelabur yang dihadapi boleh diatasi dengan menggunakan reverse-solution contohnya jika tiada trading plan, mula buat trading plan sekarang. Manakala jika masih belum mengalami masalah besar pelabur, cuba elakkan bermula daripada sekarang.

Baca: 5 BENDA WAJIB DALAM FOREX TRADING

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram