Bagaimana Masayoshi Son Mencari Pelaburan Yang Baik & Cita Citanya Menubuhkan Venture Capital Firm Terbesar di Dunia Tercapai

Sebelum bercerita panjang mengenai Masayoshi Son, beliau merupakan pemilik Softbank. Artikel Masayoshi Son pernah diterbitkan di The Vocket bertajuk,Masayoshi Son,Lelaki Yang Menggegarkan Dunia Startup kira kira sebulan yang lalu oleh penulis.

Tetapi artikel kali ini lebih fokus kepada perancangan beliau selepas ini dalam mengubah landskap venture capitalist. Selepas berjaya melabur di syarikat startup Unicorn di dunia, Masayoshi kini dalam perancangan terbarunya menubuhkan sebuah firma venture capital (VC Firm). Yang mengejutkan Masayoshi Son ingin menjadikan Vision Fund sebagai firma VC terbesar di dunia dengan anggaran market capitalization $100 Billion.

masayoshi son
Credit: Forbes

Dilihat temubual beliau, Masayoshi Son menyatakan $100 Billion itu saiz yang kecil dan mudah untuk dicapai. Biasalah duit dalam dunia ini sangat banyak, yang kurang adalah talent dan idea yang berkualiti memberi impak kepada kita. Jangkaannya benar apabila kerajaan Saudi dan beberapa big money yang lain melabur ratusan juta dalam Vision Fund. Bayangkan dengan dengan $100Billion, berapa banyak idea dapat dikembangkan dengan pantas..

Wall Street Journal pada waktu yang lain mengadakan sesi temubual santai dengan Masayoshi Son dan bertanya bagaimana cara Masayoshi Son mencari pelbagai startup berlabel unicorn yang berkembang dan berpotensi. Bagi kami, inilah tips emas dari Masayoshi Son yang perlu kita hadam.

masayoshi son
Credit: AZ Quote

#1- Listen To You Gut

Masayoshi Son berkata, jika kita selalu menilai beberapa syarikat yang berpotensi, coraknya lebih kurang sama sahaja. Yang penting, percayalah ‘instinct’ diri sendiri. Sewaktu Jack Ma menemui beliau, Masayoshi sendiri tidak yakin dengan bisnes model Alibaba akan tetapi yang menarik perhatian adalah aura yang dibawakan oleh Jack Ma dan kesungguhannya itu yang luarbiasa.

#2- Nilai Founder Sewajarnya

Founder adalah produk bagi sesebuah perniagaan. Tidak hanya kita rujuk business plan tetapi pemilik juga watak yang penting. Persoalannya, adakah orang yang bentangkan idea di hadapan kita sesuatu yang bertenaga dan mampu melaksanakan pelan? Dengan kata lain, adakah orang kita ingin berikan wang itu seorang yang mampu crack the code dan do the projection.

#3- Lihat Business Model Yang Dibentangkan

Perkara yang wajib sudah tentulah business plan. Dalam membentangkan business model, perkara yang menjadi tumpuan sudah pasti angka angka, growth traction dan team dalam syarikat.

Kebiasannya dari segi angka, kebanyakkan pelabur lain banyak melihat angka kos, angka keuntungan yang terlibat dalam perniagaaan. Selain angka tersebut, pelabur suka melihat fasa growth atau traction yang telah berlaku dalam syarikat. Agak sukar untuk melabur apabila sesebuah syarikat tidak mempunyai solid data meskipun dalam fasa validasi model.

Tambahan, peranan team dalam syarikat juga sangatlah besar. Dengan team yang mantap dan berkredibiliti, pelabur melihat risiko mereka telah berkurang dan tidaklah mereka serahkan wang kepada mereka yang tidak pakar. Bayangkan kita di tempat pelabur, adakah kita akan serahkan wang dengan sewenang-wenangnya?

Daripada tiga tips ini, Masayoshi mengatakan semuanya perlu digabungkan untuk mengenalpasti startup unicorn pada peringkat awal. Kelebihan melabur peringkat awal ialah jumlah pelaburan yang agak rendah (undervalue) dan potensi keuntungan kita pasti maksimum. Demikianlah fokus Masayoshi Son pada masa akan datang dan bagaimana beliau menilai startup. Jika anda seorang yang berkeinginan untuk menjadi Venture Capitalist/Investor yang melabur pada mana mana syarikat, sudah pasti ini ilmu yang mahal.

Jangan lupa untuk sebarkan kepada kawan kawan yang lain pula.

Baca: Gary Vee & Kisah Beliau Menjadi Business Influencer.

 

 

(Visited 37 times, 1 visits today)
DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA
TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA

TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

Isi Maklumat Di Sini dan Anda Akan Menerima Emel Balas Automatik Sebentar Lagi

You have Successfully Subscribed!