Di Mana Xabi Alonso & 5 Orang Pemain Bola Sepak Ternama Yang Lain Melaburkan Wang Mereka

Jika sebelum ini kita bercerita tentang tokoh pelaburan, kita bicarakan pula tentang pemain bola sepak yang menjadi pelabur yang hebat. Media selalu memberikan liputan mengenai pemain seperti David Beckham membeli saham pemilikan di MLS, Ronaldo membeli kelab Valladolid, tetapi dalam artikel ini kita tambah lagi beberapa orang pemain hebat yang bagus dari segi pelaburan dan pengurusan kewangan.

#1 – Didier Drogba

Credit: 90min

Didier Drogba merupakan pemain pertama yang bermain di padang dan menjadi pemilik kelab. Berada dalam kelab USL Phoenix Rising, menggalas tanggungjawab sebagai pemain dan pemilik kelab bukanlah satu hal yang mudah. Menurut Didier Drogba, beliau banyak belajar dari Roman Abramovich pemilik Chelsea. Menurut Drogba lagi, Abrahomovich merupakan seorang business-person yang bagus dan mampu membuat good decision walaupun di waktu sukar.

#2- Class of 92

Credit: Balls.ie

Bagi peminat Manchester United, sudah tentu mereka masih terkenangkan zaman Class Of 92 bersama Sir Alex Ferguson. 5 orang dari Class of 92 terdiri daripada Gary Neville, Phil Neville, Paul Scholes, Nicky Butt dan Ryan Giggs membeli sebuah kelab di Salford City bersama dengan billionaire Singapura bernama Peter Lim pada tahun 2014.

#3- Cristiano Ronaldo

Credit: Goal.com

Cristiano Ronaldo, bekas pemain Real Madrid yang kini bermain di Juventus antara pemain terbaik dunia dalam sejarah bola sepak dunia. Pada masa yang sama,beliau merupakan seorang pelabur dalam Mobbito. Mobbito merupakan applikasi dari Portugal yang membenarkan pengguna membuat kumpulan dan interaksi dengan orang lain. Modus operandinya sama sahaja seperti Foursquare tetapi pengguna boleh mengumpulkan mata ganjaran dengan invite rakan, kongsikan di media sosial dan membeli barangan dari Mobbito.

#4- Andres Iniesta

Andres Iniesta selalu kita lihat hebat di padang sebagai midfielder bersama Xavi di Barcelona satu ketika dahulu. Siapa sangka lagenda Barca yang kini bermain di Vessel Kobe melaburkan sejumlah wang dalam syarikat FirstV1sion, body mounted video camera. Kamera dari syarikat ini mampu menghasilkan view dari angle dari sisi pemain. Ini merupakan video demo untuk tatapan umum.

#5-  Xabi Alonso

Yang menarik perhatian kami adalah Xabi Alonso. Bekas pemain Real Madrid, Bayern ini ketika ditemuramah oleh Bloomberg mendedahkan bagaimana beliau menguruskan portfolio pelaburan.

Credit: Ronaldo.com

Xabi Alonso memberitahu kepada wartawan tentang pandangan beliau terhadap ekonomi Sepanyol yang kian berkembang pada waktu itu sekitar 3%. Beliau mengulas lagi, untuk mengelakkan portfolio beliau terdedah dengan volatility market, beliau diversify dalam real-estate dan pembelian saham.

Ini video penuh temubual beliau : Xabi Alonso Money Talk With Bloomberg

#6- Michael Owen

Michael Owen
Credit: Daily Express

Michael Owen pemain England yang cukup hebat pada satu masa dahulu. Lagenda bolasepak ini sedang fokus kepada dunia cryptocurrency dengan melabur dalam  Global Crypto Offering Exchange (GCOX). Dikhabarkan GCOX berjaya membawa masuk seorang lagi sportsman yang terkenal iaitu Manny Pacquio. GCOX mengatakan mereka fokus untuk mewujudkan ‘cryptocurrency peribadi’ buat selebriti yang ingin beramah mesra bersama peminat.

Pada masa yang sama, GCOX mengatakan token ICO mereka boleh digunakan untuk melakukan pembelian apa sahaja dalam platform. Begitulah kisah pelaburan oleh pemain ternama di dunia. Apa pun harus diingatkan, pelaburan terdedah kepada risiko dan pelaburan mereka tidak bermaksud sesuai untuk kita.

Mungkin anda mempunyai nama lain yang boleh kami tambah pada masa akan datang?

Silakan komen di bawah dan jangan lupa untuk baca artikel kami di InvestorMY.

Baca: 7 Seni Memilih Saham Dari Orang Kanan Warren Buffet iaitu Charlie Munger

 

Sumber:

1. 90min

2. CNBC

3. Bloomberg

(Visited 251 times, 1 visits today)
DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA
TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA

TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

Isi Maklumat Di Sini dan Anda Akan Menerima Emel Balas Automatik Sebentar Lagi

You have Successfully Subscribed!