Matlamat Kewangan SMART

Matlamat kewangan atau financial goals yang jelas adalah satu perkara yang paling penting dalam perancangan kewangan. Setiap individu haruslah mempunyai matlamat kewangan yang jelas bagi memudahkannya untuk mencapai matlamat tersebut.

Berdasarkan pengalaman saya, ramai yang tidak dapat menyimpan dengan baik kerana mereka tidak mempunyai matlamat kewangan yang jelas. Contohnya, Aminah menyimpan setiap bulan sebanyak RM300 tetapi pada penghujung tahun baki simpanan dalam akaunnya cuma RM 2000 kerana sering mengeluarkan simpanan beliau kerana merasakan simpanannya sudah cukup.

Bagi seorang pelabur pula, matlamat kewangan yang jelas adalah sangat penting bagi menguruskan porfolio pelaburannya. Pelabur yang melabur tanpa matlamat ibarat memandu tanpa destinasi kerana tidak tahu apa yang hendak dicapai pada penghujung pelaburannya. Menetapkan matlamat kewangan juga membantu dalam menentukan instumen pelaburan yang manakah sesuai untuk anda.

Bagi menetapkan matlamat kewangaan anda boleh menggunakan kaedah SMART bagi memudahkan anda menetapkan matlamat kewangan anda.

MATLAMAT KEWANGAN SMART

Specific

Matlamat kewangan anda haruslah jelas dan spesifik. Hal ini bagi memudahkan anda berfokus dengan apa yang hendak dicapai dangan matlamat tersebut. Sebagai contoh, “Saya akan ada simpanan kecemasan” adalah lebih spesifik berbanding “Saya akan ada simpanan yang cukup”.

Measurable

Sesuatu matlamat kewangan hendaklah boleh diukur dengan jelas. Hal ini untuk membolehkan anda untuk mengukur sejauh mana matlamat itu telah dicapai. Selain itu, ini akan memudahkan anda untuk menilai perkembangan matlamat kewangan tersebut. Sebagai contoh, “Saya akan ada simpanan kecemasan 3 bulan pendapatan” dapat diukur berbanding “Saya akan ada simpanan kecemasan”.

Achievable

Matlamat kewangan yang baik mestilah boleh dicapai pada pengakhirannya. Apa guna kita buat matlamat kewangan yang mustahil untu dicapai? Bukankah itu sesuatu yang sia-sia? Sebagai contoh, “Saya akan ada simpanan kecemasan 3 bulan pendapatan dengan menyimpan 10% daripada pendapatan saya setiap bulan” adalah sesuatu yang mudah  untuk dicapai berbanding “Saya akan ada simpanan kecemasan 3 bulan pendapatan dengan menyimpan 70% daripada pendapatan saya setiap bulan”.

Realistic

Untuk menetapkan matlamat kewangan, anda perlulah realistik dengan kemampuan kewangan anda.  Jika matlamat kewangan itu sesuatu yang tidak realistik, anda tidak akan mampu untuk mencapai matlamat tersebut. Sebagai contoh, Encik Ali dengan pendapatan RM 3000 sebulan ingin menyimpan RM300 bersamaan 10% daripada pendapatan beliau untuk digunakan untuk membina tabung kecemasan 3 bulan beliau. Bagi Encik Ali jumlah tersebut adalah sesuatu yang realistik bagi beliau.

Sesuatu matlamat kewangan yang realistik adalah berbeza antara individu. Sebagai contoh, En. Muzaffar menetapkan matlamat kewangan tabung kahwin RM30,000 dengan melabur RM15,00. Beliau menetapkan pulangan pelaburan sebanyak 15% kerana beliau merupakan seorang pelabur  professional dan berpengalaman dalam Bursa Saham. Matlamat kewangan tersebut adalah realistik dengan kemampuan beliau. Tambahan pula matlamat RM30,000 untuk perkahwinan adalah satu yang realistik dengan kadar semasa.

Timely

Komponen yang seterusnya adalah matlamat kewangan yang dibuat haruslah mempunyai tempoh masa yang jelas. Tempoh masa ini sangat berguna bagi menetapkan bilakah matlamat kewangan itu akan dicapai. Sebagai contoh, “Saya akan ada simpanan kecemasan 3 bulan pendapatan dengan menyimpan 10% daripada pendapatan saya setiap bulan bagi tempoh 30 bulan”.

matlamat
Sumber: http://readsh101.com/m/0914/03/csupomona.html

Kesimpulan

Pastikan anda mempunyai matlamat kewangan yang jelas sebelum memulakan menyimpan atau melabur. Anda boleh menggunakan kaedah SMART bagi membantu anda menjadi seorang penyimpan atau pelabur yang bijak. Pihak kami menyediakan satu kalkulator khas bagi membantu anda mengira kadar keuntungan pelaburan, hasil pelaburan dan berapakah sumbangan bulanan untuk memenuhi matlamat kewangan anda secara percuma.

Muatturun Kalkulator

[gravityform id=”1″ title=”true” description=”false” ajax=”true”]

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram