Pelaburan Hartanah Tanpa Rumah

Pelaburan Hartanah secara umum tahu adalah membeli kediaman di mana mana lokasi bertujuan untuk tinggal sendiri atau atas niat memulakan pelaburan. Tetapi kurang yang mengetahui pelaburan dalam hartanah boleh dilakukan tanpa wujudnya fizikal rumah tersebut iaitu Real Estate Investment Trust.

REIT sangat bagus untuk mereka yang ingin diversify risk dalam pelaburan mereka selain meletakkan dana di pelaburan asb, pelaburan saham blue chip. Cara memulakan pelaburan hartanah melalui REIT sangat ringkas iaitu buka akaun saham CDS di bank pelaburan yang sah. Jual belinya mudah sahaja menggunakan applikasi di telefon bimbit dan Cas dikenakan sama seperti berdagang saham dan tidak perlu menunggu lama untuk dicairkan.

Akan tetapi, diingatkan juga pelaburan yang menguntungkan haruslah pelaburan ke atas ilmu.

Jadi apa yang menarik tentang REIT?

REIT adalah dana pelaburan yang menguruskan aset yang bernilai tinggi dan sahamnya disenaraikan di bursa Malaysia. Fund Manager akan membeli  saham hartanah yang bagus dan bernilai tinggi untuk diberi sewa kepada penyewa yang berminat.

Selepas menolak kos operasi, pelabur REIT akan diberikan dividen 2-4 kali setahun kebiasaannya. Semua maklum, hartanah adalah instrument pelaburan yang agak stabil meskipun negara berhadapan dengan pertumbuhan ekonomi yang perlahan. Ditambah pula dengan aset di bawah REIT adalah hartanah bernilai tinggi dan berkualiti di mata penyewa. Jadi kestabilan inilah yang menjadi pilihan para pelabur untuk mengelakkan diri dari kerugian dalam pasaran.

Antara sebab pelabur suka melabur dalam REIT kerana kadar dividennya yang tinggi. Harus diingatkan, majority orang yang melabur dalam REIT adalah pelabur kategori “Dividend Oriented” but focus pada capital gain sesebuah saham. Anggaran dividen yang diumumkan oleh kaunter rate sekitar 7%-12% setahun, dan mungkin ada lagi yang tinggi dari ini atau Amanah Saham Bumiputera ( ASB) yang menjadi kayu ukur pulangan pelaburan portfolio kita saban tahun.

Apabila saham REIT yang kita beli sudah meningkat harganya, kita mendapat keuntungan lagi melalui peningkatan harga saham . Sebagai contoh, harga beli RM1 seunit kemudian 3 tahun lagi meningkat RM1.20 . Jadi keuntungan disitu adalah RM.20 per unit.

Semakin lama, jika fund manager menguruskan aset dengan baik, nilai kaunter saham REIT ini akan meningkat. Jadi serampang dua mata iaitu , focus dividend tetapi pada jangka masa panjang masih mengaut keuntungan dari capital gain.

Walau bagaimanapun, ada risiko yang perlu kita uruskan bila membeli saham di Bursa Malaysia.

Terdedah kepada risiko ekonomi semasa

Baca: 4 CARA MINIMUMKAN RISIKO DALAM PELABURAN

Jika ekonomi negara meningkat, sudah tentu aset hartanah tadi akan mudah mendapat sewaan. Tetapi jika pertumbuhan ekonomi lembab dan perlahan, sudah pasti harga REIT boleh menurun dan akan meningkat semula seiring dengan ekonomi kelak.

Sebagai contoh, saham Axis Reit pernah diniagakan rendah berikutan hartanahnya kurang menjana pendapatan sewaan tetapi apabila ekonomi pulih, harga saham Axis Reit terus melonjak kepada paras terkini.

Dan aset pegangan REIT tidak tertakluk kepada shopping mall sahaja, ada kaunter yang memiliki hospital , perladangan tetapi pokok pangkalnya berkaitan real-estate.

Jenis saham kaunter pilihan :

  1. Al AQAR KPJ Reits

Saham ini adalah pemilik hospital swasta yang terkenal di Malaysia iaitu KPJ. Dividen yang dikeluarkan sekitar 8% bersamaan 2 kali setahun.

  1. Axis REIT

Axis REIT adalah pemilik bangunan komersil untuk pejabat dalam Malaysia dan dividennya kebiasaan dalam 12-15% setahun bergantung kepada ekonomi.

pelaburan tanpa rumah

Sebagai seorang pelabur yang bijak, kita wajib tahu tentang pelbagai alternatif lain untuk mengembangkan dana portfolio dan bijak menguruskan risiko. Pelaburan REIT sekadar alternative lain yang tampak fleksibel dan tidak sama sekali menidakkan pelaburan hartanah secara fizikal .

Baca: 5 TABIAT PELABUR BERJAYA YANG WAJIB BACA

 

(Visited 8 times, 1 visits today)
DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA
TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA

TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

Isi Maklumat Di Sini dan Anda Akan Menerima Emel Balas Automatik Sebentar Lagi

You have Successfully Subscribed!