5 Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Sebelum Memulakan Perniagaan

Sedar tidak sedar sudah 2 minggu kita menjengah ke tahun 2018. Rasanya masih belum terlambat untuk kami ucapkan selamat tahun baru buat semua pembaca Investor Malaysia. Bagaimanakah dengan dengan azam 2018 anda? Adakah anda masih berusaha untuk mencapainya? Kami harap anda dapat terus komited sehingga penghujung tahun ini.

Memasuki tahun baru sudah pastinya setiap individu ingin menjadi yang terbaik berbanding tahun sebelumnya. Salah satu perkara yang menarik perhatian kami adalah bagaimana orang ramai khususnya anak muda yang semakin positif untuk mula berniaga mendapatkan wang sampingan.

Lebih menarik, pemilihan para pelajar untuk memulakan perniagaan tidak lagi dilihat sesuatu yang janggal sesuai dengan hasrat negara kita untuk melahirkan lebih ramai usahawan.

Buat anda yang ingin memulakan perniagaan mulakan segera dan kami harap anda tidak bertangguh lama sebelum segala perancangan hanya menjadi sekadar angan-angan. Khusus buat anda yang berhasrat memulakan perniagaan, kami cadangkan untuk anda ikuti 5 tips ini terlebih dahulu sebelum menjalankan perniagaan secara serious.

Untuk pengetahuan anda, tips ini disusun secara berturutan dan sangat penting meskipun dilihat mudah untuk dilakukan. Berikut antara tips yang anda boleh wajib amalkan sebelum memulakan sebarang perniagaan.

1. Mulakan dengan modal yang rendah

Apabila anda ingin memulakan perniagaan khusus perniagaan yang pertama, kami yakin anda akan mengalami masalah untuk mendapatkan idea perniagaan anda. Sama ada ingin menawarkan servis, menjual makanan dan minuman atau barangan-barangan lain.

Kami yakin anda mempunyai jawapannya berdasarkan faktor permintaan dan trending sesuatu produk tersebut. Dalam pada itu, salah satu perkara yang sering disebutkan oleh mentor bisnes Puan Ainon adalah memulakan perniagaan dengan modal yang rendah.

Seberapa rendahkah modal rendah yang disebutkan? Berdasarkan cadagan beliau modal rendah yang dimaksudkan adalah perniagaan yang memerlukan kurang daripada RM2,000 untuk bermula.

Jumlah yang disebutkan mungkin agak subjektif. Buat para pelajar jumlah yang disebutkan mungkin agak tinggi namun bagi mereka yang berkemampuan jumlah tersebut mungkin sebaliknya.

Mengapakah modal rendah lebih bersesuaian dengan anda? Hal ini bagi mengelakkan daripada menanggung kerugian yang besar sekiranya perniagaan anda tidak menjadi.

Untung kini dengan adanya bisnes atas talian melibatkan dropship, anda berpeluang untuk mengurangkan risiko dengan menjadi dropshipper sesuatu barangan terlebih dahulu sebelum mendapat keyakinan untuk memulakan perniagaan sendiri.

Adakah salah jika memulakan perniagaan dengan modal yang besar? Tidak ada salahnya jika anda sudahpun berpengalaman dan sangat sangat yakin dengan perniagaan anda.

Selain itu, pastikan anda memilih perniagaan yang sudah mempunyai sedikit kemahairan berbanding perniagaan yang anda tidak tahu pucuk pangkalnya. Contohnya jika anda mengikuti perkembangan fesyen tudung dan pernah menggunakan aplikasi Instagram, anda boleh memulakan projek perniagaan dropship tudung anda di Instagram. Mudah bukan?

2. Mengkaji tabiat bakal prospek

memulakan perniagaan

Salah satu perkara paling penting sebelum memulakan perniagaan adalah mengkaji pelanggan. Anda mungkin tidak mempunyai masalah dalam bahagian modal namun percayakah anda jika anda teliti dalam fasa ini kecenderungan bisnes anda untuk rugi adalah tinggi. Malah jangan terkejut jika saya katakan bisnes ternama juga mampu rugi kerana tersilap langkah dalam fasa ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan kaji pelanggan? Kaji pelanggan atau market research bermaksud anda memahami potensi pelanggan anda merupakan individu yang bagaimana. Contoh termudah yang kami boleh cadangkan bisnes melibatkan tudung atau printed shawl seperti yang kerap  menjadi pilihan anak muda kini.

Berdasarkan pemerhatian kami pembeli printed shawl merupakan gadis-gadis berumur 18 sehingga 27 tahun. Kecenderungan mereka untuk mendapatkannya selain daripada butik-butik adalah di Instagram atau IG Store. Adalah lebih baik sekiranya anda dapat fahami harga berapakah sesuatu barangan menjadi pilihan ramai pengguna.

Antara contoh lain yang boleh kami berikan adalah bisnes melibatkan pakaian berjenama terpakai seperti yang kerap menjadi pilihan anak muda kini. Sekiranya anda mahir dalam bisnes melibatkan makanan, mungkin membuka tapak jualan anda di kawasan tumpuan ramai seperti berdekatan IPTA antara lokasi yang sesuai sebelum anda menjalankan perniagaan untuk jangka masa yang panjang.

3. Mendapatkan barangan jualan

Selesai sahaja anda mengetahui berapakah jumlah kos yang anda perlu peruntunkan sert mengkaji potensi pelanggan tibalah masanya untuk anda mendapatkan barangan jualan. Sekiranya anda memulakan perniagaan jenis dropship mungkin anda boleh langkau langkah ini namun jika anda berniaga melibatkan makanan contohnya, anda haruslah mendapatkan barangan terlebih dahulu.

Walaubagaimanapun, adalah lebih baik jika anda mengetahui dimanakah tempat untuk mendapatkan barangan jualan dengan lebih rendah. Hal ini sekaligus dapat mengurangkan kos serta meningkatkan keuntungan anda. Seperkara lagi, mungkin anda boleh dapatkannya dengan kuantiti yang sedikit terlebih dahulu sebelum berbelanja besar meluaskan perniagaan anda.

Perkara ini akan membuatkan anda menyerap kerugian yang kecil sekiranya perniagaan anda tidak menjadi serta membolehkan anda mencuba perniagaan atau produk yang lain.

4. Menjalankan aktiviti pemasaran

Langkah keempat yang anda perlu buat adalah pemasaran. Pemasaran merupakan aktiviti dimana anda menghebahkan perniagaan anda kepada orang ramai. Sebagai permulaan mungkin anda boleh hebahkan perniagaan di media sosial peribadi anda terlebih dahulu. Mengapa media sosial peribadi? Kerana ianya percuma.

Elakkan daripada membuat pemasaran berbayar untuk fasa awal sekiranya anda tidak mempunyai modal yang banyak. Buat mereka yang menjalankan bisnes melibatkan makanan secara gerai atau ditepi jalan, menghasilkan sebuah bunting yang menarik juga dikiras ebagai pemasaran.

5. Mendaftar perniagaan anda di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Sudah menjadi kewajipan setiap individu yang menjalankan perniagan untuk mendaftar perniagaan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Salah satu sebab utama kami meletakkan langkah ini sebagai langkah terakhir adalah membolehkan anda berpeluang menjalankan perniagaan anda terlebih dahulu.

Buat para pelajar, kerajaan turut memberikan diskaun khas untuk anda mendaftar perniagaan bagi menggalakkan para pelajar berniaga dengan yuran pendaftaran serendah RM10.60 sahaja. Sangat rendah dan berpatutan.

Sekiranya perniagaan anda berjalan dengan lancar dan dilihat mampu berkembang, maka inilah masanya untuk mendaftar perniagan anda. Hal ini sekaligus bakal memudahkan anda membuka akaun bank khas untuk perniagaan anda untuk mengelakkan tercampur bersama duit peribadi anda.

Kesimpulan

Sekian sahaja 5 tips dan langkah awal yang anda perlu beri perhatian sebelum memulakan perniagaan anda. Pastikan anda memberi penekanan yang lebih pada tips kedua kerana memahami pelanggan bakal menentukan masa hadapan perniagaan anda. Para usahawan baru juga haruslah konsisten dalam menjalankan perniagaan.

Buat anda akan menjalankan perniagaan pertama anda. Selamat berjaya kami ucapkan. Satu perkara yang anda harus pegang adalah jadikan perniagaan pertama anda sebagai batu loncatan dan medium pembelajaran anda sebelum anda mengorak langkah untuk mengembangkan perniagaan anda.

Cuba: [QUIZ] BERAPA NILAI KEKAYAAN ANDA NANTI

(Visited 451 times, 2 visits today)
DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA
TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA

TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

Isi Maklumat Di Sini dan Anda Akan Menerima Emel Balas Automatik Sebentar Lagi

You have Successfully Subscribed!