Billionaire Kaya Ini Memberikan Wang Tebusan Secara Loan Kepada Cucunya Setelah Hilang Cuping Telinga

Paul J. Getty antara orang terkaya di dunia, dan pernah disenaraikan no 8 terkaya dalam Forbes. Kekayaan beliau ketika itu sangatlah luarbiasa hingga disebut dalam beberapa sumber yang lain, kekayaan beliau bernilai billion dollar. Pernah sekali beliau membeli patung antik di blackmarket pada harga $12 dan menyimpannya. Beberapa tahun selepas itu, nilai patung antik tersebut mencecah million dollar.

Dalam satu temubual ditanya jumlah kekayaan Paul Getty ketika itu, Getty menjawab,”Jika saya boleh kira jumlah kekayaan saya, maknanya saya belum kaya”. Wartawan tersenyum lebar mendengarkan jawab dari Oil Tycoon ini. Getty berkongsi dalam buku beliau,”How To Be Rich” beberapa prinsip yang beliau gunakan.

paul-getty

#1- Orang bisnes harus fokus semua perkara dalam bisnes dan jangan hilang tumpuan. Hasilkan produk yang bagus dan berikan servis kepada pelanggan pada harga yang murah.

#2- Orang bisnes perlu mempraktikkan teori ekonomi dalam semua perkara termasuklah dalam hidupnya sendiri. Fikirkan “Wang masuk terlebih dahulu, barulah fikir bagaimana nak belanjakan.”

#3- Orang bisnes perlu memerhatikan secara rapat syarikat mereka. Pastikan pekerja mematuhi SOP ditetapkan dan apabila boss menyerahkan tugasan kepada pekerja, kawalselia pekerja tadi.

#4- Orang bisnes harus berani mengambil risiko. Ketika beliau nampak peluang untuk menerokai industry Oil & Gas di Arab, tanpa buang masa beliau terus melabur di situ. Hasilnya kekayaan beliau sangatlah tinggi dan disenaraikan sebagai orang terkaya di dunia pada waktu itu.

#5- Orang bisnes harus faham konsep ‘Economy of Scale’. Sampai satu masa, produk yang dihasilkan perlu dikeluarkan pada harga yang rendah dan produktiviti yang tinggi.

#6- Perlu tawarkan warranty kepada pelanggan jika berlaku kerosakan atau tidak dapat penuhi order. Kunci kejayaan perniagaan adalah pada pelanggan dan jagalah mereka sebaik mungkin.

KISAH CUCU BELIAU PAUL GETTY III DICULIK

paul-getty
Credit: AllThatInteresting

Getty bukanlah contoh yang baik untuk diikuti dalam kekeluargaan. Cucu beliau Paul Getty III diculik oleh mafia Itali. Pada awalnya mereka meminta wang tebusan sebanyak $3.2 million. Dengan tenang, Getty tidak mengendahkan permintaan itu atas alasan jika beliau membayar wang tebusan, cucunya yang lagi 12 orang akan terdedah sama kepada risiko diculik.

Setelah lama berunding, akhirnya mafia tersebut mengerat telinga Getty III dan menghantarnya ke pejabat akhbar.  Ibu Getty III meminta pihak akhbar menghantar 1000 naskhah akhbar ke rumah Getty supaya orang tua itu maklum tentang telinga cucu beliau yang dipotong akibat kebakhilan sendiri.

Kemudian selesai berunding, dari nilai wang tebusan $3.2 million turun menjadi $2.9 million. Kesudahannya Getty bersetuju membayar $2.2million kerana jumlah tersebut adalah ‘maximum deductible tax”. Geleng kepala mak Getty III dibuatnya. Baki $0.7million lagi dihutangkan kepada cucunya dengan interest rate 4%.

Rumusannya begini mengikut kiraan awal:

Wang Tebusan : $2.9Million

Maximum Deductible tax : $2.2Million

Baki Dalam Loan: $0.7Million

Interest Rate : 4%

Jika tuan puan ingin mendapatkan gambaran lebih jelas, boleh tonton movie “All Money In The World”. Oh ya, harus diingatkan jika kaya nanti janganlah kedekut haji bakhil. Kongsikan bersama rakan rakan artikel ini jika anda rasa berfaedah dan bermanfaat untuk semua.

Baca: Di Mana Xabi Alonso & Pemain Bola Sepak Ternama Melaburkan Wang Mereka

(Visited 71 times, 1 visits today)
DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA
TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA

TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

Isi Maklumat Di Sini dan Anda Akan Menerima Emel Balas Automatik Sebentar Lagi

You have Successfully Subscribed!