Panduan Membeli Saham IPO di Malaysia Secara Mudah

Saham IPO salah satu cabang pelaburan saham yang lumayan

Saham IPO merupakan saham yg pre-list di papan Bursa Malaysia dan selalunya kita akan diberitahu oleh akhbar tentang saham IPO terbaru dan sebagainya. Malangnya, kita tiada panduan untuk membeli saham IPO secara mudah. Jadi, artikel ini akan menerangkan dengan ringkas cara membeli saham IPO dengan mudah dan mungkin anda boleh pula ajarkan kepada sanak saudara anda nanti.

IPO menjadi kegilaan ramai selepas ramai membuat keuntungan besar dengan IPO walaupun seperti kita tahu setiap instrumen pelaburan ada risiko tersendiri yang perlu ditanggung pelabur. Akan tetapi, IPO ini dikatakan paling mudah dan senang untuk beroleh sedikit untung di pasaran berbanding ready market. Sejauh mana kebenarannya, bergantung ke atas kapasiti individu itu sendiri kerana setiap org berbeza personaliti.

Bagaimana untuk memohon saham IPO dengan mudah?

#1 Bursa Malaysia 

Di web Bursa Malaysia, ada disenaraikan saham yang sedang dalam proses dan telah pun berjaya tersenarai ke papan Bursa Malaysia. Jadi kita boleh cuba untuk lihat prestasi saham saham yang lepas sama ada performed atau underperformed. Tujuannya akan datang kita boleh merancang saham IPO apakah yang akan kita mohon dan masukkan dalam portfolio.

saham ipo

Lihat untuk tahun 2017, telah disenaraikan puluhan saham di Bursa Malaysia dan inilah peluang kita untuk menjana pendapatan dengan saham IPO secara profesional.

#2 MITI

Selepas tuan puan mempunyai akaun CDS, bolehlah terus memohon saham di MITI. Sebelum itu tuan puan harus gunakan Direct CDS untuk saham IPO, jangan guna Nominee CDS pula. Kemudian pergi ke halaman web Saham Online MITI. Kelebihan ini diberikan kepada bumiputra untuk meningkatkan kadar pemilikan ekuiti Bumiputera di Malaysia. Jadi seharusnya orang kita menggunakan sepenuhnya kemudahan ini berbanding meletakkan duit di tempat tak tentu hala.

saham ipo 2

Di sini kita kena tekan “Daftar” dan isikan borang online tersebut dengan ikuti apa jua langkah yang diberi oleh MITI. Selepas selesai mendaftar di MITI , kita boleh terus ke paparan utama. Di halaman kita, akan tertera saham yang boleh dimohon online. Selepas itu tuan puan ikut sahaja borang /dokumen yang diperlukan kemudian hantar ke pejabat MITI sama ada direct ke office atau pos laju. Bila tuan puan hantar permohonan, nanti boleh semak semula untuk lihat keputusan sama ada dapat saham IPO atau tidak.

saham ipo 3

Seperti contoh di atas, Rev Asia dibuka hanya untuk pemohon bumiputera sahaja.

#3 Maybank2u & CimbClick

Kemudian ada alternatif lain jika anda tidak sempat untuk apply di MITI , gunakan Maybank2u atau CIMB Click. Langkah pertama log masuk Maybank2U kemudian pergi ke bahagian Investment dan E-Shares. Isi ruangan tersebut kemudian submit. Yang mudah mengenai internet banking adalah kita boleh tengok dengan senang status permohonan saham IPO kita.

saham ipo 4

Andai kata, semak status dan anda dapat saham IPO maksudnya dalam beberapa hari terdekat saham tersebut akan dimasukkan dalam akaun Direct CDS anda tadi. Andai kata tak dapat, silakan mencuba untuk memohon saham IPO lain kali pula. Jangan kecewa kerana jika tuan puan tidak dapat beli pada harga pre-list sekalipun, tuan puan boleh beli pada hari pertama listed di Bursa menggunakan Nominee CDS seperti biasa.

Apa pun, jika anda mempunyai masalah, hubungi teus remiser anda supaya lebih jelas tentang apa yang berlaku. Remiser merupakan orang yang mampu memberikan pandangan beliau tentang pasaran tetapi harus diingatkan pandangan remiser juga adalah bersifat “probability” dan tidak 100% tepat. Remiser juga manusia, jadi manfaatkanlah remiser untuk sesi penerangan atau jual beli saham. Jangan buat pandai pandai sendiri pula ya nanti lebur duit sia sia saja , “duit payah nak cari bang !”.

Baca: 4 GOLDEN TIPS DALAM DUNIA SAHAM

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram