Syarikat Publisher Pokemon Go Kegilaan Anak Muda Mendapat Funding $425Juta

Pokemon Go terbitan Niantic menjadi kegilaan pada satu masa terdekat dalam tahun ini. Setiap hari, kita dapat melihat anak muda berjalan bersama telefon pintar mereka. Adakala di padang, adakala di kawasan tertentu. 

Itulah kegilaan kita tetapi tahukah anda, pemilik Pokemon Go iaitu Niantic Labs merupakan publisher yang bekerjasama dengan Nintendo. Yang menariknya lagi, Niantic Labs merupakan salah sebuah syarikat mobile games yang terbesar di dunia saat ini.

Wall Street Journal melaporkan Niantic Labs kini dalam proses funding round bersama beberapa syarikat gergasi yang lain. Syarikat memberitahu nilai mereka setinggi $3.9billion secara keseluruhan. Antara yang dilihat terlibat dalam funding round kali ini adalah IVP (Institutional Venture Partners), Samsung Electronics & aXioamatic Gaming. Axiomatic Gaming antara syarikat yang turut melabur dalam Fortnite sebanyak $1.3Billion pada bulan Oktober lalu.

niantic

Series C round ini dilakukan secara tertutup dan berjaya membawa masuk dana berjumlah $425juta. Seperti yang dunia sudah tahu, Niantic mempunyai rekod selaku gaming company yang terhebat dari segi data engagement dan menjana keuntungan hasil jualan in-apps purchasing . Ditambah pula  game Pokemon GO yang mendapat tempat di kalangan Gen Y yang dari kecil mereka sudah biasa menonton siaran Pokemon disiarkan pada hujung minggu.

Dijangkakan pada tahun 2019, Niantic akan mengeluarkan pula Harry Potter: Wizards United yang mempunyai elemen ‘boom’ sama seperti Pokemon Go dan yang pasti dilengkapi kelebihan Augmented Reality (AR) yang canggih dan boleh diakses dari telefon pintar kita sahaja. Pastilah dunia akan menjadi lebih gila selepas ini.

niantic

Menurut laporan dari SensorTower, dalam tempoh 2 tahun Pokemon Go mencatatkan keuntungan $1.8Billion dan persoalan selepas ini, adakah Harry Potter mampu memecahkan rekod Pokemon walaupun dikatakan Harry Potter sangat digemari oleh semua masyarakat kerana cerita magis yang pecah panggung.

Semoga magis Harry Potter mampu mengalahkan jumlah keuntungan Pokemon Go. Pengajaran di sini, game juga merupakan satu industry yang bernilai billion dollar bahkan kita patut terokai bidang ini.


Baca: Hubspot Mengumum Dana Venture $30Billion Pelaburan Series A & B Untuk Startup di Boston.