Pelabur Saham Jangan Tak Bookmark 4 Website Saham Ini!

Website Saham Ini Wajib Buat Para Pelabur Saham

Jika artikel yang lepas , InvestorMY telah mengeluarkan senarai website yang boleh dijadikan rujukan para pelabur yang ingin serius dalam pelaburan yang agak berisiko ini, kali ini kami senaraikan website saham pula. Dengan persediaan ilmu (antaranya baca website saham),kita boleh menguruskan porfolio pelaburan kita dengan selamat.

Sebenarnya terdapat banyak laman web yang banyak website yang berkaitan saham , forex , cpo dan sebagainya dan di bawah adalah 4 website saham yang kami senaraikan untuk anda :

#1 Isaham

Isaham.my merupakan website favourite dalam pelaburan saham. Kelebihan Isaham ialah kita boleh menapis saham mengikut kriteria tertentu. Yang seronok mengenai Isaham ialah screener yang disediakan berfungsi secara automatik menapis saham mengikut kriteria. Tidak perlu kita memasukkan satu satu kriteria sebagai contoh financial ratio.

Di Isaham.my tandakan sahaja ticker saham di ruangan “search stock”, kita akan terus mendapatkan butiran mengenai satu satu saham tersebut. Mudah kan? Di situlah kita boleh menilai sama ada saham A baik atau tidak, saham B bawah nilai atau tidak. Disarankan orang yang baru dalam pelaburan saham menggunakan sepenuhnya website ini, lagi baik dari anda terlalu taksub dengan stock pick dari orang yang entah apa apa .

 

#2 KLSE Screener

Majoriti pelabur saham tempatan pasti familiar dengan KLSE Screener. KLSE Screener merupakan benda wajib digunapakai oleh setiap pelabur. Boleh diakses dalam bentuk web dan apps, KLSE Screener merupakan alternatif untuk para pelabur terutamanya fungsi “Watchlist” & “Portfolio”. Jika anda mempunya saham yang perlu diperhatikan secara rapat, sila masukkan dalam watchlist dan set alarm. Tujuannya untuk mengingatkan pelabur harga yang mereka set sebentar tadi.

Berbanding dengan apps yang ditawarkan oleh brokerage house, ternyata secara peribadi KLSE Screener lebih menjadi pilihan. Maknanya KLSE Screener lebih user friendly dan boleh diakses di mana saja sama ada untuk screen stock atau melihat portfolio sendiri.

KLSE Screener

#3 Trade Signum

Stock screener teknikal sebegini pada pandangan sangat lengkap dan mudah digunapakai. Salah satu perkara yang agak crucial dalam trading adalah candlestick pattern. Bayangkan dengan TradeSignum , kita boleh klik sahaja mana mana pilihan candlestick yang ada, sistem akan tolong generatekan saham berdasarkan candlestick pattern.

Yang kami nampak dalam tradesignum adalah lebih kepada mencari stock yang mempunyai kemungkinan untuk going bullish. Sebagai contoh : Candlestick Pattern – Bullish Engulfing menandakan kemungkinan besar saham akan meningkat harganya. Jadi apa yang TradeSignum bantu di sini adalah menunjukkan saham apakah yang mempunya Bullish Engulfing.

Mudah kan? Tetapi bergantung kepada personaliti dan fahaman anda dalam trading juga. Ini merupakan tool tambahan sahaja jika anda tidak mahu serabut kepala untuk mencari saham.

Trading Signum

#4 Morning Star

Baca: 4 GOLDEN TIPS DALAM DUNIA SAHAM

Bagi seorang value investor, Morning Star merupakan bacaan harian mereka bagi yang mengikuti perkembangan saham global. Untuk mencuba full features, digalakkan untuk subscribe. Jika sekadar ingin cuba cuba, silakan guna 14 hari trial terlebih dahulu. Morning Star memaparkan berita merangkumi pelaburan saham global, global bond dan kewangan peribadi.

Design web yang minimal dan ringkas juga memudahkan pembaca untuk menerokai isi kandungan. Bagi kami, MorningStar sangat bagus untuk mereka yang jenis pelabur long term atau value investor.

Morning Star

Senarai website di atas adalah senarai ringkas sumber rujukan utama para pelabur bagi saham. Mungkin ada yang tertinggal tetapi dijamin 4 website ini sangat bermanfaat untuk anda sebagai pelabur baru . Teruskan membaca dan menambah ilmu kerana pelaburan paling baik sudah tentulah pelaburan ilmu ke atas diri sendiri .

Jika ada cadangan website yang lain, boleh terus komen di bawah untuk tambahan.

Cuba: [QUIZ] APAKAH JENIS TRADER DALAM DIRI ANDA

(Visited 36 times, 1 visits today)
DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA
TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA

TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

Isi Maklumat Di Sini dan Anda Akan Menerima Emel Balas Automatik Sebentar Lagi

You have Successfully Subscribed!