Melabur Tanpa Matlamat Ibarat Memandu Tanpa Destinasi

Sebelum memulakan sesuatu pelaburan, perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah menetapkan matlamat pelaburan. Apakah matlamat pelaburan kita? Bila kita mahu capai matlamat tersebut? Berapa banyak yang kita perlukan untuk mencapai matlamat tersebut? Jangan sesekali kita melabur tanpa matlamat.

Soalan – soalan ini perlu ditanya berulang kali supaya kita mempunyai matlamat yang jelas. Apabila sudah ada matlamat yang jelas barulah kita akan lebih berdisiplin dalam melabur. Kebanyakan daripada kita berhenti melabur kerana tidak nampak hasil yang cepat dan tiada matlamat jangka panjang.

“A man without a goal is like a ship without rudder” – Thomas Carlyle

Secara asasnya matlamat boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan garis masa

1. Matlamat jangka masa pendek ( < 3 Tahun)

 

  • Membina rumah tangga
  • Membeli kereta untuk keperluan harian
  • Melancong dalam atau luar negara

 

2. Matlamat jangka masa sederhana ( 3 – 10 Tahun)

 

  • Memulakan perniagaan sendiri
  • Menunaikan Umrah
  • Membeli rumah pertama

 

3. Matlamat jangka masa panjang ( > 10 Tahun)

 

  • Menunaikan Haji
  • Tabung pendidikan anak – anak
  • Dana persaraan
  • Tabung financial freedom

Bagi mencapai setiap matlamat yang telah kita tetapkan, pelbagai instrumen pelaburan yang boleh digunakan. Kesesuaian instrumen dengan matlamat bergantung pada tempoh masa, risiko dan pulangan sesuatu pelaburan. Instrumen ini diibaratkan seperti kenderaan yang akan membawa kita sampai ke destinasi yang ingin dituju.

Kita ada kebebasan untuk memilih apa sahaja instrumen yang bersesuain dengan diri kita. Apa yang penting adalah kita mempunyai ilmu dalam pelaburan.

Di bawah adalah contoh instrumen yang digunakan untuk mencapai matlamat tertentu.

  1. Menyimpan di Tabung Haji/ ASB untuk perkahwinan
  2. Melabur dengan ASB financing untuk dijadikan modal memulakan perniagaan
  3. Menggunakan unit amanah sebagai dana pendidikan anak – anak
  4. Membina tabung persaraan daripada pelaburan hartanah

Sudahkah anda menetapkan matlamat anda? Adakah anda tahu salah satu daripada ciri orang berjaya adalah mempunyai matlamat yang jelas. Jika masih belum ada matlamat, ambil kertas dan pen, duduk sebentar, kemudian senaraikan semua keinginan yang ingin dicapai. Pecahkan kepada tiga bahagian, jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

Cuba: [QUIZ] BERAPA NILAI KEKAYAAN ANDA NANTI

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram