Bagaimana Oprah Winfrey Menjadi Wanita Yang Tabah Menghadapi Sisi Gelap Kehidupan Hingga Menjadi Media Mogul Bernilai $2.5Billion

Oprah Winfrey sangat terkenal di seluruh dunia dengan rancangan beliau sendiri iaitu The Oprah Winfrey Show. Menurut statistik, rancangan ini mendapat 45Juta penonton secara purata mingguan. Di sebalik nama yang masyhur dan kaya raya ini, siapa beliau dan bagaimana perjalannan liku hidup wanita ini yang orang lain tidak nampak seperti mana kata pujangga tidaklah pelangi itu terbit selepas turunnya hujan guruh petir terlebih dahulu.

Dilahirkan dalam keluarga miskin dan berantakan di Missipi. Walaubagaimanapun, miskin bukanlah masalah bagi Oprah lantaran beliau sangatlah pintar dalam kelas. Sewaktu di bangku persekolahan, Oprah berjaya ke Grade 1 dan dipindahkan ke kelas yang lebih bagus.

oprah-winfrey
Credit: Medium

Oprah atau nama asalnya Orpah melalui pelbagai kisah getir dalam hidupnya. Ibunya seorang pembantu rumah manakala bapanya seorang askar,memilih untuk tinggal bersama ibunya yang bermasalah sehingga Oprah lari dari rumah kerana tidak tahan di sana.

Manakan tidaknya pada usia 9 tahun beliau dirogol oleh sepupu sendiri dan selepas kes itu diketahui oleh kenalan mereka, Oprah acapkali dicabul kenalan terdekat hinggalah pada usia 14 tahun, beliau mengandung. Inilah yang dikatakan binatang lebih berhati perut dari sebahagian manusia.

Menyedari hal ini, sekali lagi beliau keluar dari rumah mencari perlindungan dan anak beliau meninggal dunia asbab kelahiran pra-matang. Kisah gelap seperti ini sama sekali tidak menjadikan Oprah wanita yang lemah atau pun mengeluh dirinya dirundung malang yang bertimpa timpa. Jauh di sudut hatinya paling dalam, wanita ini impikan negara yang baik di mana orangnya boleh hidup dengan aman, dan boleh membaca sebanyak yang mungkin kerana pelaburan paling bijak tentunya melabur ke atas diri sendiri.

Kata beliau,

Books showed me there were possibilities in life… Reading gave me hope. For me it was the open door.”

Beliau tinggal bersama keluarga bapanya dan menjalani kehidupan yang lebih baik. Kerjayanya bermula pada tahun 1971 di mana beliau menjadi pemenang Miss Black America dan ditawarkan oleh stesen televisyen CBS menjadi pembantu pembaca berita.

oprah first show

Dua tahun selepas itu, Oprah menjadi pembaca berita utama dan ianya menjadi satu kebanggaaan kerana jarang wanita berkulit gelap pertama yang mendapat jawatan begitu. Malangnya, Oprah cuma menjadi pembaca berita buat seketika waktu sahaja dan beliau ditawarkan pula menjadi wartawan selama 2 tahun di Baltimore.

Pada waktu sama, Orpah menerima tawaran menjadi hos ‘talk show’ yang diberi nama People Are Talking. Di situlah, wanita ini menemui dirinya sebenar dalam kerjaya seterusnya beliau menjadi hos rancangan ‘AM Chicago’ dengan kontrak kerja bernilai $200,000. Lebih mengejutkan bila rating rancangan tersebut naik 50% bermakna penonton sangat tertarik dengan karisma Oprah Winfrey.

oprah winfrey
Credit: VR Hotels

Beliau mengembangkan kerjayanya dengan berlakon dalam beberapa filem dan mempunyai rancangan sendiri. Dikhabarkan rancangan beliau disiarkan meluas di 138 bandar US dan menjadi kegemaran suri rumah di seluruh dunia tika itu. Kisah kehidupan yang tabah dan cekal ini tidak hanya menjadi inspirasi kepada wanita di luar sana tetapi diakui hebat oleh tokoh politik seperti Bill Clinton, George Bush, Barack Obama.

Oprah maju setapak lagi dengan menubuhkan syarikat sendiri iaitu HARPO Entertainment Group yang model bisnesnya menerbitkan dokumentari dan jual kepada syarikat televisyen. Menurut Forbes, pendapatan individu beliau mencecah $98,juta lebih tinggi berbanding Steve Spielberg yang berpendapatan $78 juta. Selain dokumentari, ada juga diterbitkan Oprah.com, Oprah Magazine dan semuanya mendapat sambutan hangat seluruh negara.

oprah with obama
Credit: Entrepenur

Akhirnya, Oprah menamatkan talk show beliau sendiri dan membina OWN (Oprah Winfrey Network) yang katanya mampu mengulangi pencapaian talk show yang lepas. Di sebalik kejayaan ini, sikapnya yang dermawan dan membantu misi amal juga harus dipuji. Contohnya sewaktu bencana Katrina dan Haiti, beliau antara public figure yang bertungkus lumus membantu mangsa di sana.

Apakah sebenarnya rahsia untuk sukses dalam kehidupan.

Beliau berkongsi berapa tips :

“Passion is energy. Feel the power that comes from focusing on what excites you.”

“The big secret in life is that there is no big secret. Whatever your goal, you can get there if you’re willing to work,”

Jelas, siapa sangka seorang wanita yang mengalami pelbagai ujian getir dalam hidup hari ini namanya masyhur dan terkenal. Percayalah Tuhan sama sekali tidak pernah mematikan pengharapan manusia dalam hidup. Jika anda mempunyai kenalan yang sedang berputus asa, kongsikan artikel ini kepada mereka dan harapnya tulisan ini mampu memberikan spark kepada semua orang.

Baca : Kisah Elon Musk Ingin Menjajah Marikh Menjelang 2040

[sociallocker id=”1520″][/sociallocker]

 

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram