2019-06-21

Paramount Malaysia Menjual Sri KDU Dengan Nilai Jutaan Ringgit


Paramount merupakan sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Dilaporkan, Paramount sedang dalam proses menjual bisnes pendidikan mereka kepada Two Horses Capital yang dimiliki oleh Tunku Al Redhauddin dan Datuk Ganendran Sarvanathan.
 

The Star

Syarikat tersebut dikatakan menjual kepentingan dalam Paramount Education Sdn, Paramount Education (Klang) Sdn Bhd dan Sri KDU Sdn Bhd untuk nilai RM540,500 tunai

Penjualan tersebut melibatkan pegangan 69.7% dalam Paramount Education Sdn Bhd untuk RM21 Juta, 80% untuk Paramount Education (Klang) untuk RM21 Juta serta 80% kepentingan Sri KDU untuk RM385 Juta.

TPG Capital Asia, sebuah badan pelaburan global akan menyediakan financing di samping pengalaman industri serta network.

Menurut laporan tersebut, Paramount bernilai RM861 Juta menurut nilai enterprise. EBITDA Paramount & Rela Education untuk laporan kewangan berakhir 2018 adalah berjumlah RM53.18 bermakna 16 kali ganda.

Untuk makluman umum, Tunku Ali Redhauddin merupakan pengerusi Marlbrough College Malaysia, Pro-Counsellor USIM. Sebelum itu beliau bekerja di McKinsey dan Khazanah Nasional Berhad.

Semoga dengan pengambilalihan ini memberi satu landskap baru kepada Paramount. Jika anda mahu membaca mengenai merger acquisition secara lebih mendalam, boleh terus membaca artikel mengenai Microsoft ini.