2019-04-29
Medbelle Startup Hospital Digital Yang Memudahkan Pesakit Mendapatkan Rawatan
Medbelle, sebuah startup berpengkalan di London dan Berlin telah mencipta ‘end to end platform’ untuk tujuan perubatan. Startup ini dikhabarkan mendapat funding sebanyak $7juta dalam Serie A diberikan oleh Signals Venture Capital, Talis Capital, Mutschier Ventures, IBB dan Cavalry Ventures selaku badan dana teroka.
Ditubuhkan pada tahun 2016 oleh Leander De Laporte dan Daniel Kolb selepas mereka berdua menolak tawaran kerja di Rocket Internet. Medbelle fokus untuk mendigitalkan urusan rawatan pesakit secara menyeluruh dan consumer-centric. Diumpamakan seperti hospital digital, pesakit boleh mengambil angka giliran hanya di website dan apps.
Kini servis persendirian Medbelle merangkumi kosmetik, bariatrics dan ophthalmology. Dalam masa terdekat mereka akan masukkan ortopedik dan rawatan kesuburan. Medbelle dikatakan mahu bekerjasama dengan UK National Health Service untuk melebarkan sayap dari segi insurans perlindungan dan servis kepada orang awam.
Menurut de Laporte, visi Medbelle ingin mewujudkan dunia di mana pesakit boleh menjejak rawatan mereka secara digital dengan hanya menekan butang di applikasi. Selepas ini, mungkin tiada lagi keluh kesah, rungutan daripada pelanggan hospital kerana mereka boleh terus berhubung dengan atas talian.
Medbelle mempunyai beberapa platform iaitu Medbella Care, Medbelle Operating System yang memberikan kemudahan secara tersusun bermula dari consultantasi pertama hinggalah pembayaran bil rawatan dan rawatan susulan.
Jika dibandingkan dengan klinik tradisional, sudah pastilah Medbelle mempunyai competitive advantage dari sudut teknologi yang memudahkan pelanggan. Menurut De Laporte lagi,masa depan dunia perubatan pasti akan berubah dengan kapasiti digital yang mampu memenuhi kehendak pelanggan dan integration system yang sistematik. Paling penting adalah kepuasan pelanggan yang menggunakan Medbelle berbanding hospital tradisional.
Buat masa ini, Medbelle bercadang untuk merancakkan lagi pertumbuhan ke seluruh target market mereka. Akan tetapi persoalan yang kami timbulkan di sini apakah kesan yang berlaku pada sistem perubatan jika wujudnya technological error seperti server down, sistem digodam dan sebagainya?
Jadi pada pendapat anda bila agaknya startup sebegini dapat ditubuhkan di Malaysia?